Berhentilah Merokok Kerana Allah

Bismillah, Aku Mahu Berhenti Merokok


Racun & Bahan Kimia Dalam Rokok
Tahukah anda bahawa Perokok sentiasa berharap untuk Berhenti Merokok suatu hari nanti.. tetapi persoalannya, Bila..?? Perokok Tegar juga sangat berharap untuk mampu berhenti atau dapat mengurangkan kuantiti merokok setiap hari. Tetapi itu semua seolah² hanyalah angan² sahaja, kerana kami (ya termasuk saya) sebagai golongan Perokok Tegar, akui yang kami rasa kami tak mampu berpisah dengan Nikotin atau memusnahkan Tabiat Merokok. Kami tahu fatwa memutuskan Rokok adalah Haram dalam Islam.. jadi bantulah kami, janganlah hina kami..


Pembaziran

Kalau nak dikira - anggaran sekotak rokok = RM10 (sebelum kenaikan harga pada 1 Oktober 2013). Pembelian sekotak rokok sehari, jadi lebih kurang dalam anggaran lebih dari +/- 300 hari dalam setahun perokok membazirkan RM10, jadi setahun tak kurang dari RM3,000. Kalau dikali dengan 20 tahun dah RM60,000.. bersamaan harga sebuah kereta baru telah dibazirkan dengan bayaran hanya untuk menempah berbagai penyakit selama bertahun² atas alasan 'nikmat (ketagihan) rokok' kononnya. Tapi tuntutan untuk merokok itu begitu kuat..!!

Mengapa begitu sukar untuk Berhenti Merokok..?

Punca Utama Seseorang Sukar Berhenti Merokok !

  1. Nikotin penyebabkan ketagihan - sejenis sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi di dalam pokok tembakau. Nikotin merupakan racun saraf yang kuat (potent nerve poison), digunakan di dalam racun serangga.
  2. Pada kepekatan rendah, Nikotin bertindak sebagai perangsang dan meningkatkan aktiviti metabolisma badan, kewaspadaan (alert), kecergasan dan ingatan.
  3. Kesan merokok yang menyeronokkan - merasa lebih segar dan tidak mengantuk adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar, degupan jantung bertambah)
  4. Nikotin juga boleh meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah serta mengurangkan selera makan.
  5. Yang paling sukar untuk dihapuskan adalah Tabiat Merokok sudah menjadi seperti rutin keperluan seharian diikuti oleh tuntutan tubuh terhadap Nikotin itu sendiri.

Tabiat

Secara peribadi, faktor penyumbang utama sukarnya untuk berpisah dari rokok itu adalah akibat dari Menghisap Rokok itu sudah menjadi Tabiat. Iaitu suatu arahan otak luar kawalan (Minda Separa Sedar) yang menyimpan maklumat perlakuan tersebut sejak bertahun² dulu dan akan mengarahkan tindakan untuk merokok itu 'diaktifkan oleh tubuh' bila mana keperluan Nikotin dalam tubuh merangsang kehendak (topup). Inilah yang dikatakan sebagai Tabiat Merokok.

Tabiat untuk merokok ini juga boleh dirangsang oleh faktor luaran seperti, rangsangan untuk merokok aktif secara tiba-tiba bila mana setiap kali minum nescafe, kopi & yang seumpamanya. Ini berlaku pada diri saya sendiri. -Minum nescafe trigger rokok-. Sebab sudah jadi tabiat sejak dulu asal minum nescafe disusuli dengan rokok, (tabiat yang disemai). Ada orang yang bertabiat rasa nak merokok setiap kali ke tandas. Ini jenis sakit perut, mindanya trigger rokok. Ada pula jenis orang yang bangun tidur terus dirangsang untuk merokok. Jadi inilah antara gejala² Tabiat Merokok yang harus dipecahkan, untuk benar² berhenti dan bebas terus dari rokok..!!

Berhentilah Merokok Kerana Allah !

Kita harus sedar bahawa Berhenti Merokok adalah suatu niat yang sangat mulia, kerana usaha untuk tidak mahu lagi menghisap rokok selamanya adalah usaha yang sangat sukar..
Umpama apabila seseorang itu sedang berpuasa (tak makan & minum), dalam keadaan sangat lapar dan dahaga, dia masih mampu menahan lapar dan dahaganya itu untuk beberapa jam lagi sebelum tiba waktu berbuka untuk makan dan minum.
Tetapi bagi Perokok Tegar yang sedang dalam usaha Berhenti, dia sedang menghadapi kesengsaraan menahan kehendak tubuhnya terhadap rokok buat selama-lamanya.
Itulah sebabnya kita kene benar² faham akan hakikat setiap sesuatu perbuatan baik itu adalah Ibadah. Dilakukan hanya kerana Allah. Dalam hal ini, Perokok harus fahamkan dahulu bahawa dia mahu Berhenti Merokok dengan Niat hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah. Hanya Allah yang mampu membantu Perokok benar² Bebas dari Rokok sepenuhnya, selamanya. Jadi betulkan Niatmu dahulu..!!

BerNiatlah untuk Berhenti Terus dari Menghisap Rokok. Niat yang baik demi untuk Allah pasti akan berjaya InsyaAllah. Kemudia kita susuli pula dengan pengetahuan tentang Kebaikan atau Faedah Berhenti Merokok.

Kebaikan Berhenti Merokok?

  1. Pernafasan bertambah baik, tiada gejala nafas pendek (lemas)
  2. Berjimat hingga +/- RM300 sebulan (atau lebih sejak rokok naik harga lagi)
  3. Tubuh lebih sihat & bertenaga
  4. Tangan, mulut & gigi lebih bersih
  5. Pakaian lebih segar & tidak berbau
  6. Keluarga lebih menyayangi, menghargai dan hubungan lebih erat
  7. Lebih mesra masyarakat, tidak dibenci orang (yang anti perokok)
  8. Melindungi orang lain & alam sekitar dari bahaya dan pencemaran rokok
  9. Rumah, tempat kerja & kereta yang lebih bersih tanpa habuk rokok dan kesan rokok yang mengotori
  10. Membantu mengurangkan industri rokok yang tidak berfaedah (Boycott)
Website kerajaan berkaitan berhenti merokok www.infosihat.gov.my | www.notobacco.org

Petua Mengatasi Keinginan Merokok.

Ingatlah Allah, sebut nama Allah dengan niat supaya Allah bantu, sebaiknya melazimi zikir ini berulang²,
لاَ Ù‡َÙˆْÙ„َ Ùˆَلاَ Ù‚ُÙˆَّتَ اِلاَّبِاللّÙ‡ِ
"La haula Wala Quwwata illa Billah"
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa Billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. [Hadis Riwayat Tabrani]

Ingatlah sesungguhnya Allah lah yang benar² telah mambantu kita Berhenti Merokok dan terus istiqomah tidak lagi kembali menghisap rokok. Teruslah berdoa kepada Allah dalam setiap solatmu dan berzikirlah. Semoga Allah membantu kita menghadapi ujian² sukar ketika sedang ketagihan dan keinginan kepada rokok, ketika kita sedang berjuang Berhenti Merokok.. Bukankah itu suatu Jihad..? Teruskan perjuangan mu, perangi ketagihanmu itu demi untuk Allah.. insyaAllah..
  1. Ingat Allah, tarik nafas panjang dan berdoa dalam hati memohon Allah terus bantu.
  2. Minum air
  3. Lupakan rokok dengan mengalih perhatian kepada perkara lain atau membuat kerja lain
  4. Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
  5. Basuh tangan dan cuci muka atau mandi
  6. Senaman ringan seperti regangan
  7. Sembahyang / Meditasi
  8. Sibukkan diri dengan sesuatu yang lebih mengasyikkan

Setakat post ini ditulis, penulis baru 4 hari melepasi hari² Bebas Rokok.. Alhamdulillah, saya masih sihat, tidak ditimpa sakit akibat berhenti merokok..

Post akan datang sambungannya berkaitan proses pemulihan tubuh badan ketika dalam perjuangan Berhenti Merokok secara kekal.. dan saya akan tunjukkan betapa tegarnya saya dulu sebagai perokok.. nantikan InsyaAllah..

update 23 Sept 2014

Penulis hampir genap 1 tahun (pada 1 Oct 2014 ni) bebas rokok.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Laa hawla wala quwwata illa billah, Tiadalah daya upaya ku melainkan dengan pertolongan Allah jua..

Pernah aku try test bertanya kepada beberapa sahabat kalangan org muda dan org tua 60+ tahun (lepas aku dah berenti isap rokok)..
 - Aku tanya: "Takde NIAT nak berenti isap rokok ke..?"
 - Org muda jawab: "Ni sumber inspirasi aku"
 - Org tua jawab: "Hahahahaa"
 - Aku: (speechless)

1 comment:

Powered by Blogger.