Benarkah Wujudnya Gambar Para Nabi, Dari Nabi Adam Hingga Nabi Muhammad SAW?
Dalam sebuah Kitab karangan Imam Al Baihaqi, (Imam Abi Bakr Ahmad bin
Al-Hussain Al-Bayhaqi), bernama Kitab Dalail Nubuwwah
(Dalailun Nubuwwah, Dala'il An Nubuwwah, Dala'il al-Nubuwwa), ada menceritakan sebuah kisah tentang 2 orang
sahabat Nabi SAW yang menjadi saksi melihat gambar² para Nabi
Alaihissalam.. termasuklah gambar Nabi Muhammad SAW.
Haahhh..!! Biar betul ada gambar para Nabi AS..!! Kita sebagai ahli sunnah
waljamaah mana boleh terima gambar Nabi, lukisan Nabi.. Kau percaya ke..?
Bahaya boleh rosak akidah..!!
Itu antara beberapa respon yang admin terima dari seorang ahli
Whatsapp group bila admin share topik ni dalam 1
Whatsapp group yang admin join. Maka admin pon sharelah
beberapa video dari ustaz² yang terkenal (seperti di bawah) dan diakui akan
ilmu mereka. Dengan kata lain, perkongsian oleh ustaz² ini ada asasnya kerana
mereka berlandaskan kitab para ulama terdahulu, bukan main
share membuta tuli. Maknanya kisah wujudnya gambar para Nabi adalah
benar, sahih, kalau mengikut riwayat Hadis daripada Kitab Dalail Nubuwwah
tersebut.
Larangan Melukis Gambar Makhluk
Kemudian pada masa yang lain, ahli group yang menyangkal dakwaan kononnya apa yang admin share,
iaitu wujudnya gambar Para Nabi tadi mempersoalkan pula kredibiliti ustaz²
ini. Katanya dia tak berapa follow ustaz² ni semua. Admin tanyalah dia, ustaz
yang macam mana yang dia follow. Dia jawab, ustaz seperti Dr MAZA.. Admin pon
kata.. "ooh, tapi ustaz yang ni (ustaz dari video tersebut) pon terkenal dan
bukan dia (ustaz tu) suka² bagi kuliah tanpa rujuk kitab, dia (ustaz² tu)
rujuk kitablah". Namun beliau masih berkeras dengan kononnya 'dalil' mana
boleh buat lukisan para Nabi.
Ya betul, Islam melarang keras perbuatan melukis, menggambar, mengukir gambar makhluk hidup, iaitu manusia, haiwan, jin, syaitan dan seumpamanya.. apatah lagilah kalau gambar para Nabi, sangat²lah dilarang keras. Tapi.. Kisah yang dikongsikan ni adalah dari riwayat kitab Dalailun Nubuwwah (Dalail An Nubuwwah, Dalai'l Al-Nubuwwah).
Video Kuliah Ustaz Menceritakan Wujudnya Gambar Para Nabi AS
Menurut riwayat dalam kitab tersebut, kisah ini diriwayatkan oleh 2 orang sahabat yang pergi ke Istana Heraklius di Istanbul, jajahan Rome tersebut. Beliau ialah Hisyam bin Al 'As r.a. bersama seorang lagi yang tidak disebut namanya.. wallahua'lam.
1. Kisah Wajah Nabi-Nabi Ditunjukkan Oleh Raja Rome (Heraklius) - Ustaz Nazmi Abdul Karim
2. Heraclius Menyimpan Gambar Nabi & Rasulullah - Ustaz Mohd Nazrul Nasir
Artikel berkait: Download 25 Kisah Para Nabi 3 Kitab
Artikel Dari Ustaz Yang Menceritakan Wujudnya Gambar Para Nabi AS
Artikel tulisan atau posting perkongsian ulama' / ustaz setakat ini hanya dari Ustaz Iqbal Zain yang admin dapat. Lain² perkongsian dari blog persendirian netizen.
3. Kisah Sahabat Nabi Melihat Gambar Para Rasul - Ustaz Iqbal Zain (Facebook)
klik image di atas untuk link ke sumber..
Selain dari itu, dikatakan juga Kitab Hayatus Sahabah karangan Maulana Yusuf Al Khandalawi juga ada meriwayatkan kisah ini. Admin juga pernah mendengar secara langsung (live) perkongsian yang sama dari Ustaz Dato' Nizam Kamaruzzaman (best gak ustaz ni), tapi admin takde video beliau, sebab masa tu beliau berkuliah di sebuah masjid tempat admin biasa datang. Beliau bagi kuliah maghrib dengan tajuk ni juga, Kisah Gambar Para Nabi di Istana Raja Rome, sebijik. Masa kuliah beliau tu tak ada sesiapa yang rakam videonya, sayang tol..
Persoalan..
Jadi adakah anda percaya kisah Terdapat Gambar Para Nabi ini? Atau anda tak percaya..!!? Kalau tak percaya, sebab apa, mohon kongsikan di ruangan komen.
kredit:
https://youtu.be/godfZ1y_ZyQ
ReplyDeleteSumber bersilang takde, harap klaim sepihak berdasarkan beberapa sumber bertulis islam dan video ceramah, buat orang gelak je…
ReplyDeleteSemua hadis mengenai kisah ini dhaif jiddan tak boleh dipegang sebagai hujah dari sudut aqidah maupun fiqh..para asatizah yg mendabik dada sebagai pendokong ASWJ terlalu ghairah bawa kisah ini tampa buat kajian terperinci..jika betul ada foto dalam smpnan raja Rom mana pergigambar2 tu...
ReplyDelete