Hikmah Istighfar

Istighfar Kufi Calligraphy
Bismillahirrahmanirrahim.. Astaghfirullah Al 'Adzim Allazi Laa ilaha illahu wal Haiyul Qaiyum wa Atubu ilaih..
Istighfar lazim disarankan oleh para ilmuan, ustaz, daie, bahkan Al-Qur'an dan Rasulullah sendiri menganjurkan kita sentiasa beristighfar, perbanyakkan beristighfar.


ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ
"Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung"


Istighfar Yang Utama
‘Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih’

(Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya).
Sabda Nabi s.a.w maksudnya:
"Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bilangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni mu, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal 'Adzim al-Ladzii laa ilaa ha illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepada-Nya)." [HR. at-Tirmidzi]

Kenapa Istighfar

Kerana Istighfar adalah suatu bentuk Taubat, iaitu perlakuan memohon keampunan kepada Allah Rabbul 'Alamin, Tuhan Sekelian Alam. Kerap di dalam Al-Qur'an diseru kita manusia untuk kembali (memohon ampun) kepada Allah. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa antara intipati Al-Qur'an itu adalah seruan untuk memohon keaampunan dan kembali kepada Allah. Sememangnya kita PASTI akan kembali kepada Allah untuk perhitungan atas perlakuan kita di dunia ini..

Beruntunglah orang² yang dapat menangis kerana takutkan azab Allah. (salah seorang dari 7 golongan manusia yang akan dapat naungan Allah di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya).

Hikmah Istighfar

Sebaik-baiknya kita hendaklah benar-benar memahami maksud Istighfar itu terlebih dahulu. Suatu kalimah yang diajarkan oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an sendiri perihal memohon ampun - lihat tajuk Dalil Istighfar di bawah. Kemudian barulah kita beramal dengannya secara alunan zikir Istighfar di setiap masa, walau apa pon yang kita sedang buat. Tidakkah kita suka andai kita mampu melihat gugurnya dosa-dosa dari diri kita tiap saat..?
Atau mungkin sapa tau tiba² ajal kita sampai ketika itu, dan sekelip mata kita sedar² sudah di Alam Barzakh, sedangkan saat itu kita sedang beristighfar, alangkah beruntungnya bila pengakhiran hidup kita dalam Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik) dengan alunan zikir istighfar sebagai antara ucapan terbaik menjadi kalimah terakhir kita..

  1. Taubat, Mohon Keampunan Allah & Keselamatan dari AzabNya.

    Siapakah antara kita yang tidak berdosa..? Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri (yang tidak berdosa) pon berIstighfar memohon ampun tiap-tiap hari 70 - 100 kali.

    Surah an-Nisaa (4) ayat 106
    "Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi" [Al Quran 4 : 106]
    Surah Muhammad (47) ayat 19
    "Dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa orang-orang yang beriman (lelaki dan perempuan)." [Al Quran 47 : 19]
    Surah An Nashr (110) ayat 3
    “Maka barangsiapa memuji Tuhanmu, dan memohon ampunan kepada-Nya, sungguh Dia Maha penerima Taubat.” (Al Quran 110 : 3]
    Nabi s.a.w bersabda maksudnya
    "Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan" [Hadis Riwayat Al Hakim]
  2. Mengharapkan Syurga Allah

    Allah S.W.T menyeru kita memohon ampun, dan Dia berjanji akan mengampunkan dosa kita, maka apakah balasan yang akan Allah anugerahkan nanti setelah kita diampunkan - Syurga.
    Surah Ali Imran (3) ayat 135
    "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." [Al Quran 3 : 135]
    Surah Ali Imran (3) ayat 136
    Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” [Al Quran 3 : 136]
  3. Penolak Bala, Bencana & Sebagai Penyelamat.

    Kerap dinyatakan oleh para ustaz, adanya golongan orang yang soleh, maka dengan doa-doa mereka setiap hari maka aman sejahteralah suatu kaum dan daerah tersebut.
    Surah Anfaal (8) ayat 33
    "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun." [Al Quran 8 : 33]
  4. Mohon Hajat Kepada Allah & Sebagai Doa Mustajab.

    Diriwayatkan Saiyidina Ummar Al Khattab r.a. pernah berdoa hanya dengan berIstighfar, hingga para sahabat bertanya. Maka dijawabnya, beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda berkenaan Istighfar mampu memenuhi hajat.
    Surah Nuh (71) ayat 10, 11, 12
    "maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun," [Al Quran 71 : 10]
    "nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat," [Al Quran 71 : 11]
    "dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." [Al Quran 71 : 12]
  5. Istighfar menurunkan hujan kurniaan Allah.

    Hujan yang turun adalah hujan Rahmat yang memberi manfaat.
    Surah Nuh (71) ayat 11
    "nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat," [Al Quran 71 : 11]
  6. Istighfar mendatangkan rezeki, harta, memperoleh zuriat.

    Ini janji Allah..
    Surah Nuh (71) ayat 12
    "dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." [Al Quran 71 : 12]
    Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
    "Barang siapa memperbanyakkan Istighfar maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga." [Hadis Riwayat Abu Dawud]
Dan banyak lagi kelebihan andai kita mampu melazimi berIstighfar secara tetap, seperti mampu untuk menghilangkan sifat gelisah dan mententeramkan hati, jiwa. Juga tidak akan terkena penyakit nyanyuk, menjauhkan syaitan dan kemungkaran.

Istighfar adalah suatu perkara BESAR, janji Allah menolong sesiapa sahaja hingga suatu kaum atau suatu daerah itu terselamat dari bencana, hanya kerana adanya golongan yang beristighfar.

Golongan ini adalah hamba-hamba Allah yang sentiasa memohon ampun kepada Allah (disetiap ketika), dengan asbab Istighfar mereka maka bencana yang 'sepatutnya diturunkan' (akibat perbuatan kemungkaran manusia lain) maka semua yang berada bersama di daerah itu terselamat (tetapi sangat sedikit mereka yang mengetahuinya). Wallahu'alam..

Ini antara zikir favorite saya seharian ↓ dalam kereta dan bila² teringat huhu.. insya'Allah..



Semoga anda mendapat pahala atas perkongsian ini kpd social media anda, atau sekurang²nya atas pembacaan.. insyaAllah..

 . . . . . . . . . Update . . . . . . . . . .

Kisah - Makbulnya Doa dengan BerIstighfar

Di riwayatkan suatu kisah benar yang berlaku di zaman Imam Ahmad Bin Hanbal rahimahullahu ta'ala.

Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal rh. pergi ke Syams atas suatu urusan, dan malamnya beliau berniat untuk tidur / bermalam di sebuah masjid di sana, akan tetapi beliau dihalang oleh seorang penjaga masjid tersebut. Kerana penjaga masjid tersebut tidak mengenali lelaki yang ingin bermalam di masjid tersebut, walaupon nama Imam Ahmad Bin Hanbal, seorang ulama' besar cukup terkenal ketika itu.

Setelah puas beliau memujuk penjaga masjid tersebut (tanpa memperkenalkan dirinya) supaya dibenarkan untuk bermalam di masjid tersebut, namun tetap tidak diizinkan oleh sipenjaga masjid.

Imam Ahmad pun berkata: "Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini". Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya, tidak mahu berganjak dari kawasan masjid (rumah Allah). Namun, penjaga masjid itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid (mungkin kerana sudah lewat malam, si penjaga mahu tutup masjid).

Imam Ahmad kelihatan tenang menampakkan raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia (walaupon beliau tidak memperkenalkan dirinya).

Dalam pada itu, lalulah seorang lelaki di kawasan masjid tersebut dan telah melihat hal yang berlaku di antara mereka. Lantas lelaki ini cuba membantu dengan mempelawa beliau (si Imam Ahmad), keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam. Lelaki ini juga tidak mengenali beliau (kerana menyangka beliau hanyalah orang luar), mungkin kasihan kerana melihat hajatnya untuk bermalam di masjid tidak dibenarkan.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama lelaki itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik sebagai tetamunya. Kemudian si lelaki itu pun meninggalkan beliau, membiarkan tetamunya itu untuk berehat dan dia pergi untuk melakukan kerjanya sebagai seorang pembuat roti, untuk dijual pagi nanti.

Ketika dia melakukan tugasnya untuk membuat roti, menguli tepung, Imam Ahmad yang menjadi tetamunya itu mengamati dan mendengar si pembuat roti itu mulutnya berzikir dengan kalimah istighfar tanpa henti sambil menguli tepung. Sambil beliau berehat itu beliau mendengar si pembuat roti tersebut mengucapkan tiada lain kecuali beristighfar berulang² sambil menguli tepung. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti itu tentang (zikir) istighfarnya malam tadi: "Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu?"

Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan hikmah istighfar.

Jawab si pembuat roti..
"Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan".
Imam Ahmad bertanya: "Apakah doa itu?"

Pembuat roti pun berkata: "Aku mahu berjumpa Imam Ahmad Bin Hanbal".

Terkedu Imam Ahmad mendengarnya dan dengan perasaan rendah diri beliau berkata: "Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!"

(berkat istighfar yang benar² mengharapkan keampunan Allah SWT)..
wallahu'alam..

Satu persoalan


Mengapakah selepas solat kita perlu beristughfar..?
Bukankah sepatutnya selepas melakukan maksiatlah kita perlu beristighfar, sedangkan lepas solat pula kita beristighfar..!!?

Jawapan: Rahsia Istighfar Selepas Solat Fardhu

anda bebas untuk share.. maaf andai ada kesilapan, sila tegur / komen

sumber & antara yg menarik:
https://www.facebook.com/notes/in-a-relationship-with/kebaikan-dan-fadhilat-beristighfar-setiap-hari/151523468229093
http://www.deamira.com/2011/02/astaghfirullahalazim/

31 comments:

  1. obat segala obat, yang sekarang ini dicari orang..
    hanya saja sebagian besar mereka tidak tahu.

    ReplyDelete
  2. Izin share...jazakaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan.. boleh juga ditambah baikan lagi..

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian :) mohon share ya..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian :) mohon share ya..

    ReplyDelete
  5. segala yang baik itu dari Allah..
    silakan sis..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas sharingnya :) lemah teles kang...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. sila² puan.. semoga puan dpt pahala atas perkongsian kpd mereka² yg mmbaca, ameen..

      Delete
  8. Demi Allah..Sy kemarin sangat kesulitan..dimana sy kekurangan utk tutup uang...disitulah sy merasa hanya Allah yg menolong sy ..sy terus memohon dan beristighfar..dalam kebingungan sy hanya punya uang 120 rb saja..sy terus memohon krn sy dpt uang 3 jt...setiap hari sy berdoa dan beristigfar,alhamdulillah tiba2 td pagi sy mendapatkan uang dr pinjaman adik ipar sy,,,sesungguhnya sholat dan sabar menjadi penolong kita..krn Allah sangatlah dekat pd hambanya yg memohon dan bersabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. sesungguhnya janji Allah itu Maha Benar.. dengan Istighfar Dia mempermudahkan permasalahan.. Amantu billah..

      Delete
  9. Terimakasih ilmu istigfarnya ya. Semoga saya bisa istikomah dalam ber istigfar. Mohon ijin saya share ya

    ReplyDelete
  10. Ya Allah min artikel nya sangat bermanfaat sekali dan membuat saya sedih membaca nya :( Mohon izin share min. Artikel sangat bagus dan berkualitas sekali

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum tuan, mohon sy share ilmu yang bermanfaat ni ya

    ReplyDelete
  12. Terimah kasih atas ilmunya :)
    Maaf say orang indo tdk bisa bahasa malaysia..

    ReplyDelete
  13. Subhaanalloh,, sangat bermanfaat untuk melembutkan hati dan menghilangkan kesombongan

    ReplyDelete
  14. Subhanallah sangat banyak khasiat mohon izin untuk mengamalkan doa ini

    ReplyDelete
  15. Postingan yang bermanfaat kak. Kunjungi juga blog saya https://www.diaryerlina.eu.org

    ReplyDelete

Powered by Blogger.