Sedekah Ramadan - Cincin Permata Untuk Syria

Assalam.. Sedekah yang paling afdal adalah sedekah di bulan Ramadan. Masih ada seminggu lebih lagi untuk kita ambil kesempatan bersedekah di bulan Ramadan yang mulia ini. Khasnya untuk golongan yang amat-amat memerlukan sumbangan kita selain dari tabung masjid di tempat kita.

Surah Al Baqarah, ayat 254
Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa'at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim. [Al Quran 2:254]

Diterjemahkan oleh ulama' / ustaz..
  • Di hari yang tiada lagi jual beli, iaitu 'harta' yang dapat kita bawa di Akhirat.
  • Hari yang tiada lagi manfaat isteri & anak-anak, yang selama ini kita sayang & manjakan.
  • Hari yang tidak berguna lagi sahabat² & teman rapat.. ketika itu teman rapat kita mungkin akan menjadi musuh kita, bila mana mereka menuntut pahala dari kita atau berhujah dihadapan Allah untuk menyelamatkan diri mereka dari hukuman (sedang kita terlepas)". Wallahu'alam..

Diceritakan bahawa, apabila mayat telah dikuburkan, maka mereka merayu-rayu untuk kembali semula ke dunia semata-mata mahu bersedekah. Kerana mereka telah lihat bahawa sedekah itulah harta atau saham Akhirat. Sedang harta atau wang ringgit di dunia ini yang disimpan akan menjadi hak orang lain tanpa dapat kita gunakan. Sementara harta yang kita belanjakan di jalan Allah itulah Harta kita di sana nanti.

Oleh itu marilah kita berlumba-lumba mengumpul harta untuk hari kemudian sebagaimana sabda Rasul s.a.w
bahawa Amal Jariah itu akan tetap dapat kita perolehi pahala (sahamnya) walau kita telah dikuburkan.

Sebentuk cincin sumbangan hamba Allah untuk rakyat Syria
Lihat gambar di atas, betapa beliau sanggup menggadaikan cincin permatanya demi mengharapkan keredhaan Allah. Pastinyalah beliau akan dikurniakan ganjaran berlipat ganda kerana infaknya demi Islam di bulan Ramadan.. dan beliau (serta mereka yang menginfakkan hartanya) termasuk dalam doa-doa yang selalu didoakan oleh para ulama.


Saluran Sedekah Online

Kita bagaimana..? Sebenarnya ada banyak ruang untuk kita buat sumbangan, infak atau sedekah tanpa perlu tunggu pergi masjid atau tunggu masa tarawih atau hari Jumaat. Berikut antara senarai badan-badan yang telah berusaha menjalankan aktiviti fisabilillah, tinggal kita sumbangkan sahaja apa yang mampu kita infakkan. Antara yang disahkan seperti:

Islamic Relief Malaysia

Islamic Relief dari badan pertubuhan Islamic Relief antarabangsa dan ini adalah cawangan Malaysia. Mereka arif dalam hal ehwal memberi sumbangan di seluruh dunia tak kira negara mana pon. Mereka diiktiraf oleh United Nation, Red Cross, Palang Merah dan banyak lagi NGO bantuan dunia.
Yang menariknya mereka menyediakan berbagai cabang derma atau sedekah ikut pilihan anda untuk dalam dan luar negara. Anda boleh pilih cabang sedekah yang berbilang sasaran sekiranya berniat demikian.

Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria - di wujudkan di bawah PERSIDAM

Syria Care khusus membantu rakyat Syria, meereka terdiri dari pelajar, bekas pelajar dari negara Syria, jadi mereka 'lebih dekat' dengan bumi Syria ini. Andai anda berniat bersedekah untuk Syria, boleh lihat di link mereka ↑


Aman Malaysia
Pertubuhan khas membantu rakyat Palestin.. NGO yang aktif dalam usaha mereka menganjurkan aktiviti mengumpul dana untuk membantu dan membangunkan Palestin. Untuk maklumat lanjut klik pada link mereka ↑


Haluan Malaysia
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia. Uniknya mereka ini hasil dari inisiatif siswazah & bekas siswazah dari berbagai institusi serta latarbelakang. mereka juga sangat aktif dalam usaha membantu serta berdakwah.

Ada banyak lagi sumber yang boleh kita gunakan untuk menyalurkan sedekah di bulan Ramadan ini khususnya. Tinggal hanya kita mahu tak mahu sahaja, semoga kita terlepas dari kerugian kerana tidak mahu bersedekah di bulan Ramadan (dan bulan² lain). Sangat pahalanya, ganjarannya, bahkan Allah berjanji menggantikan harta sumbangan kita berlipat kali ganda.. Insya'Allah..

Semoga dengan bersedekah yang ikhlas itu maka Hati akan menjadi lembut dan mudahlah menerima Hidayah Allah.. Alhamdulillah..

2 comments:

  1. dibulan ramadhan, mudahan kita sentisa melebihkan sedekah dan moga diterimaNya.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.