Mengapa Beliau Pilih Masjid, Tinggalkan Gereja?
untuk dengar lebih lanjut kata² beliau, sila view video ni.."Bapak hantar saya ke sekolah Perbandingan Agama dan saya temui kebenaran dalam Islam, dalam bab akidah ini saya kata; Apa jadi dengan agama kita Kristian, betul ke Tuhan ini 3 dalam 1, 1 dalam 3 pak..? Tuhan beranak dan Tuhan mempunyai Bapak..? Kalau Tuhan beranak dan mempunyai Bapak maknanya Dia sama macam manusia..!! Lalu ayah saya cakap; Kamu jangan tanya soalan ini bahaya (katanya), nanti bapak punya elaun kena tarik" -Ustaz Mohd Farhan Abdullah @Pastor Yohanes
Kisah seorang bekas Anak Ketua kepada 10 Gereja di Sabah yang sewaktu awal usianya belajar Perbandingan Agama antara Islam & Kristian, untuk mendakwah umat Islam kepada Kristian. Beliau yang bernama Yohanes, juga merupakan seorang (bekas) Pastor, telah melalui pengalaman hebat bagaimana beliau akhirnya memilih Islam. Pernah hampir ditembak oleh bapanya sendiri, yang merupakan Ketua 10 Gereja kerana marah kepada beliau yang telah menjadi Muslim. Berkat doa dan solat hajat yang dilakukan bertahun², seluruh keluarga Kristian beliau, ibu, adik²nya memeluk Islam.. akhirnya bapa beliau yang keras hati, pernah mahu menembaknya juga melafazkan syahadah, menjadi Muslim.. Allahu Akbar..
Ikuti kisah menarik dari beliau sendiri, Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al Hafiz
Video Bahagian 1, ikuti seterusnya ↓
- Video Bahagian 2
- Video Bahagian 3
- Video Bahagian 4
- Video Bahagian 5
- Video Bahagian 6
- Video Bahagian 7
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab (pengikut kitab Injil / Bible & kitab Taurat / Torah), marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". [Al Quran 3:64] Surah Ali Imran, ayat 64
'Sesungguhnya Agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam'. [Al Quran 3:19]
'dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam'. [Al Quran 3:102]..mati adalah permulaan suatu kehidupan Akhirat yang kekal, di sana nanti seluruh umat manusia akan dihimpun dan bersedia tiap² seorang untuk dihakimi oleh Allah, Tuhan 'Yang Menguasai Hari Pembalasan'. Maka rugilah serugi²nya orang yang tidak mahu Islam.
- Sesungguhnya Allah itu Maha Esa - Satu²nya, Tunggal, Tiada duanya, tiada apa pon yang sebanding dengannya, bahkan tidak walau dalam bayangan atau imaginasi sekali pon. Sedang semua ciptaanNya di dunia, di laut, di langit, hidup (bergerak, berputar, beredar) mengikut turutan hukumNya, saling lengkap melengkapi - sebagai Tanda KewujudanNya, Tanda KebesaranNya, Tanda KekuasaanNya.
- Sesungguhnya Allah itu Tidak beranak, Tidak Diperanakkan, (Tiada bapa, Tiada anak) Dia Maha Berkuasa atas tiap² sesuatu. Dialah Yang Maha Kekal, Tiada awal, Tiada akhirnya, sedang yang lain (ciptaanNya) ada awal & akhirnya.
- Sesungguhnya Allah itulah tempat bergantung bagi tiap² sesuatu, kerana tiap² benda, perkara, dari sekecil² makhluk, atom² hingga sebesar² planet, bintang², semuanya di bawah kekuasaanNya (dalam 'genggamanNya').
- Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang, Dia amat suka mengampunkan setiap manusia (hamba²Nya) yang berdosa. Dia sangat² menyayangi hamba²Nya, lebih dari seorang ibu yang sangat penyayang sedang menyusukan bayinya.
No comments: