Salam Untuk Ahli Kubur


"Assalam wahai ahli kubur". Maaf saudara dan saudari, penulis sekadar mengingatkan kita semua bakal menjadi ahli kubur, seperti mana saudara² kita yang telah kembali ke Rahmatullah. Cuba kita kenangkan seketika saudara mara kita dan hadiahkanlah mereka kesejahteraan di alam barzakh yang sangat mereka harapkan sebagaimana kita bakal mengharapkan juga kaum muslimin (bakal anak cucu kita) mendoakan untuk kita nanti, sekurang²nya kita bacakan untuk mereka (supaya kita nanti akan mereka ikhlas membacakan juga).. 'Al-fatihah' (niatkanlah untuk mereka)..
.......

Doa Menziarah Kubur

اَلسَّلاَمُ عَلَى اَهلِ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ اَنْتُمْ لَنَا فَرْطٌ وَنَحْنُ اِنْ شَآءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ
'Salam atas para penghuni kubur, mukminin dan muslimin, engkau telah mendahului kami, dan insyaAllah kami akan menyusul mu'.
(ada beberapa lagi versi doa yang lain)

Saudara² ku, Baginda Rasulullah S.A.W sering mengingatkan kita betapa pentingnya mengingati akan kematian, kerana kematian adalah destinasi yang sedang kita tuju disaat saya menulis ini dan saat anda membaca artikel ini.

Wahai saudara dan juga diri penulis sendiri, setiap hari kita sedar atau tidak kita melakukan dosa². Dosa dari mata melihat segala macam 'fitnah dunia', di luar rumah juga di dalam rumah (tv, video), dosa telinga mendengar yang haram di kuar juga dalam rumah, kereta (lagu² haram), dosa lidah kita yang suka menyebut dan berbicara yang haram walupon benar (itulah mengumpat).. apatah lagi syoknya menyebut yang tidak benar (itulah fitnah).

Wahai saudara, diriku sendiri khasnya, berusahalah berubah kepada kebaikan (itulah hijrah), supaya diakhir hidup kita akan diberkati Allah S.W.T. Ingatlah sesungguhnya Allah mencintai manusia yang berusaha untuk berubah kepada kebaikan, walaupon dalam kepayahan (itulah hidayah). Sesungguhnya hidayah itu perlukan usaha bukan sekadar berdoa kosong (kata² hikmah dari majlis² ilmu - tazkirah).

Wahai saudara dan diriku sendiri, ingatlah Allah sentiasa menantikan kita untuk kembali kepada fitrah kita sebagai hambaNya, iaitu kembali dan tetap berada pada jalan kebenaranNya (iaitulah taubat). Para ilmuan Islam, ustaz, ulama sering mengingatkan kita bahawa Allah mengambil kira akan bagaimanakah pengakhiran hidup kita bukan diawalnya atau ditengah². Sebab itu kita wajib bersedia sepanjang hidup, setiap hari, setaip saat untuk mengelak dari dosa² terutamanya dosa² yang sengaja kita lakukan dari mata & lidah terutamanya, telinga kaki dan tangan kita supaya dipengakhiran hidup kita diredhai Allah S.W.T. insyaAllah..

Wahai diriku, berusahalah untuk menyempurnakan solat² fardhu ku, seawal waktunya, sesempurna mungkin akan rukun²nya dan berusahalah untuk sentiasa ingat akan pesan² Baginda Rasul S.A.W. serta pesanan² para ustaz. Peliharalah tingkah laku kelima² pancainderaku dan jagalah pemakanan ku. Yang paling utama didiklah hatiku supaya mampu mengawal keseluruhan diriku - akal dan tubuhku supaya dapat perlahan² berubah kepada kebaikan.. terima kasih radio IKIM.fm

p/s: sekadar mengingatkan (berdakwah) kpd diri sendiri.. maaf andai ada kesilapan dari segi kata² atau cara ku.. mohon teguran andai ada yg tak sesuai untuk paparan.. wallahu'alam..

image: saat aku berada dlm kubur tu membantu jenazah nenek, aku benar² 'terasa' itulah destinasi manusia (termasuk aku) seterusnya, aku rasa seperti suatu 'nikmat' masa berada dlm kubur tu, dingin, tenang.. walopon mulanya aku gementar nak turun dlm sana.. tapi aku beranikan diri (utk tebus dosa² aku pada arwah nenek) aku turun dgn harapan Allah bantu aku.. masa nak terima jenazah dari atas, tiba² aku nampak muncul kerengga yg semakin banyak dari dlm kubur tu.. aku hampir melompat keluar bila kerengga tu start nak gigit kaki aku.. tapi tawakkal tu'alallah.. aku cuba tak pedulikan makhluk² Tuhan yg tiba² muncul dari dlm kubur tu.. alhmdllh, pengkebumian yg lancar.. lepas tu aku rasa mcm seronok plak dpt masuk dlm sana bantu kebumikan jenazah, sampaikan skg pon kalo ada kematian di mana² aku rase mcm aku nak turut sama bantu mereka² (utk nak rasa lg nikmat berada dlm kubur) walopon aku tak kenal mereka dan mereka bukan dari kaum kerabat ku..

image: penulis salah sorg yg berada dalam kubur sedang mengangkat jenazah nenek, lagi 2 org yg sama² dalam tu adalah anak kpd jenazah. (pertama kali berada dalam kubur, mula² risau, tap last² rasa tenang dalam sana.. I miss that moment)

credit: doa dan maksud dari http://shalatdoa.blogspot.com/2008/05/adab-dan-doa-ziarah-kubur.html

No comments:

Powered by Blogger.