Doa & Zikir Ya Amanal Kho Ifin

Adam Corrie (kopiah hitam) di Majlis Ilmu DarulMurtaza - Ya Amanal Kho Ifin
Maksud doa 'Ya Amanal Kho Ifin' terjemahan oleh Ustaz Dato' Dr Muhammad Afifi melalui video dari Darul Murtaza - Syeikh Habib Ali Zaenal Abidin. Zikir 'Ya amanal kho ifin' ini adalah suatu doa yang dikarang oleh gabungan ulama' terkenal ahli sunnah terdahulu sangat indah dilafazkan. Bila doa ini dizikirkan dan dihayati maksdunya maka ianya sangat indah, menginsafkan dan membuat kita benar-benar rasa rendah diri kepada kekuasaan Allah yang selayaknya kita takut.

Menurut ustaz tersebut (lihat video) doa 'Ya amanal kho ifin' ini adalah penghulu bagi penutup segala doa. Ia juga sebagai pelengkap kepada penghulu segala doa, iaitu "Robbana atina fiddunya hasanah, Wa fil akhiroti hasanah, Wa qina azabannar". Mari kita baca dalam bentuk text dan sila play audio untuk bacaan yang betul.

Ya Amanal Kho Ifin

يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ  ءَامِنــَّـا مِمَّا نــَخَافُ
يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ  سَلِّمْنــَا مِمَّا نــَخَافُ
يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ  نــَجِّنــَا مِمَّا نــَـخَافُ

Wahai (Tuhai) Yang Memberikan Keamanan Kepada Sesiapa yang takut,
Berikanlah kami aman (di dunia) terhadap apa sahaja yang kami takut..

Wahai (Tuhan) Yang Memberikan Keamanan Kepada Sesiapa yang takut,
Berikanlah kami sejahtera (di akhirat) terhadap apa sahaja yang kami takut..

Wahai (Tuhan) Yang Memberikan Keamanan Kepada Sesiapa yang takut,
Keluarkanlah kami dari apa sahaja yang kami takut..

Audio



Play ↑ untuk dengar.. (Hazamin InTeam)

Video



Penerangan & Terjemahan Ya Amanal Kho Ifin oleh Ustaz Dato' Dr Muhammad Afifi ini menerangkan tentang perihal doa atau zikir ini yang pernah dikatakan haram suatu ketika dahulu.. kenapa..? Sila dengarkan penerangan beliau..


credit Image & Video: DarulMurtaza.com | Image: Adam Corrie | Audio: Hazamin InTeam

21 comments:

  1. afwan
    audio kurang jelas

    siapa nama imam yg "me-masdar-kan"doa ini?
    di dalam hizbul 'azam ke?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.