Produk Sabun & Pencuci Halal

Beberapa bulan lepas dalam Kuliah Maghrib Ustaz Shahul Hamid (ust ni dari Penang) di satu masjid di daerah Gombak, Selangor, ustaz Shahul kerap pesan pasal pentingnya (bukan sahaja bab makanan) menggunakan produk kebersihan yang HALAL. Beliau sering kata mengingatkan tentang produk² cucian yang hampir (atau lebih) 90% dibuat menggunakan gelatin lemak haiwan, sama ada ba alip ba ya, atau dari haiwan lain yg tak di sembelih.. tapi majoritinya adalah dari seumber ba alip ba ya laa..

Saya percaya ramai antara kita yang biasa dengar pesan orang yang lebih arif tentang pentingnya penjagaan kebersihan diri dan pakaian untuk dibawa Solat mestilah bersih dari kotoran. Adakah diri dan pakaian kita benar² dicuci dengan bahan pencuci atau sabun yang benar² HALAL..!!?

"Kalau pakaian kita mandi atau pakaian kita dicuci dengan sabun yang tak Halal, macamana Solat kita..!!?"
lebih kurang begitulah persoalan yang ditimbulkan oleh ustaz tersebut..

Kemudian ustaz Shahul bagi tugasan untuk kami yang khusyuk mengikuti kuliah beliau masa tu untuk (dalam masa sebulan sebelum kuliah beliau yg berikutnya) pergilah siasat di mana² kedai & pasaraya, apa jenama produk sabun, sama ada sabun mandi, sabun cuci pakaian, sabun cuci pinggan, dan lain² yang ada Tanda Halal JAKIM. Maka kami pon (segelintir aje rasanya) yang 'siasat' apa produk sabun yang ada tanda Halal JAKIM yang sah..!! Ustaz Shahul kata yang beliau tahu (stakat masa tu) hanya jenama Shokubutsu yang ada tanda Halal JAKIM.

Maka saya pon tertariklah nak buat siasatan dan berazam untuk mula akan gunakan hanya produk sabun yang Halal sahaja lepas dari tu. Setakat hari ni dah lebih kurang 5 atau 6 bulan saya sendiri (mungkin anda lebih tahu) dapat kenal pasti antara produk sabun yang ada Halal JAKIM, saya senaraikan di bawah.. kalau anda tahu lebih lagi sila bagitahu dalam ruangan komen di bawah nanti, supaya dapat saya update senarai produk sabun Halal..



Kenali Logo Halal JAKIM

Sebelum tu kita kene faham dan kenal pasti Logo Halal JAKIM yang betul terlebih dahulu dan bagaimana penggunaannya yang sah berdaftar dengan pihak JAKIM bagi setiap produk yang Halal.

Logo Halal JAKIM Yang Sah

Perhatikan logo yang Halal yang sah dalam imej di bawah, teliti setiap satu logo yang Tidak Sah di bawah ni, lihat tulisan (font) yang digunakan, termasuk cara tulisan Jawi, terutama huruf LamAlif dari logo yang tak sah berbanding dengan yang sah..


..

Penggunaan Logo Halal JAKIM Yang Sah

Setiap produk Halal yang berdaftar dengan JAKIM mesti disertakan dengan kod (code) No. Rujukan yang diberi bersama Sijil Halal oleh pihak JAKIM, seperti imej di bawah..

..

Senarai Produk Sabun Yang Ada Halal JAKIM

Kategori Sabun Mandi Halal

Mungkin produk di bawah jenama Southern Lion antara yang paling banyak mendapat pengesahan Halal JAKIM. Antara jenama mereka termasuklah Shokubutsu dan beberapa nama lain yang biasa kita dengar, dalam senarai pencuci pakaian dan perkakas dapur, seperti TopBio ZipDobi dan lain². Produk² mereka bukan sahaja dapat award Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bahkan juga Halal Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan Halal Islamic Central Committee of Thailand (ICCT).

Di bawah saya senaraikan beberapa produk Halal yang terdapat di pasaran buat masa sekarang, untuk memudahkan saya sendiri untuk ingat dan untuk anda juga bila nak beli sabun mandi & sabun pencuci nanti.




1. Shokubutsu

  


2. Johnson's Baby

Antara senarai produk Johnson's Baby yang Halal seperti di bawah.. setakat tarikh post hari ini, terdapat lebih kurang 20+ produk jenama Johnson's tersenarai Halal dalam Direktori Halal JAKIM - masukkan keyword Johnson's ke dalam kotak Maklumat carian (dlm web direktori Halal Jakim tersebut)..

  



3. Sabun keluaran syarikat Lam Soon

Kategori Pencuci Pakaian


1. Produk Southern Lion



Kategori Pencuci Pinggan Mangkuk


2. Produk Lam Soon
Kategori Lain (akan datang insyllh)


Semak Produk Halal Online


Untuk lebih kepastian atau kalau ada keraguan kita boleh terus rujuk ke laman web JAKIM untuk semak produk² yang kita berasa ragu² akan keHalalannya di Direktori Halal JAKIM..

Dalam laman web Direktori Halal JAKIM tersebut, kita hanya perlu taip keyword apa yang kita nak cari tu dalam kotak Maklumat Carian, dan klik Cari.. contoh, nak semak sama ada roti Gardenia Halal atau tak..? Cuma perlu taip perkataan gardenia dan klik Cari, maka akan keluar semua maklumat berkaitannya.

Sekiranya apa yang kita cari tidak tersenarai, kemungkinan besar produk tersebut Tidak Halal.. Untuk lebih kepastian sekiranya produk tersebut tidak tersenarai, gunakan maklumat Kategori yang disediakan di sebelah kirinya, sama ada pilihan kategori Syarikat, Produk, Kosmetik dan lain². Mungkin apa yang kita cari tersenarai dalam kategori lain.. wallahua'lam.

24 comments:

  1. Kami adalah syarikat pengeluar pencuci pakaian dan produk penjagaan kulit yang 100% halalan toyyiban menggunakan teknologi tanah liat atau active clay. Hubungi kami di http://visucibangi.blogspot.my atau http://visucibangi.wasap.my. Visuci baru suci!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. tahniah tuan dah ada produk Halalan Toyyiban, company Muslim ke ni..?
      saya dah lihat blog tuan.. saya cadang tuan buat online shop dlm website tuan.. atau join lazada as seller, supaya mudah org nak beli online :)

      Delete
  2. Sabun dettol halal ka? Tpi tak da tanda halal.. Sah ka mandi wajib kalau guna sabun dettol yg x da tanda halal? Mohon bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni sabun dettol memang tak ada tanda halal..

      bab mandi wajib, setahu saya ada 2 rukun, mula² Niat mandi wajib ketika air mula sentuh tubuh, dan kedua Air Sampai (membasahi) keseluruh badan / kulit badan / celah² yg zahir..

      tapi bab hukum, sah ke tak guna sabun tiada tanda halal, itu lebih baik rujuk ustaz yang lebih arif.. apa yang saya faham kebanyakan sabun dibuat dari sumber (lemak) haiwan, kecuali dinyatakan sendiri oleh 'manufacturer' dibuat dari sumber tumbuhan 100% dan ada tanda Halal..
      wallahua'lam..

      Delete
  3. O.O katakanlah... dah terpakai sabun pewangi basuh baju yang dikatakan ada lemak ba..bi (syarikat di malaysia kata tidak tapi syarikat U.S. guna) dan haiwan... macam mana nak uruskan baju-baju yang dibasuh dengannya? Baru dapat tahu hari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara mudahnya, kalau kita tak tahu tak apa.. bila kita dah tahu, maka kita keluarlah dari kemusykilan itu kepada yg lebih yakin, iaitu mula guna produk yg halal.. wallahua'lam..

      Delete
  4. Ni sabun2 bukan keluaran muslim..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.