Borang Permohonan Nikah Online

Permintaan untuk berkahwin sentiasa hangat walau dalam apa keadaan ekonomi sekali pun. Kalau ekonomi tak bagus, biasanya permintaan terhadap perkara yang membabitkan belanja akan ikut terjejas seperti contohnya pasaran jualan kereta akan terjejas teruk seperti mana teruknya prestasi ekonomi sesebuah negara (atau dunia).

Begitu juga dengan prestasi perbankan, pihak² bank mulalah mengetatkan syarat² kewangan, penyedia insuran mula meningkatkan harga² polisi mereka, sampaikan kita nak renew roadtax pon jadi makin mahal.. kalau dulu setahun & dua tahun lepas saya punya insuran+roadtax dalam RM350 - 375 saja, tahun ni naik sampai RM445.. adeeehhh.. sakitnyatuhdisini..

Walaupun begitu, permintaan untuk mendirikan rumahtangga tak pernah terjejas, inilah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak manusia (janin) itu masih di dalam rahim ibunya selepas peringkat 40 hari yang ke 3 (120 hari), iaitu selepas ditiupkan Roh kepadanya..
  • 40 hari pertama - sel lelaki & perempuan dikumpulkan hingga menjadi segumpal darah
  • 40 hari ke 2 (80 hari) - segumpal darah menjadi segumpal daging
  • 40 hari ke 3 (120 hari) - segumpal daging menjadi bentuk tubuh yang lengkap dan ditiupkan Roh

Saat ditiupkan Roh inilah (menurut ulama') Allah SWT telah menetapkan 4 perkara melalui MalaikatNya dituliskan tentang:
  1. Rezekinya, termasuklah urusan Jodohnya
  2. Ajalnya
  3. Amalnya
  4. Nasib dirinya (sama ada celaka atau beruntung)
    wallahua'lam

Oklah saya tak berniat nak cerita lebih bab tersebut, cuma sekadar mengingati kembali hakikat kita ni hanyalah dari Allah dan kepada Allah jua kita akan kembali.. Kita kene sentiasa ingat apa pon yang kita buat mesti ingat Allah, walaupon ketika tengah ghairah nak settlekan urusan perkahwinan.. syukur kepada Allah doa kita untuk bertemu jodoh & bernikah telah Allah perkenankan dan hampir sampai ke kemuncak.. Ingat juga rumahtangga yang akan kita bina ni adalah tanggungjawab kita untuk pimpin keluarga kita (sebagai suami) supaya kita mampu pimpin ahli keluarga kita nanti menuju ke Syurga dan terselamat dari Neraka..!!


Borang Nikah Online


Cara Isi Borang Nikah Online


Berikut adalah cara memohon dan mengisi borang kebenaran nikah online - Benar Nikah Online (BNO), melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM), kalau tak silap sistem SPPIM ni di bawah JAKIM.



Harus diingat terlebih dahulu, pastikan kita penuhi syarat²nya:
  1. Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:
    • Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak; atau,
    • Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM; atau,
    • Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.
  2. Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.
  3. Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin di mana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.
  4. Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.
  5. Pemohon perlu hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari selepas memohon online dan tidak melepasi tarikh cadangan berkahwin. Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online.
  6. Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.
  7. Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.
  8. Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.
  9. Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin
  10. Pastikan Pemeriksaan Kesihatan (ujian HIV) telah dibuat dan keputusan Pemeriksaan Kesihatan telah diperolehi (biasanya dapat pada haritu juga), untuk kita memasukkan No. Siri Pemeriksaan Kesihatan tu nanti.

Website SPPIM


Sebelum kita nak mula isi keBenaran Nikah Online, pastikan maklumat ni semua disediakan, jadi tak perlu kita sibuk nak call pasangan kita nanti tanya itu ini..:
  • Nama penuh Pemohon (lelaki)
  • No. IC Pemohon
  • Alamat (negeri/negara bermastautin) Pemohon
  • Kariah -  Masjid / Surau Pemohon
  • Nama penuh Pasangan (perempuan)
  • No. IC Pasangan
  • Alamat (negeri/negara bermastautin) Pasangan
  • Kariah - Masjid / Surau Pasangan
Dah sedia, sila ke website SPPIM untuk teruskan → www.sppim.gov.my

Ok untuk nak pastikan kita ikut prosidur isi Borang Nikah Online yang betul boleh rujuk Panduan Ringkas bagi permohonan baru Benar Nikah Online (BNO) di sini → Panduan Ringkas BNO (PDF) boleh download & print sebagai rujukan..

..

Setelah selesai semua bahagian, Maklumat Lelaki, Maklumak Perempuan, Wali, seterusnya yang terakhir klik butang Hantar, setelah berjaya dihantar anda akan melihat ringkasan maklumat anda seperti imej di bawah..



dan jangan lupa cek emel anda, CEK DALAM SPAM mesej, kemungkinan emel dari SPPIM masuk ke Spam mesej seperti mana mesej yang saya terima berada dlm spam folder, select & klik Not Spam (sekiranya ia berada dlm spam)..

Selamat Berkahwin ;)

...

UPDATE 1 Jun 2017

Check List / Senarai Semak Permohonan Berkahwin

Maaf yang lain masih belum ada perkongsian, sekiranya anda ada senarai semak tersebut, bolehlah share dengan kita semua, ambil gambar, adjust kasi jelas (kalau hard copy), atau bagi link (kalau soft copy). Supaya kita dapat memudahkan urusan saudara & sahabat kita yang lain untuk urusan pernikahan.. insyllh..

16 comments:

  1. Assalamualaikum. saya nak bertanya, kalau pasangan saya (lelaki) bermastautin di Selangor dan saya perak, maka pasangan saya perlu isi borang online Selangor dan saya isi borang SPPIM online kan? lagi satu, perlu isi online dulu atau boleh buat HIV test dulu? Ada klinik cakap boleh guna borang general klinik sahaja , dan ada klinik yg ckp perlu bawa borang dari pejabat agama.

    ReplyDelete
  2. w'salam..
    • setahu saya lelaki kene isi dulu borang dan dapatkan kebenaran berkahwin dari pejabat agama daerah terlebih dahulu (lihat senarai No. 3 di atas)
    • kemudian lelaki akan bagi surat kebenaran kahwin kepada pihak perempuan pula utk proceed isi borang permohonan..
    • test HIV kene buat dulu, bawa bersama sijil kursus kahwin (kalo tak silap saya).. lepas dah dapat keputusan test HIV nanti (pada hari tu juga dpt), No. Siri Pemeriksaan Kesihatan tu diperlukan masa nak isi borang online..

    apa pon cik kene rujuk semula masa kursus nikah cik tu, sebab prosedur nikah kahwin ni boleh jadi berubah dari masa ke semasa.. atau cik boleh rujuk kepada pejabat agama islam terdekat utk info lebih sahih dgn isu cik..

    ReplyDelete
  3. SAYA NAK TANYA BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN NOMBOR RUJUKAN KEMBALI. SY TERLUPA UNTUK MENYALIN DAN INGIN MEMBUAT PEMBETULAN BORANG TERSEBUT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang tanya.. Cik buat macam mana untuk dapatkan nombor rujukan tu? Sebab saya klik butang hantar and tiba2 line slow lepastu status gagal.. Bila isi lain dan hantar lg sekali status tulis tidak berjaya sbb nama dah didaftar.. Macam mana nak dapatkan nombor rujukan tu

      Delete
    2. Boleh tengok balik pada email sebab nombor rujukan ada pada email yang anda isi pada on9 tersebut.

      Delete
  4. Tumpang tanya, mcm mana untuk dapatkan nombor rujukan sbb terlupa nk salin :"(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti, sebab dah tak ingat :)
      cuba cek dalam emel mungkin ada masa diorg send ke emel..

      Delete
  5. Assalamualaikum .. nk tnya la. Pihak laki dh siap semua dokumen dr johor. bila sy isi sppim nie mcmna sy nk cetak borang utk pemeriksaan kesihatn? Xad butang cetak

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, saya pun mengalami masalah yang sama

      Delete
    2. w'salam.. saya mencadangkan kepada anda semua supaya hadir ke masjid kariah anda, jumpa dengan jurunikah (biasanya Imam 1) dimasjid anda tu.. dan tanya beliau direct permasalahan yg anda hadapi..

      Delete
  6. Assalamualaikum, maaf saya ada sedikit soalan yang saya tak faham.

    1) kalau pasangan yang berlainan negeri contoh pihak lelaki orang Johor & pihak perempuan orang KL. Adakah pihak perempuan perlu mengisi borang nikah online SELEPAS pihak lelaki menyerahkan semua dokumen kepada kita?

    2) BNO ini perlu diisi 3 bulan before tarikh nikah atau boleh diisi awal dari itu? dan,

    3) "Perlu dapatkan tandatangan Penolong Pendaftar di kariah anda" bermakna kariah tempat tinggal kita atau kariah tempat kita akad nikah ya?

    Harap sudi jawab soalan ni ya. Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..

      1) saya tak ingat, setahu saya kalo negeri tu ada sistem BNO (borang nikah online) maka boleh lah buat online..

      2) Boleh isi awal dari tarikh nikah tu.. 3 bulan before tu kira cantik dah tu.. sebab kalo terlalu awal mungkin result pemeriksaan kesihatan expired pulak nnt..

      3) tandatangan bagi setiap pasangan di kariah masing², - lelaki di kariah lelaki, perempuan di kariah perempuan.. biasanya kariah perempuan adalah tempat nikah..

      saya mencadangkan tuan² semua pergi ke masjid kariah masing² jumpa dengan jurunikah (biasanya Imam 1) dimasjid tuan² tu.. dan tanya beliau direct permasalahan yg anda hadapi..

      saya pasti mereka dapat atasi masalah tuan² semua, sebab merekalah (imam masjid / jurunikah) yg akan uruskan bab pernikahan..

      wallahua'lam..

      Delete
  7. Assalammualaikum maaf saya bertanya. Andai kata saya sudah buat hiv test, cop kedua keduanya tapi terlewat 14 hari untuk hadir ke PAID bagaimana ya? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Maaf ye, bole saya tahu juga mcm mana kalau kita tak pergi PAID lebih dari 14hari dari permohonan online?

      Delete
    2. w'salam.. mohon rujuk dengan PAID setempat, cari no telefon PAID tu, hubungi mereka dan nyatakan berkenaan dgn perkara tersebut..
      ATAU..
      pergi ke pejabat masjid kariah anda, jumpa dengan Imam, biasanya Imam masjid adalah juru nikah yg boleh menjawab permasalahan berkaitan nikah kahwin..

      rujuk dengan mereka, sebab mereka lebih arif menjawab soalan² anda, kami dulu kira dah lama jadi dah lupa :)
      satu lagi sebab 'procedure' dulu dgn sekarang mungkin ada perubahan, jadi better rujuk PAID..
      harap membantu..

      Delete
  8. HAI .. SAYA DAH APPLY DAN DAH DAPAT TARIKH NIKAH DARI PEJABAT AGAMA . TAPI DALAM SISTEM NI, STATUS TAK UPDATE PON .. MACAM MANA YE ?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.