Servis Pindah Blogspot Ke WordPress

Assalamu'alaikum WBT.. Sebelum ni ada yang bertanya cara² nak upgrade blog dari free Blogspot ke selfhosted WordPress (berbayar), iaitu nak pindahkan segala isi kandungan blog dari Blogspot ke WordPress. Maka di sini saya nak sediakan servis khusus untuk mereka yang mahu pindah / migrate Blogspot to WordPress, (yang tahu bolehlah buat sendiri), tapi untuk yang tak tahu dan tak berani nak buat sendiri, saya sediakan servis tersebut beserta hosting & domain pilihan anda ke tapak baru..


Soalan Lazim - Adakah mudah..?

Bergantung kepadapengguna (user) tu sendiri, kalau dia tahu mudahlah, kalau dia tak tahu dan tak berani maka susahlah..

Adakah berisiko, rosak tak contents² lama yang dah popular tu..?
Ya berisiko kalau salah cara pindah.. Tidak, kalau betul cara pindah, tak rosak segala contents (lama & baru), semua contents akan direstore semula dalam bentuk asal di dalam WordPress sebijik seperti ketika dalam Blogspot.

Macamana dengan komen² orang yang ada, tak hilang ke nanti bila pindah tapak baru..?
Tak, semuanya akan direstore sebijik seperti asal.

Adakah saya kene bagitahu semua visitors, readers & fan² blog saya akan pertukaran domain baru tu nanti, kalau yang tak tahu macamana pulak..?
Jangan risau, mereka semua akan secara automatik didirect ke blog / domain baru anda tanpa mereka perasan pun akan pertukaran domain (URL address) baru anda tersebut. Semuanya akan berjalan lancar, insyaAllah..

Macamana pulak dengan Link² tak ke akan jadi brokenlink sebab dah tukar tapak & tukar domain..?
Tak perlu risau semuanya akan direstore semula termasuklah links² akan diauto update ke link domain baru, tak akan berlaku brokenlinks, semuanya akan berjalan lancar, insyaAllah..

Kalau saya minta kamu buatkan macamana..?
Ok :)
Dengan sukacitanya saya akan memulakan servis pindahkan blog dari blogspot ke WordPress pada harga berpatutan untuk anda yang sekarang guna blogspot dan berhajat untuk berpindah ke selfhosted WordPress. Saya akan menyediakan servis pemindahan seluruh contents Blogspot anda sedia ada ke platform WordPress dengan domain pilihan anda. Dengan kata lain blog anda dari platform Blogspot bertukar ke platform WordPress dan domain baru anda dari (contoh) blogku.blogspot.com kepada blogku.com.

InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik untuk anda yang memerlukan servis ni, walaupon anda melihat blog saya ni masih dalam platform blogspot, sebenarnya saya dah beberapa kali melakukan proses transfer blogspot to wordpress ni..




Servis Pindah Blog, Domain & Hosting

Bagaimanapon saya akan pecahkan servis ini kepada beberapa bahagian untuk anda mudah buat pilihan, iaitu sama ada anda nak servis:

  1. Pindahkan kandungan blog dari Blogspot ke WordPress sahaja (transfer blog contents from Blogspot to WordPress only).
    • Servis ni hanya untuk proses pemindahan kandungan blog sahaja, bermakna anda mesti dah ada / dah beli hosting & domain baru untuk dipindahkan.
    Pasang (install) WordPress script, setup Theme, Widget; sidebar, footer, install facebook likebox, code iklan (ads script) dan lain² yang berkaitan (hosting anda mestilah ada cpanel),
    Pasang redirect script ke dalam Blogspot lama anda untuk proses redirect domain (blogspot) yg lama ke domain baru di platform WordPress.
    • Harga Servis: RM90
    ...
    atau,
    ...
  2. Belikan Hosting & Domain pilihan anda serta Servis Pemindahan dari Blogspot ke WordPress (saya uruskan semua sekali hingga siap untuk anda ambil alih semula).
    • Servis ni merangkumi penyediaan / pembelian Hosting & Domain untuk anda termasuk pemasangan script WordPress ke hosting baru anda, hosting anda memiliki cpanel,
    • Dan juga proses pemindahan segala isi kandungan blog lama (Blogspot) anda ke dalam WordPress blog baru anda,
    • Pasang (install) WordPress script, setup Theme, Widget; sidebar, footer, install facebook likebox, code iklan (ads script) dan lain² yang berkaitan,
    • Pasang redirect script ke dalam Blogspot lama anda untuk proses redirect domain (blogspot) yg lama ke domain baru di platform WordPress.
    • Pilihan ni untuk mereka yang langsung tak tahu cara (tiada pengalaman) nak beli hosting & domain serta tiada pengalaman dalam mengendalikan WordPress,
    • Saya akan lakukan proses pembelian Hosting ikut budget anda serta pembelian Domain name (pilihan anda), serta lakukan proses pemindahan, anda tak perlu risau hanya duduk diam sambil boleh update blog sedia ada anda dan tunggu proses pembelian hosting & domain selesai (1 - 3 hari), dan proses pemindahan selesai (1 - 2 hari) termasuk pemasangan theme percuma.
    • Harga Servis + Small Hosting & Domain pilihan: RM250 (RM150 tahunan hosting & domain)
      • 6GB Storage,
      • 100GB bandwidth bulanan
      • Email
      • 1 Domain sahaja dibenarkan
        atau,
    • Harga Servis + Basic Hosting & Domain pilihan: RM350 (RM250 tahunan hosting & domain)
      • 12GB Storage,
      • 250GB bandwidth bulanan
      • Email
      • 5 Domain baru dibenarkan
        sekiranya anda perlukan spec hosting yang lebih besar lagi, sila contact saya..
Dengan kata lain blog lama anda di Blogspot dijenamakan semula (rebranding) menjadi lebih profesional dengan domain dotcom (pilihan anda) yang baru, theme WordPress yang lebih kemas, banyak pilihan free themes dan mudah diurus berbanding blogspot lama.

Proses pemindahan isi kandungan dari blogspot ke WordPress akan dilakukan secara 1 on 1, iaitu tajuk ke tajuk, tarikh ke tarikh (tak lari), isi ke isi, komen ke komen tanpa ada percanggahan (clash). Jadi anda tak perlu risau tentang post² anda yang lepas² tu tetap seperti sedia kala - tarikhnya tetap sama, komen² yang ada padanya tak berubah, link² yang ada juga tetap sama, termasuklah segala internal link (link dari post ke post, atau link page ke page sendiri) akan diupdate secara automatik, tak lagi dilink ke blog domain lama.

Anda tak perlu risau sebab blogspot lama anda masih wujud, cuma visitors anda tak lagi akan sampai ke sana sebab proses pemindahan ni akan redirect mereka semua ke tapak baru anda secara lancar.. insyllh..

Sekiranya anda berminat boleh hubungi saya : )

Wassalam..

2 comments:

  1. BlueHost is ultimately one of the best hosting provider with plans for all of your hosting needs.

    ReplyDelete
  2. Ever wanted to get free YouTube Views?
    Did you know that you can get them ON AUTO-PILOT AND TOTALLY FREE by registering on Like 4 Like?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.