Jutawan Senyap Ke Neraka !!
Anda mungkin pernah dengar Ulama' mengatakan bahawa "setiap pelaburan yang menjanjikan keuntungan secara tetap adalah Riba".. mungkin anda pernah dengar dari majlis ilmu Dr Zaharuddin di TV atau di Youtube, atau membacanya di website beliau.
Setiap PELABURAN yang menjanjikan keUNTUNGan secara TETAP adalah RIBA..!!
Tapi bila bab rezeki kita main langgar ajer tak peduli dah bab Halal & HARAMnya, sedangkan Halal Haram rezeki nilah yang kita diancam dengan Neraka Allah (wal 'iyyazubillah)..
Takutlah kita (saya sendiri khususnya) akan Dosa Riba, kerana Dosa Riba adalah satu²nya Dosa yang diancam oleh Allah dengan isytihar perang
...
Logo & nama syarikat tak didedahkan, sebab saya bukan nak dedahkan syarikat, tapi nak anda fokus pada Konsep Pelaburan yang serupa macam tu (sekiranya anda didatangi dgn program yg serupa)..
Kalau kita perhatikan konsep pelaburan seperti di atas (serta yang lain² seumpamanya), pihak syarikat tersebut menjamin pulangan / keuntungan (mereka menamakankannya Dividen) 3.8% - 6% Sehari (USD/RM), maka jatuhlah hukum ke atasnya adalah HARAM.. dalil lihat video di atas dari mula sampai habis.
Kalau kita fikir secara logik akal pon, macamana suatu 'pelaburan' boleh menjamin keuntungan, syarikat mereka tidak menjual produk pon, tapi mereka guna Wang ahli (pelabur) utk diniagakan melalui Forex Trading (ini satu hal lagi, tapi bab lain).
Saya taknak bincang pasal hukum Forex Trading, anda mungkin boleh teliti hukumnya sendiri dari sudut apa yang Halalnya ia dan dari sudut mana yang Haramnya Forex ni. Di sini saya hanya menekankan bab Hukum ke atas Pelaburan Ahli²nya sahaja - termasuklah saya sekiranya saya hanya melihat keuntungan Sehari yang menjadi tarikan program di atas.. Sekiranya saya terpengaruh dengan angka² tersebut yang cuba 'memancing bakal ahli mereka' pastilah saya sama² terjebak dengan Dosa Riba.. (mohon kita berlindung dengan Allah dari kejahilan dan Dosa² Riba, ameen)..
kita TAK NAK jadi Jutawan Senyap Ke Neraka..!!
Wal 'iyyazubillah.. (kita berlindung dengan Allah dari perkara tersebut)..
credit:
Setiap PELABURAN yang menjanjikan keUNTUNGan secara TETAP adalah RIBA..!!
"..apabila pemberian duit atas nama pelaburan, kemudian dijanjikan pulangan tertentu dan jaminan modal maka ia akan berubah sifatnya menjadi riba, tetapi nafsu manusia yang sukakan keuntungan pastinya akan merasa tidak selesa dengan hukum ini." - zaharuddin.net
Besarnya Dosa Riba - Allah Isytihar Perang..!!
Orang kita kebanyakannya tak ambil kisah bab BESARnya Dosa Riba berbanding dengan Haramnya DNA Babi. Cuba kita fikirkan, tak lama dulu kecoh isu termakan coklat yg dikatakan mengandungi DNA babi, kecoh satu Malaya seolah² Neraka Jahannam sedang tunggu kita hanya pasal DNA babi, sedangkan ulama' kata tak perlu laa nak kecoh sampai nak tukar darah bagai.. tu dikira (kalo dosa pon) dosa yang dimaafkan, sebab dilabel coklat tu ada tanda Halal JAKIM.Tapi bila bab rezeki kita main langgar ajer tak peduli dah bab Halal & HARAMnya, sedangkan Halal Haram rezeki nilah yang kita diancam dengan Neraka Allah (wal 'iyyazubillah)..
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah SAW; "Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".
Dari Jabir r.a, ia berkata : Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi riba, penulis, dan kedua orang yang menjadi saksi atasnya. ia berkata : "mereka itu sama (saja)".
[Hadis Riwayat Muslim : 3/219].
Dari Ka'ab bin Ajazah r.a., Rasulullah SAW bersabda; "Setiap daging yang tumbuh dari makanan haram, maka api neraka lebih utama baginya".Apatah lagi bila satu² program yang diajak kita join nampak menarik, bahkan dijanjikan tanpa perlu cari orang, tak perlu usaha, dikatakan pula sambil Tidur Wang Masuk..!! Hakikatnya program² yang menarik ni bersumberkan Riba..!!
[HR At-Tirmidzi] Ya Allah lindungi kami dari segala yang haram, lindungi kami dari neraka Mu, ameen..
Takutlah kita (saya sendiri khususnya) akan Dosa Riba, kerana Dosa Riba adalah satu²nya Dosa yang diancam oleh Allah dengan isytihar perang
Video Jutawan Senyap Ke Neraka
...
Contoh Pelaburan HARAM Yang Menjanjikan Keuntungan Secara Tetap
Gambar kat bawah ni adalah program pelaburan mereka yang saya dapat dari kenalan yang ajak untuk join pelaburan tersebut.. banyak lagi kat luar sana, ni hanya contoh sebenar yang saya dapat.
Logo & nama syarikat tak didedahkan, sebab saya bukan nak dedahkan syarikat, tapi nak anda fokus pada Konsep Pelaburan yang serupa macam tu (sekiranya anda didatangi dgn program yg serupa)..
Kalau kita perhatikan konsep pelaburan seperti di atas (serta yang lain² seumpamanya), pihak syarikat tersebut menjamin pulangan / keuntungan (mereka menamakankannya Dividen) 3.8% - 6% Sehari (USD/RM), maka jatuhlah hukum ke atasnya adalah HARAM.. dalil lihat video di atas dari mula sampai habis.
Kalau kita fikir secara logik akal pon, macamana suatu 'pelaburan' boleh menjamin keuntungan, syarikat mereka tidak menjual produk pon, tapi mereka guna Wang ahli (pelabur) utk diniagakan melalui Forex Trading (ini satu hal lagi, tapi bab lain).
Saya taknak bincang pasal hukum Forex Trading, anda mungkin boleh teliti hukumnya sendiri dari sudut apa yang Halalnya ia dan dari sudut mana yang Haramnya Forex ni. Di sini saya hanya menekankan bab Hukum ke atas Pelaburan Ahli²nya sahaja - termasuklah saya sekiranya saya hanya melihat keuntungan Sehari yang menjadi tarikan program di atas.. Sekiranya saya terpengaruh dengan angka² tersebut yang cuba 'memancing bakal ahli mereka' pastilah saya sama² terjebak dengan Dosa Riba.. (mohon kita berlindung dengan Allah dari kejahilan dan Dosa² Riba, ameen)..
Saya pernah memberitahu & nasihat pada salah seorang ahli mereka, tapi nampaknya mereka lebih suka kepada angka² yang dijanjikan tu kononnya mereka akan menjadi jutawan kalo mereka 'buat aje' → keluar duit pilih pakej mana nak; USD100 / RM440, atau USD500 / RM2200, atau USD1000 / RM4400 sebagai pelabur, dan mereka dikatakan akan jadi jutawan bila mereka terus 'buat aje' tanpa fikir Dosa Pahala, Halal Haram. Ingatlah kita bila makan takut ada babi, tapi bila bab rezeki Wang kita tak takut bahkan tak fikir Halal Haram..!!Sekali lagi saya menyeru kepada semua Muslimin & Muslimat (Orang Islam), andai kita terjumpa / diajak untuk join program² yang macam ni, iaitu pelaburan yang menjanjikan keuntungan secara tetap, ia adalah Riba..!! Jangan terpedaya walaupon nampak Sangat Menarik, walaupon mereka yang mengajak tu dah jadi Jutawan, sebab..
kita TAK NAK jadi Jutawan Senyap Ke Neraka..!!
Wal 'iyyazubillah.. (kita berlindung dengan Allah dari perkara tersebut)..
credit:
- http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-pelaburan-yang-menjamin-keuntungan-tetap-0
- http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/998-mengapa-tidak-boleh-pelaburan-menjamin-keuntungan.html
- http://www.kl.utm.my/islamic-center/ask-imaam-2/al-hadith/zaman-di-mana-orang-tidak-pedulikan-dari-mana-mendapatkan-harta/
- https://www.facebook.com/permalink.php?id=464150113639715&story_fbid=480327812021945
- http://www.surah.my/2/279
saya pun tak nak. cukuplah kerja halal je.
ReplyDelete[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]
Alhamdulillah ada hamba Allah menyampaikan berita riba supaya kita jangan terjebak.
ReplyDeleteImagine if you had a robot with 6 years authenticated proof?
ReplyDeleteI just completed a webinar with Mark and his partner, Antony, two days ago and it was GREAT.
During the webinar MARK and ANTONY shared their secrets to success and answered questions about their new release of the GPS Forex Robot that CAME OUT TODAY!