Download 25 Kisah Para Nabi & 3 Kitab Ulama [eBook]

Assalam.. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, sempena sambutan Maulidur Rasul. Walaupun ada khilaf tentang tarikh kelahiran baginda, tak mengapa kita melahirkan rasa Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T atas anugerahNya kepada kita seorang Rasul yang menjadi petunjuk dan penyampai berita gembira kepada orang yang (mahu) berIman, dan pembawa amaran kepada golongan yang ingkar. Semoga kita diberi hidayah oleh Allah untuk menjadi dari golongan orang yang berIman dengan ajaran Rasulullah S.A.W. Aamiiin..

Dikongsikan di sini 5 lagi ebook Islamik selepas post yang lepas 5 Kitab Ulama Tersohor mendapat ranking ke-2 most popular post. Hari ni 4 buah eBook lagi yang tersiri dari Kisah Para Nabi, Kisah 4 Orang Sahabat Nabi S.A.W - Khulafa'Ur Rasyidin, dan beberapa lagi Kitab Ulama yang masyhur serta penulis kontemporari sedia untuk didownload.. insyllh..



25 Kisah Para Nabi

Kisah 25 Nabi & Rasul ini dikumpulkan dalam satu ebook, tidaklah terlalu detail, mungkin agak ringkas bagi kebanyakan kisah para Nabi dan memadai untuk bacaan umum. Namun walaupon kisah² Nabi yang lain agak pendek dan ringkas, kisah Nabi Muhammad S.A.W yang paling panjang dalam ebook ni pon sampai seratus lebih muka surat juga.
...


Hadis 40

Sebuah kitab yang tersangat masyhur, iaitu Hadis 40 yang merupakan hadis terpilih karangan Imam An Nawawi rh. Walaupon dinamakan sebagai Hadis 40, namun terdapat 42 Hadis sahih yang disyarahkan beliau dan kerap juga menjadi kitab syarahan para ustaz kita di majlis² ilmu. Semoga kita dapat sama² belajar, memahami dan menghafal sekurang²nya beberapa hadis dari Kitab ini.. insyllh..


  • Pengarang : Imam An Nawawi rh.
  • Format : PDF
  • Muka surat : 64
  • Berat : 2.63 Mb
  • DOWNLOAD - Hadis 40
...

Al Bidayah Wan Nihayah - Masa Khulafa'ur Rasyidin

Al Bidayah Wan Nihayah (Permulaan dan Pengakhiran), adalah sebuah karya agung Imam Al Hafidz Ibnu Kathir. Kitab bernama Al Bidayah Wan Nihayah asalnya merangkumi perbahasan awal dari penciptaan alam semesta, langit & bumi, malaikat, manusia pertama, kisah para Nabi dan umat² terdahulu hingga Nabi terakhir, kisah tokoh², khilafah / daulah dan peristiwa² yang terjadi pada abad² yang dilalui dalam masa Islam hingga ke masa pengarang. Diikuti dengan peristiwa yang akan terjadi di akhir zaman seperti tanda² hari kiamat, perjalanan di alam barzakh, kebangkitan kembali hingga akhirat, Syurga & Neraka yang kisahnya diambil berdasarkan dari Hadits² Nabi S.A.W.

Namun buku yang akan dikongsikan ini hanyalah sebahagian dari itu, iaitu Masa Khulafa'Ur Rasyidin sahaja. Kita akan dapat menyelami peristiwa / sejarah yang lebih sahih tentang zaman 4 orang Sahabat baginda Nabi S.A.W. selepas kewafatan baginda. Iaitu dari zaman pemerintahan dan peristiwa² yang terjadi di zaman Saiyidina Abu Bakr ra., S. Umar Al Khattab ra., S. Uthman bin Affan ra., dan S. Ali bin Abi Thalib ra. Kita akan lebih memahami dari penyampaian Imam Ibnu Kathir sendiri apakah yang berlaku ketika pemberontakan di zaman S. Uthman ra., bagaimana perpecahan umat Islam hingga berlakunya 'perang saudara' di zaman S. Ali ra.. wallahua'alm..


...

La Tahzan

La Tahzan (Jangan Bersedih) adalah satu buku karangan penulis Arab terkenal (masa kini) iaitu Aidh Al Qarni, walaupon beliau pernah disaman kerana menciplak buku La Tayass (Jangan Putus Asa) karangan seorang penulis (juga Arab) wanita, Salwa Aededan. Namun buku La Tahzan ini juga dikatakan antara buku terlaris di negara² Arab bahkan direkemen oleh para ilmuan Islam kita sendiri antara buku yang bagus untuk dijadikan santapan minda kita, bermotivasi untuk kita.. kalo nak dibanding dengan novel² sampah yang syok sendiri yg makin berleluasa & takde faedah (yg dipromo di instagm / fb / dll) yg dikarang oleh ntah sapa² ☺ maka lebih afdhal kita baca ilmu² bermanfaat bersumberkan Al Qur'an 7 Al Hadis.. kerana kelak, di Akhirat nanti kita Pasti akan ditanya tentang Ilmu.. wallahua'lam..


...

Sila share untuk kebaikan orang lain juga kebaikan untuk para ulama pengarang² ilmu tersebut, semoga kita juga mendapat manfaat, insyllh..



No comments:

Powered by Blogger.