Download 5 Kitab Ulama Tersohor [eBook]

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala limpah kurnia Nya. Dengan nama Allah, selawat dan salam sejahtera ke atas baginda Rasulullah s.a.w., para ahli keluarga serta sahabat² baginda. Para pencinta ilmu, di sini saya dapat mengumpulkan beberapa Kitab Ulama' Tersohor hasil karya agung seperti Imam An Nawawi, Imam Al Ghazali, Ibnu Hajar Al Asqalani, Syeikh Abdul Qadir Al Jailani, Ibnu Atha'ilah As Sakandari dan beberapa lagi akan datang insyllh..
"Ketahuilah bahawasanya sifat yang tercela yang ada di dalam hati itu banyak sekali dan menyucikan hati daripada kekotoran itu berhajat kepada usaha yang berterusan. Manakala cara mengubatinya pula sangat susah dan telah hilang pula ilmu dan amal (yang mesti diikuti untuk membersihkan hati) kerana orang telah melupakannya dan mereka terlalu sibuk dengan menghimpunkan perhiasan dunia". Bidayatul Hidayah- Imam Al Ghazali

Kitab Riyadhus Salihin - Imam An Nawawi

(Taman Orang-Orang Soleh)
Imam An Nawawi rahimahullah
  • Nama asal beliau ialah Yahya bin Syaraf bin Murriy bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jum’ah bin Hizaam An-Nawawi. Bagaimanapun beliau lebih dikenal sebagai Imam Nawawi, atau Imam An Nawawi. Beliau adalah salah seorang ulama besar mazhab Syafi'i yang lahir di desa Nawa, dekat kota Damaskus, Syria. Antara kitab² karangan beliau yang sangat banyak itu termasuklah Himpunan Hadis 40, Syarah Imam Bukhari, Syarah Imam Muslim, dll.
Riyadus Solihin
  • Kitab Riyadus Solihin (Taman Orang-Orang Soleh) ini adalah salah satu di antara karya² agung beliau dan masih menjadi bahan pengajian umat Islam di seluruh dunia, termasuk juga sebagai kitab mengajar para ustaz kita di masjid². Kitab ini adalah himpunan hadis-hadis yang menyentuh tentang Tazkiyah an-Nafs (penyucian jiwa). Terdapat lebih 2 ribu hadis dalam kitab ini.
Riyadus Salihin - Imam An Nawawi
...

Kitab Sirr Al AsrarSyeikh Abdul Qadir Al Jailani
update

(Rahsia Dalam Rahsia)
Syeikh Abdul Qadir Al Jailani rahimahullah
  • Nama asal beliau ialah Abdul Qadir bin Abi Sholeh bin Janaky Dausat bin Abi Abdillah Abdullah bin Yahya bin Muhammad bin Dawud bin Musa bin Abdullah bin Musa Al-Huzy bin Abdullah Al-Himsh bin Al-Hasan Al-Mutsanna bin Al-Hasan bin Ali bin Abi Tholib. Nama Al Jailani / Al Jilani / Al Gilani adalah berasal dari suatu daerah bernama Gilan di Parsi (Iran). Beliau adalah dari keturunan Rasulullah s.a.w., merupakan seorang wali Allah dan sangat banyak kisah² pelik beliau yang berupa qaromah (keramat dengan izin Allah), kerana sangat banyaknya ilmu anugerah Allah kepada beliau.
Sirr Al Asrar
  • Kitab Sir Al Asrar (Rahsia dalam Rahsia) ini adalah salah satu antara karya agung beliau. Agak sukar untuk mencari kitab ini dalam format PDF, jadi di sini saya kongsikan kitab ini yang telah di digitalkan dalam format application, cuma perlu download dan double klik file tersebut untuk run / open.
Sirr Al Asrar - Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
  • File type: Exe file (download & run, no install)
  • Size: 877 KB
  • Download → Kitab Sirr Al Asrar
update ↓
...

Kitab Fathul Baari, Syarah Shahih Al Bukhari - Ibnu Hajar Al Asqalani

Ibnu Hajar Al Asqalani rahimahullah
  • Nama asal beliau ialah Syihabuddin Abul Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Mahmud bin Hajar, Al Kinani, Al 'Asqalani, Asy Syafi'e, al Mishri. Beliau dikenali dengan nama Ibnu Hajar, sementara 'Asqalani adalah nisbat kepada 'Asqalan', sebuah kota dalam wilayah Palestine. Bagaimanapun beliau juga digelar sebagai Al-Hafizh, iailtu gelaran bagi seorang ahli hadits yang hanya diberikan kepada yang mampu menghafal 100,000 hadits, baik Sanad mahu pun Matannya.
Fathul Baari / Fath Al Baari
  • Kitab Fathul Baari ini mengambil masa hingga 25 tahun untuk disiapkan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani dan dikatakan yang paling lengkap dan paling sempurna dalam syarah hadits. Kitab ini sangat masyhur dan telah dijadikan rujukan oleh kaum Muslimin sama ada para ilmuan Islam mahu pun orang awam. Ia merupakan Kitab Penjelasan (Syarah) dari kitab Shahih Bukhari yang sangat terkenal dan diungkapkan (Shahih Bukhari ini) sebagai Kitab karangan Ulama' yang paling Shahih dan berkedudukan teratas dari kitab² Hadith.
Fathul Baari - Ibnu Hajar Al Asqalani
  • File type: PDF file (eBook)
  • Jilid: 8
  • Download → Fathul Baari (Jilid 1 - 8)
...

Kitab Syarah Al Hikam - Syeikh Ibn ‘Atha’illah as-Sakandari

(Hikmah)
Syeikh Ibn Atha'illah As Sakandari rahimahullah
  • Beliau dilahirkan pada 1309 Masihi, di kota Alexandria (Iskandariyah), lalu pindah ke Kaherah, Mesir. Gelaran As Sakandari adalah dari tempat kelahirannya, Iskandariah, Mesir.
Al Hikam
  • Al Hikam adalah salah satu antara kitab tasawuf yang masyhur menjadi rujukan para ilmuan dan bahan syarahan. Antara tokoh ulama' Malaysia yang terkenal mensyarahkan Kitab Hikam ini adalah yang dikasihi, Ustaz Dr. Zulkifli Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan sekarang.
Syarah Al Hikam
Namun perkongsian di bawah ini adalah dari Hj. Tuan Ibrahim bin Tuan Man, pensyarah yang lain bukan dari Dr, Zulkifli di atas. Bagaimanapun merangkumi semua 127 bab.
...

Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Al Ghazali

(Permulaan Jalan Hidayah)
Imam Al Ghazali rahimahullah
  • Nama asal beliau ialah Muĥammad ibn Muĥammad ibn Muĥammad ibn Aĥmad. Nama panggilannya pula Abu Hamid, Hujjatul Islam, Siraj Al Mujtahidin dan Zainal Abidin. Gelaran Al-Ghazali kerana dilahirkan di desa Ghazalah, di pinggir kota Tus, yang terletak pada hari ini di bahagian timur laut Iran pada tahun 450 Hijrah. Dikenali sebagai Abu Hamid Al Ghazali atau Hujjatul Islam Al Ghazali. Beliau hidup 300 tahun selepas Imam As Syafi'e (150 Hijrah), sementara Imam Syafi'e lahir sebaik sahaja meninggalnya Imam Abu Hanifah.
Bidayatul Hidayah
  • Kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) ini dikatakan sebagai Mukadimah kepada kitab agung Al Imam Al Ghazali, Ihya Ulumiddin. Kitab ini mensyarahkan proses awal seorang hamba untuk mendapatkan hidayah dari Allah S.W.T kerana kita sangat² memerlukan pertolongan dan bimbingan dari Nya. Juga menjelaskan berkaitan cabaran dan rintangan yang tersebar di sekeliling sang hamba tersebut dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Maha Pencipta, melalui tatacara dan adab yang benar.
  • Yang paling saya sendiri suka adalah bab Cara Meninggalkan Maksiat Batin (Maksiat Hati) mukasurat 137. Saya membacanya berulang² kali, sebab ada petikan dalam topik tersebut menyatakan "menyucikan hati daripada kekotoran itu berhajat kepada usaha yang berterusan".. memang benar semakin dibaca semakin terasa di hati..
  • Kitab ini juga disyarah oleh Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, lihat koleksi videonya.
Bidayatul Hidayah - Imam Al Ghazali

  • File type: PDF file (eBook)
  • Mukasurat: 190
  • Size: 5.19 MB
  • Download → Bidayatul Hidayah
Semoga dengan perkongsian ini, Allah menganugerahkan pahala yang melimpah ruah kepada para ulama', para ilmuan, pengarang kitab² di atas khususnya, para pembaca & pengamal ilmu, serta kita semua yang menyebarkan ilmu Allah ini. Semoga bermanfaat dan dapat diamalkan walau hanya sedikit.. insyaAllah..
"Andai engkau tak mampu mengambil semuanya, janganlah engkau tinggalkan semuanya"
Wallahu'alam..

46 comments:

  1. SYUKRAN.. JAZAKALLAH KHAIRAN

    ReplyDelete
  2. SAYA MOHON DI DOWNLOAD SEMUA KITAB YANG ADA UNTUK MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan.. semoga mereka yg menyediakannya mendapat pahala kebaikan..
      saya hanya mengumpulkannya di sini dan tumpang barang sedikit pahala dariNya..
      kalo ada masalah download sila bgtau..

      Delete
  3. terima kasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. segala puji bagi Allah..
      terima kasih kepada para ulama' pengarang kitab² ilmu tersebut.. semoga Allah memberkati mereka.. juga semua yg terbabit..

      p/s: insyllah akan dtg ebook 40 hadis

      Delete
  4. assalam saudara..mohon untuk download

    ReplyDelete
  5. Assalam, minta izin memuat turun kitab-kitab tersebut di atas.

    ReplyDelete
  6. permission to download? Jazakumullahu khairan

    ReplyDelete
  7. Syukran Jazakallah khairal jaza...in sya allah.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Saya minta izin download semua kitab yang Ada
    Jazakallahu koyron

    ReplyDelete
  10. Salam

    Mohan ijan download..moga amal bakti tuna d rahmati Allah

    ReplyDelete
  11. Semoga Allah menambahkan lagi kasih sayangNya terhadap saudara dan orang2 yang saudara kasihi. :)

    ReplyDelete
  12. Mohon izin download kitab kitab tersebut.

    ReplyDelete
  13. sila, sila.. semuanya memang utk didownload..
    semoga dapat mmberi manfaat utk kita insyllh..

    ReplyDelete
  14. Sàya mohon diizinkan utk download.

    ReplyDelete
  15. Assalamu'alaikum terimakasih sudah menyediakan link download untuk kitab-kitabnya, untuk coba download yang berformat exe. Kok gak bisa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam ya ukhti..
      yang format exe tu ada seperti ada masalah dengan Dropbox..
      sebelum ni ok aje..
      mungkin Dropbox dah mula disable file format exe..
      apa pon boleh download file versi PDF tu, sama aje..

      insyllh, nanti saya reupload yg format exe tu ke google Drive..

      Delete
  16. assalamualaikum...saya download kitab2 ni tuan.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..mohon kebenaran utk memuatturun semua kitab yang ada...tq

    ReplyDelete
  18. wa'alaikumussalam.. sila sila silakan ya akhi ya ukhti..
    :)

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum..terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  20. assalamu alaikum al hamdulillah mohon ijin download dan terima kasih atas ilmunya

    ReplyDelete
  21. assalamuallaikum mohon ijin untuk download kitab"nya semoga bermanfaat, amin

    ReplyDelete
  22. assalamu'alaikum. Terima kasih ebooknya,saya ijin download.

    ReplyDelete
  23. Mohon download ya tuan tanah...semoga murah rezeki tuan

    ReplyDelete
  24. Mohon download ya tuan tanah...semoga murah rezeki tuan

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum, mohon keizinan untuk download sebahagian dari kitab2 disini. Semoga dengan usaha murni tuan dibalas Allah swt dgn pahala, diperluaskan rezeki, diberi kesihatan yg baik serta sentiasa didalam rahmatNya. Aamiin....

    ReplyDelete
  26. assalamaualaikomm..sya mohon untuk download ya tuan..

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum..mohon kebenaran utk memuatturun semua kitab yang ada...tq

    ReplyDelete
  28. ASSALAMUALAIKUM..MOHON IJIN DONLOD

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum mohon ijin ilmu ny semoga berkah

    ReplyDelete
  30. Assalamu'alaikum ...

    mohon ijin download semua kitabnya ... syukron jazila

    ReplyDelete

Powered by Blogger.