Pilihan Paypal Alternative

Saya percaya ramai pengguna internet yang dah ada akaun Paypal. Lepas ni saya gelar dia sebagai 'Pypl' sahaja ok. Ianya memudahkan urusan jual beli secara online khususnya yang melibatkan website international.



Siapa yang masih belum ada Pypl mungkin tak pernah lagi berurusan jual beli online yang melibatkan website international. Secara umumnya Pypl ni kira macam Maybank2u lah senang cerita. Cuma M2u ni tak bersifat global, hanya urusan jual beli online dalam Malaysia sahaja.



Jual & Beli Online

Jadi sekiranya anda nak beli sesuatu dari website di Amerika contohnya dari Amazon.com, pilihan yang ada (selain guna kad kredit), adalah online payment popular yang disediakan oleh website tersebut.. antaranya ialah Pypl. Sama juga sekiranya anda menyediakan khidmat (business) online, maka adalah sangat digalakkan anda turut menyediakan pilihan bayaran secara online, Pypl lah yang paling popular, bukan kita nak promot dia pon.

Secara peribadi saya sendiri telah menggunakan Pypl selama beberapa tahun, saya gunakannya lebih kepada untuk terima bayaran dari oversea sebab saya menjalankan khidmat online sebagai second income saya. Ada juga beli / buat bayaran tapi tak banyak, terima lebih banyak.. tapi saya taklah aktif, sekadar bila ada order masuk sahaja :)

       

Ni antara 2 buttons terima bayaran yang saya guna pada 2 website yang saya sediakan, 1 untuk khidmat online service guna PayNow, yang ke-2 website sharing freebies saya guna Donate..

Kadar Tukaran Paypal Tinggi ?

Mungkin ramai pengguna Paypal dah biasa dan dah sedia maklum akan servis yang disediakan oleh pihak Pypl ni dan cara gunanya. Tapi tahukah anda, sebenarnya ramai di luar sana yang tak suka pada Pypl ni, khususnya 'mat saleh' yang banyak (online business) melakukan online payment transaction antara negara contohnya (USD ke EURO), sebab mereka nampak Pypl mengenakan bayaran servis yang agak tinggi setiap kali melakukan withdrawal ke local bank. Mereka kata Pypl mencuri wang mereka melalui 'convertion rate' yang pihak Pypl kira sendiri ikut 'formula rahsia' mereka tak mengikut 'conversion rate' semasa. Memang benar Pypl punya rate (kadar tukaran matawang) mereka berbeza dari rate semasa.

Beberapa Twit Buruk Tentangnya





Jadi contohnya kalau kita nak withdraw (keluarkan) wang kita dari dalam akaun Pypl sebanyak $100 (USD) ke bank kita (cth Maybank), sepatutnya rate semasa tarikh hari ini adalah USD to MYR (1 USD = RM4.05), sepatutnya dapat RM405. Tapi kita akan dapat kurang lagi dari tu, mungkin dalam RM380 ~ RM390. Kurang dalam Belasan Ringgit (kalau jumlah lbh krg sebanyak tu). Itu baru sekali, kalau sebulan ada 10 kali income withdrawal, bermakna kita dah rugi Ratusan Ringgit, setahun dah berapa, tak ke Ribuan Ringgit..!!?

Info: Bila mana pegeluaran (withdrawal) dari Paypal ke bank kita berjumlah RM400 ke atas, yuran (fee) bank adalah percuma. Tapi bila pengeluaran kurang dari RM400 maka yuran (fee) sebanyak RM3 akan ditolak.

Paypal Alternative

Jadi tak hairanlah ramai online entreprenuer yang aktif buat duit online mula bertukar kepada Paypal Alternative yang lebih baik untuk urus niaga online yang kurang ambil duit kita. Antara yang terbaik dah saya survey adalah Payoneer. Company ni sama lebih kurang macam Pypl servis, cuma mereka claim mereka tak sekejam Pypl tu.. ahahaha..

Kelebihan Payoneer

Antara kelebihan Payoneer ni, bila kita rekemen rakan kita yang kita tahu diorang ada buat online business atau online services, kita akan dapat $25 dikredit terus ke dalam akaun kita DAN rakan kita tu pon akan dapat $25 sebagai bonus untuknya bila dia signup.



Saya akan mula tukar Pypl link saya ke Payoneer ni, atau tambah Payoneer sebagai pilihan kedua dalam website online service saya sana tu nanti, insyllh.. Di masa akan datang kita akan cuba tengok pula kelebihan² lain Payoneer ni. Sebelum tu, saya rekemen anda signup untuk cliam $25 anda ↓



7 comments:

  1. Replies
    1. erkk tak pasti laa boss.. tak utilised lg ;)
      kalo apply mastercard dia ye kot..

      Delete
  2. Replies
    1. hidden fee conversion rate dia tu yg org komplen agak mahal..
      kalo kita guna biasa², sebulan 3-4 kali (atau kurang) ok aje kot..
      tapi kalo kerap / hampir stiap hari ada withdrawal, rugi gak tu..

      Delete
  3. Setakat ni blm pernah lg guna Payoneer, tapi Paypal mmg ada masalah sikit, ada problem bila nak cash out RM. nak convert pun x blh. Kalau matawang lain ok pulak. So, sementara ni x blh terima payment guna RM. RM yg tinggal dlm akaun Paypal tpaksa biar dulu (nilai pula makin kecil setiap bulan...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, RM yg ada tu biar aje laa tggu amount 'cukup.nisab' baru cash out laa..
      tuan guna primary currency apa ek'..? tukar kasi US$ sebagai primary..
      > (menu) Summary
      > (dlm kotak Money) Currencies
      > (pilihan) Select new currency - (pilih) U.S. Dollar
      > (klik button U.S. Dollar) Make Primary

      Delete
  4. Quantum Binary Signals

    Get professional trading signals delivered to your cell phone every day.

    Start following our trades today and earn up to 270% a day.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.