Doa Bebas Hutang - Hadis Nabi SAW
Siapa yang tak pernah berhutang di akhir zaman ni..? Mungkin orang yang lahir² dah jadi jutawan mungkinlah kot.. lahir2 saja dah mewarisi kekayaan hingga mampu perolehi apa sahaja yang dihajatkan.. Namun bagi orang kebanyakan seperti kita termasuk saya sendiri, hutang memang dah jadi antara beban hidup yang tak dapat nak dielakkan.. tak perlu cerita panjanglah kita semua sedia maklum pasal hutang :)
Apa yang saya nak kongsikan hari ni adalah antara Doa bebas hutang yang menjadi amalan dan yang diajar oleh ulama kita sendiri. Doa mohon berlindung dari beban hutang ini dibaca dalam solat iaitu selepas Tahiyyat Akhir sebelum Salam. Ada beberapa versi dari beberapa riwayat hadis yang boleh kita ambil dan amalkan, pilih aja yang mana satu, insyaAllah akan terangkat beban hutang dengan perkenan Allah.. Antaranya yang sahih dan termudah dari kitab Sahih Bukhari seperti di bawah ini..
Daripada 'Aisha RA.:
Rasulullah SAW pernah berdoa di dalam solatnya,
"Ya Allah, aku berlindung dengan Mu dari segala dosa dan dari berhutang". Seseorang berkata kepadanya, "Wahai Rasulullah, (aku melihat) kerap kali engkau mohon berlindung dengan Allah dari berhutang". Baginda bersabda, "Jika seseorang itu berhutang, dia (akan) berdusta bila dia bercakap, dan memungkiri janjinya bila dia berjanji".
[HR Al Bukhari Kitab 43, Hadis 13 | Sahih Al Bukhari Hadis No. 2397]
...
Bagaimanapun saya nak kongsikan Doa Bebas Hutang ini dari kuliah yang disyarahkan oleh Sahibus Samihah Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, beliau mensyarahkan doa berlindung dari beban hutang dari Hadis Riwayat Abu Dawud..
Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata,
Suatu hari Rasulullah SAW masuk ke dalam masjid, tiba-tiba baginda SAW berjumpa seorang Al Ansari yang bernama Abu Umamah. Rasulullah SAW bertanya "Wahai Abu Umamah, mengapa kamu duduk-duduk di masjid di luar waktu solat?" Abu Umamah ra. menjawab, "Kerana kerunsingan yang melanda hatiku dan beban hutangku wahai Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah kamu aku mengajarimu beberapa bacaan, yang bila kau mengamalkan membacanya nescaya Allah akan menghilangkan rasa gelisah dari dirimu dan melunasi hutang-hutangmu?" Abu Umamah berkata, "Betul, wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Ucapkanlah diwaktu pagi dan petang: Allahumma inni a’udzubika minal hammi wal hazan..." Kemudian aku melakukan perintah tadi, maka Allah menghilangkan rasa gelisah dari diriku dan melunasi hutang-hutangku". [HR Abu Dawud Kitab 8 Hadis 140 ; English - Book 8 Hadis 1550]
Terjemahan:

Doa Bebas Hutang - Hadis Riwayat Bukhari
حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، ح وَحَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، قَالَ حَدَّثَنِي أَخِي، عَنْ سُلَيْمَانَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي عَتِيقٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عُرْوَةَ، أَنَّ عَائِشَةَ رضى الله عنها أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلاَةِ وَيَقُولُ
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ قَالَ " إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ "
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ قَالَ " إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ "
Daripada 'Aisha RA.:
Rasulullah SAW pernah berdoa di dalam solatnya,
"Ya Allah, aku berlindung dengan Mu dari segala dosa dan dari berhutang". Seseorang berkata kepadanya, "Wahai Rasulullah, (aku melihat) kerap kali engkau mohon berlindung dengan Allah dari berhutang". Baginda bersabda, "Jika seseorang itu berhutang, dia (akan) berdusta bila dia bercakap, dan memungkiri janjinya bila dia berjanji".
[HR Al Bukhari Kitab 43, Hadis 13 | Sahih Al Bukhari Hadis No. 2397]
...
Bagaimanapun saya nak kongsikan Doa Bebas Hutang ini dari kuliah yang disyarahkan oleh Sahibus Samihah Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, beliau mensyarahkan doa berlindung dari beban hutang dari Hadis Riwayat Abu Dawud..
Doa Bebas Hutang - Hadis Riwayat Abu Dawud
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ الْغُدَانِيُّ، أَخْبَرَنَا غَسَّانُ بْنُ عَوْفٍ، أَخْبَرَنَا الْجُرَيْرِيُّ، عَنْ أَبِي نَضْرَةَ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَاتَ يَوْمٍ الْمَسْجِدَ فَإِذَا هُوَ بِرَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ يُقَالُ لَهُ أَبُو أُمَامَةَ فَقَالَ " يَا أَبَا أُمَامَةَ مَا لِي أَرَاكَ جَالِسًا فِي الْمَسْجِدِ فِي غَيْرِ وَقْتِ الصَّلاَةِ " . قَالَ هُمُومٌ لَزِمَتْنِي وَدُيُونٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَالَ " أَفَلاَ أُعَلِّمُكَ كَلاَمًا إِذَا أَنْتَ قُلْتَهُ أَذْهَبَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَمَّكَ وَقَضَى عَنْكَ دَيْنَكَ " . قَالَ قُلْتُ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَالَ " قُلْ إِذَا أَصْبَحْتَ وَإِذَا أَمْسَيْتَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ " . قَالَ فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَمِّي وَقَضَى عَنِّي دَيْنِي
Suatu hari Rasulullah SAW masuk ke dalam masjid, tiba-tiba baginda SAW berjumpa seorang Al Ansari yang bernama Abu Umamah. Rasulullah SAW bertanya "Wahai Abu Umamah, mengapa kamu duduk-duduk di masjid di luar waktu solat?" Abu Umamah ra. menjawab, "Kerana kerunsingan yang melanda hatiku dan beban hutangku wahai Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah kamu aku mengajarimu beberapa bacaan, yang bila kau mengamalkan membacanya nescaya Allah akan menghilangkan rasa gelisah dari dirimu dan melunasi hutang-hutangmu?" Abu Umamah berkata, "Betul, wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Ucapkanlah diwaktu pagi dan petang: Allahumma inni a’udzubika minal hammi wal hazan..." Kemudian aku melakukan perintah tadi, maka Allah menghilangkan rasa gelisah dari diriku dan melunasi hutang-hutangku". [HR Abu Dawud Kitab 8 Hadis 140 ; English - Book 8 Hadis 1550]
Doa Bebas Hutang
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَل
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Terjemahan:
- Ya Allah, sesungguhnya aku mohon berlindung kepada Mu dari rasa dukacita dan keluh kesah.
- Dan aku mohon berlindung dengan Mu daripada lemah dan sifat malas.
- Dan aku mohon berlindung dengan Mu daripada rasa penakut dan kebakhilan.
- Dan aku mohon berlindung dengan Mu daripada beban hutang dan manusia² yang menguasai diriku.
...
Daripada 'Aisha RA., beliau berkata..
Rasulullah SAW pernah berdoa di dalam solatnya;
Baginda menjawab; "Apabila seseorang berhutang, dia cenderung untuk berdusta dan mungkir janji".
[HR Muslim Kitab 5, Hadis 163] & [HR Abu Dawud Kitab 2, Hadis 490]
Doa Bebas Hutang - Hadis Riwayat Muslim
حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرِ بْنُ إِسْحَاقَ، أَخْبَرَنَا أَبُو الْيَمَانِ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ، أَنَّ عَائِشَةَ، زَوْجَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَخْبَرَتْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلاَةِ " اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ ". قَالَتْ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ مِنَ الْمَغْرَمِ يَا رَسُولَ اللَّهِ . فَقَالَ " إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ "
Daripada 'Aisha RA., beliau berkata..
Rasulullah SAW pernah berdoa di dalam solatnya;
- "Ya Allah, aku mohon berlindung dengan Mu dari azab kubur,
- dan aku mohon berlindung dengan Mu dari fitnah Al Masihid Dajjal,
- dan aku mohon berlindung dengan Mu dari fitnah kehidupan dan kematian.
- Ya Allah, aku mohon berlindung dengan Mu dari dosa dan hutang".
Baginda menjawab; "Apabila seseorang berhutang, dia cenderung untuk berdusta dan mungkir janji".
[HR Muslim Kitab 5, Hadis 163] & [HR Abu Dawud Kitab 2, Hadis 490]
...
Diriwayatkan daripada 'Amr bin Shu'aib, dari bapanya bahawa datuknya mengatakan;
"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda;
Terjemahan
wallahua'alam
Doa Bebas Hutang - Hadis Riwayat An Nasa'i
أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الْحَكَمِ، عَنْ شُعَيْبٍ، عَنِ اللَّيْثِ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ الْهَادِ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَالْهَرَمِ وَالْمَغْرَمِ وَالْمَأْثَمِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
Diriwayatkan daripada 'Amr bin Shu'aib, dari bapanya bahawa datuknya mengatakan;
"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda;
- "Allahumma inni a'udzu bika minal kasali, wal harami, wal maghrami, wal ma'thami,
- wa a'udzu bika min sharril masihid dajjali,
- wa a'udzu bika min 'adzabil qabri,
- wa a'udzu bika min 'adzabin nar".
[HR An Nasa'i 50:63]
Terjemahan
- Ya Allah, aku mohon berlindung dengan Mu dari kemalasan, usia tua (bangka), hutang dan dosa,
- dan aku mohon berlindung dengan Mu dari kejahatan Al Masihid Dajjal,
- dan aku mohon berlindung dengan Mu dari siksa kubur,
- dan aku mohon berlindung dengan Mu dari azab Neraka.
wallahua'alam
No comments: