Hidayah


Cahaya Hidayah
Hidayah itu adalah 'hadiah', yakni suatu pemberian dari Allah yang sangat² diharapkan oleh insan, iaitu kita sebagai manusia (hamba) yang diciptakanNya. Bagaimanakah harus manusia itu hidup tanpa Petunjuk jalan kehidupan sebagaimana Pencipanya (Tuhan) yang menjadikan manusia itu mahukan. Itulah Petunjuk jalan kehidupan yang dipohon oleh manusia, Hidayah. Hidayah itu tidak kelihatan dengan mata hatta teleskop sekali pon tidak mampu melihatnya, tetapi ia boleh dirasai oleh sipenerima. Maka beruntunglah insan² yang peroleh Hidayah Allah.

Mereka terpilih untuk mendapat petunjuk dari Rabbal 'Alamin (Tuhan Seluruh Alam) yang memberikan mereka 'Hidayah' Cahaya Petunjuk keluar dari Kegelapan. Tanpa Cahaya Hidayah, manusia itu mungkin akan sesat dalam kegelapan, hanyut dalam kesesatan.

Cahaya Islam - Kisah mereka di bawah ini yang peroleh Hidayah Allah dan kisah² suka duka mereka menghadapi ujian ketika Hidayah datang kepada mereka. Sesungguhnya Hidayah itu sangat mahal harganya..

Nur Ain Tinungul Abdullah

Bagi Nur Ain Tinungul Abdullah, 35 (pada 2008), beliau mengakui sebaik diri bergelar Muslim, pelbagai dugaan datang melanda malah ada ketikanya menimbulkan tekanan. Namun, semua itu diterima dengan reda dan ikhlas demi kecintaan dan keyakinan beliau kepada Allah Yang Esa.

"Sungguhpun agama Islam ini sudah lama saya kenali iaitu sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, namun ia tidak bermakna sudah cukup syarat yang melayakkan saya bergelar Muslim. Sebenarnya, saya mengambil masa agak lama untuk benar-benar yakin dengan kesyumulan agama Islam.

"Walau bagaimanapun, pada 2 Februari 2000, saya akhirnya mengucap dua kalimah syahadah di Pejabat Agama Islam Sabah sewaktu pulang bercuti di kampung halaman," cerita wanita kelahiran Keningau, Sabah ketika ditemui di Pusat Islam, baru-baru ini.. Baca Seterusnya di Utusan 2008
Nur Ain adalah salah seorang ahli kumpulan trio penyanyi dakwah, Safiya.
----------

Safiya - Leia, Nur Ain & Val

Safiya (kiri- Val, tgh- Leia, kanan- Nur Ain) | via facebook.com/safiyapage
Dilahirkan dalam keluarga bukan Muslim, mereka terbuka hati memeluk Islam sebagai addin seterusnya memilih nyanyian sebagai medium dakwah bagi melahirkan kesyukuran serta memuji kebesaran Ilahi.

Bercerita mengenai latar belakang mereka, Leia, 31 (pada 2012), yang berasal dari Penampang, Sabah asalnya beragama Kristian dan nama sebenar Farradina Justin.
Anak sulung dua beradik berketurunan Kadazan ini memilih menggunakan nama Leia AzZahra Justin Abdullah selepas memeluk Islam pada Oktober 2007.

Nurain, 39 (pada 2012), berasal dari Keningau, Sabah berketurunan Kadazandusun asalnya juga beragama Kristian dengan nama Naddy Tinungul. Anak kedua daripada 10 beradik ini memilih menggunakan nama Nurain Tinungul Abdullah apabila memeluk Islam pada tahun 2000. Dia yang turut aktif dalam Perkim, gembira apabila berjaya membawa semua anggota keluarganya memeluk Islam.

Manakala anggota paling muda, Valerie, 29 (2012), pula berasal dari Kuching, Sarawak. Dia yang berketurunan Bidayuh beragama Kristian dengan nama serupa, baru memeluk Islam pada November 2010.. Baca Seterusnya di MyMetro 2012

----------

Susan, Karen, Mei Shan, Mei Fei

11 Mac 2012 yang lalu menjadi detik istimewa dalam hidupnya. Itulah detik di mana dia kembali kepada fitrahnya, asalnya, sepertimana perjanjiannya dengan Rabbul Jalil tika di alam rahim. Gadis berketurunan baba nyonya ini tidak menyangka, bebanan berat yang tidak tertanggung, yang entah mengapa sebabnya, yang menyebab tangisnya kadangkala perlahan, kadangkala kuat, di saat insan lain didakap malam, adalah petanda akan bermulanya sebuah episod baru untuknya. Untuk mengurangkan bebanan hati yang entah dari mana, puncanya yang tidak dia ketahui, dia suka membaca post-post yang Islamik di facebook, blog dan youtube. Dia rasa tenang dengan siraman ayat-ayat Allah.

Satu hari, dia berhasrat untuk membeli Al-Quran tafsir. Dia ingin melihat sendiri, membaca sendiri ayat-ayat yang selama ini menjadi penawar dukanya, pengubat resahnya, yang ditonton dan dibaca di runag maya. Peristiwa itulah yang membawa kepada pengIslamannya. Dari hanya berhasrat untuk mencari sumber penawar, dia akhirnya dipertemukan dengan pemilik penawar itu. Alhamdulillah. Saat syahadah dilafazkan, semua bebanan yang mengasak di pundaknya, seakan terlepas bebas! Hanya yang ada, ketenangan yang sukar digambarkan.

Dia sebenarnya sudah lama mengintai Islam. Agama ini seakan dekat, walaupun jauh. Saat syahadah dilafazkan, dia seakan keliru. Namun kini, dia benar yakin, inilah satu-satunya yang dia mahu- tanpa ragu! Ibunya dimaklumkan sebaik saja dia diIslamkan. Dengan tangis air mata, dia minta untuk difahami, dia minta untuk direstui. Tetapi seperti dijangka.. Baca Seterusnya di Doa Dalam Sujud 2012

----------

Muhasabah Untuk Diri Sendiri

Beruntunglah insan² yang mendapat Cahaya Hidayah. Tetapi bagaimana kita untuk dipilih Allah untuk juga mendapat Hidayah Nya..? Maka sucikanlah Hati mu, pohonlah Hidayah, dekatkanlah Hati mu ke Ilmu² Allah, langkahlah kaki mu ke Rumah² Allah (masjid).. wallahu'alam..

Sekiranya Hati mu benar² Ikhlas, maka insya'Allah, Dia pasti akan memberikan mu Hidayah Nya jua.. kerana Allah melihat ke dalam Hati² mu, bukan rupa paras mu. Dan Hidayah itu milik Allah jua.


credit kpd semua info, link & image terbabit

No comments:

Powered by Blogger.