Sebab² Kenapa Forex Trading Haram
Persoalan Kenapa Forex Haram! Forex Trading Haram? Betul ke Forex Trading Haram? Sering menjadi perbincangan hangat bahkan selalu juga sampai perdebatan dikalangan mereka yang baru atau mahu cuba berjinak² dengan forex trading. Perbincangan ni selalu terjadi di media sosial perdebatan bahkan bila topik ni dah panas boleh sampai blok memblok frieng / followers.
Sebenarnya ulama kita dah banyak jelaskan tentang Haramnya Forex Trading, diorang ni masih nak tegakkan benang yang basah, benda dah difatwakan haram.. nak juga dihalalkannya sendiri. Selalunya diorang akan petik, "habis bank² tu semua buat forex trading, apsal boleh?" "kalau haram kenapa bank buat forex?".
Forex Vs Forex Trading
Mula kita kenal dulu apa itu Forex & apa itu Forex Trading. Admin bukanlah ahli, jauh sekali pernah terbabit dalam bidang ni. Cuma admin nak share beberapa sumber yang sempat admin collect sebagai rujukan kepada generasi, kawan² serta saudara mara admin sendiri nanti. Kalau tak nanti sumber² ni hilang atau tak ingat, susah nak kene google lagi.- Forex - Foreign Exchange = Tukaran mata wang asing. ✔️
- Forex Trading = Memperniagakan tukaran matawang asing ❌
✔️ Forex atau Foreign Exchange (tukarang wang asing), hukumnya Harus, tidaklah haram. Ianya dikira keperluan bila kita terpaksa berurusan atau berjual beli dengan negara luar. Contohnya kita nak pergi Umrah atau Haji, maka 'Tukaran Wang Asing (Forex) menjadi keperluan serta kewajipan pula. Tak salahlah. Jadi melakukan tukarang wang asing dan Pengurup Wang adalah halal.
❌ Forex Trading atau Perdagangan Mata Wang, inilah yang menjadi masalahnya. Tidak boleh matawang diperdagangkan untuk membeli matawang, kecuali tukaran wang asing (spt di atas).
Selain tu, ada beberapa sebab yang menghukumkan Forex Trading adalah haram, antaranya:
- Mata Wang (Duit) BUKAN Komoditi yang boleh dijual beli seperti barangan lain, Mata Wang adalah alat perantaraan untuk jual beli sahaja,
- Menjual Beli 'Barang' yang BUKAN dalam PEMILIKAN sendiri (lihat Rukun Jual Beli, 3. c. di bawah),
- Berjual Beli 'Barang' yang TIDAK Jelas Harganya,
- Memperdagangkan Mata Wang adalah Perjudian,
- Wujudnya Riba dalam proses Perdagangan Mata Wang, seperti Leverage, iaitu pemberian hutang untuk pembelian Mata Wang yang lebih tinggi nilainya sedangkan modal asal adalah kurang dari itu, dan berlakunya penangguhan pemilikan adalah dikira sebagai Riba.
Credit image: @SafdarAlam
Rukun Jual Beli
- Sighah, iaitu ucapan ijab (tawaran) dan qabul (penerimaan), diibaratkan sebagai petanda keredhaan kedua² pihak. Menurut al-Imam al-Shafi'e, Sighah mesti dengan ucapan kedua² pihak, iaitu penjual dengan mengucapkan "saya jual" dan pembeli dengan mengucapkan "saya beli".
Tidak cukup hanya al-Mu‘atah sahaja, melainkan mesti ada ucapan "saya jual" sekaligus sebagai pengganti ucapan "saya beli". Manakala Imam Abu Hanifah mengesahkan Sighah walau hanya dengan al-mu'atah. Ulama Maliki juga berpendapat sebagaimana al-mu'atah dibolehkan, justeru boleh juga hanya dengan gerakan kepala atau isyarat tangan sebagai petanda keredhaan. Begitu juga menurut al-Imam al-Hanbali, bahawa al-mu'atah sah dalam Sighah jual beli.
- Al-'Aqid, iaitu orang/pihak yang melakukan akad/kontrak secara langsung, sama ada pihak pemilik mahupun pihak lain yang dijadikan wakil. Dan merupakan syarat daripada al-'Aqid ialah seseorang yang mukallaf dan tidak termasuk di dalamnya anak kecil atau orang gila sama ada dengan izin walinya atau tanpa izin dari walinya.
- Al-Ma'qud 'alaihi, iaitu barang yang dijadikan objek. Dan syarat al-Ma'qud 'alaihi ada 5 iaitu:
a. Suci → Barang yang dijadikan objek tidak boleh barang yang mengandung najis, seperti anjing, khinzir dan khamar
b. Bermanfaat → Hendaklah tidak melakukan akad jual beli terhadap barang yang tidak bermanfaat, seperti jual beli kalajengking, ular dan semacamnya.
c. Kepemilikan mutlak → Tidak boleh menjual barang yang bukan miliknya.
d. Dalam jangkauan penyerahannya → Tidak boleh menjual barang yang diluar jangkauan penyerahannya, seperti jual beli burung yang berada di udara atau ikan yang berada di dalam air.
e. Jelas / Maklum → Barang yang dijadikan objek mestilah barang yang jelas wujudnya. Seperti tidak boleh menjual lembu pada malam hari yang gelap kerana tidak jelas wujud objeknya.
b. Bermanfaat → Hendaklah tidak melakukan akad jual beli terhadap barang yang tidak bermanfaat, seperti jual beli kalajengking, ular dan semacamnya.
c. Kepemilikan mutlak → Tidak boleh menjual barang yang bukan miliknya.
d. Dalam jangkauan penyerahannya → Tidak boleh menjual barang yang diluar jangkauan penyerahannya, seperti jual beli burung yang berada di udara atau ikan yang berada di dalam air.
e. Jelas / Maklum → Barang yang dijadikan objek mestilah barang yang jelas wujudnya. Seperti tidak boleh menjual lembu pada malam hari yang gelap kerana tidak jelas wujud objeknya.
Dalil Hadis Berkaitan Jual Beli
Rasulullah SAW bersabda:Maksud 'Tunai' dalam Hadis tersebut adalah mesti dilakukan pada masa itu juga (istilah biasa digunakan ialah 'lani'), tidak boleh ada penangguhan..!!
"(pertukaran) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, garam dengan garam harus setara dan tunai. Apabila lain jenisnya maka juallah atas kehendak kalian tetapi harus tunai".
[HR Muslim, Kitab al-Masaqat]
Jadi berbalik semula kepada Hukum Forex Trading di atas, adakah HARAM..? Untuk lebih meyakinkan lagi apakah sebenar hukumnya, kita ikuti beberapa perbincangan ulama' serta mereka yang arif dalam bidang Forex Trading.
Penerangan & Fatwa (Bekas) Mufti Wilayah - Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri (Menteri Agama)
→ Al-Kahfi #444 - Hukum ForexVideo Berkenaan Hukum Forex
So far video Ustaz Dr Zaharuddin kat atas ni paling jelas & mudah faham serta hadam.. kalo tak faham gak atau saja buat² tak nak faham, dengan alasan ada ustaz lain yg kata halal.. mmg saja laa nak cari pasal dgn hukum Allah.
.
.
.
Perbincangan Mengapa Forex Trading Haram Oleh Ahlinya Di Twitter
Di bawah ni adalah perkongsian menjelaskan mengapa Forex Trading Haram oleh seorang Pakar Perdagangan & Pelaburan berkaitan Syariah Compliant. Sila baca keseluruhan thread.
To put it shortly, this forex trading is not trading currencies at all, you are not buying GBP and selling EUR, for example. What you are doing is buying a contract for difference (CFD) – please google what this means.— Safdar Alam (@SafdarAlam) | February 21, 2020
Forex Trading adalah 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐌— Pelabur Bijak (@Pelabur_Bijak) | December 24, 2019
Kerana mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui rollover interest,pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran,penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan & spekulasi pic.twitter.com/8lLdsVXXbp
Kesimpulan Forex Trading - Berunsur RIBA
1. Nilai Mestilah SamaPertukaran 2 Mata Wang berlainan MESTI dilakukan dalam nilai yang sama, (menurut Hadis Nabi SAW di atas). Contoh USD dengan RM, jadi $1 mesti ditukar dengan nilai yang sama dengan RM, iaitu RM4.37 (contoh nilai pada hari ini).
Kalau berlaku perbezaan nilai, maka berlakulah Riba..!!
2. Mesti Dilakukan Secara Tunai (Secara Langsung, Tiada Penangguhan)
Pertukaran (jual beli Mata Wang) tersebut dari tangan penjual ke tangan pembeli mesti dilakukan pada masa itu juga, secara lani, atau secara langsung. Sekiranya berlaku penagguhan, contoh; belian dilakukan secara online, dan pemilikan sempurna (iaitu perpindahan ke tangan pembeli) akan berlaku dalam masa beberapa hari atau beberapa jam, maka berlakulah RIBA atas sebab penangguhan itu.
Ini yang failednya bab forex trading ni, lebih² lagi online forex trading.
3. Riba Juga Berlaku Dalam Leverage
Konsep yang wujud dalam Forex Trading iaitu 'rollover interest', disebut sebagai Leverage, yang membolehkan 'kuasa membeli' seorang trader walau dengan Modal Rendah, tapi boleh Beli Nilai Mata Wang yang Tinggi. Contoh; modal $1000 boleh beli Nilai Mata Wang $100,000. Maka konsep berhutang serta wujudnya perbezaan ini adalah unsur² Riba.
Sedangkan Riba adalah salah satu daripada Dosa² BESAR..!! Tu belum sentuh bab Judi lagi.. bukan apa, ramai forex trader yang mengaku experience puluhan tahun main forex trading, claim kata "Forex Trading bukan judi". Takpe itu pendapat diorg yg nyata bertentangan dengan fatwa ulama'. Kat sini kita sentuh bab Riba sahaja.. Semoga kita semua dijauhi Allah dari Rezeki yang Haram, wal'iyyazubillah..
Wallahua'lam..
Sebaik² Pekerjaan Adalah..
Sabda Nabi SAW:"Tidaklah seseorang memakan suatu makanan yang lebih baik dari makanan yang ia makan dari hasil kerja keras tangannya sendiri. Karena Nabi Daud a.s. dahulu bekerja pula dengan hasil kerja keras tangannya".
[HR. Bukhari No. 2072]
Sabda Nabi SAW ketika ditanya seseorang, apakah pekerjaan yang paling baik:
"Perniagaan yang baik dan pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri".
[HR. Al Bazar & At-Thabrani dalam Al Mu'jam Kabir]
No comments: