7 Syarat Sebelum Memohon AdSense Untuk Blogger Baru



Ramai yang bertanya bagaimana nak apply untuk Google AdSense (GA) dengan blog baru. Rata-rata yang membina blog baru dengan topik² yang pelbagai dalam bidang masing² berniat untuk mendapatkan memohon menjadi publisher GA. Perlu diingat, niat utama untuk membina blog dengan topik pilihan kita adalah untuk berkongsi maklumat (sharing info) dalam bentuk blog. Maka bila kita berniat membina blog untuk mendapatkan akaun GA maka kemungkinan kita akan gagal adalah tinggi.

Oleh itu bloggers adalah dinasihatkan untuk bermula dengan NIAT membina blog untuk berkongsi info sebagai minat untuk menulis dan berkongsi, serta sedia untuk berinteraksi, atau membalas komen² atau pertanyaan² pelawat (visitors) berkaitan topik post.

Sebelum itu adalah baik anda pastikan dulu, anda tidak berblogging untuk topik berikut..

Porno dan seumpamanya
Arak, dadah, dan seumpamanya
Senjata, bom dan seumpamanya
Judi (gamble) dan seumpamanya
Perkara negetive lain seperti perkauman & topik sensitif lain seumpamanya

Kerana topik² di atas adalah tidak dibenarkan oleh pihak Google atau mana² pihak penyedia adnetwork lainnya sekali pun. Banyak topik² bermanfaat lain, pilihlah yang paling anda minat supaya anda cenderung untuk memberi komitmen kepada blog anda serta pembaca anda nanti.

Berikut adalah perkara² yang wajib bagi bloggers untuk tumpukan bila mebangunkan sebuah blog yang diharap mampu digunakan untuk menjana pendapatan melalui GA. Sekiranya anda sebagai blogger bercita² untuk beralih kepada kerjaya baru - fulltime blogger

1.  Post Kandungan Berkualiti

(Post High Quality Contents)

Isi kandungan blog adalah segala²nya. Content Is King.. atau Quality Content is King..!! Kandungan websitelah (atau blog) penentu kejayaan sesebuah website tersebut. Kerana visitors mahukan isi kandungannya, bukan tema, bukan decoration, bukan rupa paras penulis, dll.



Masalahnya bagaimana yang dikatakan sebagai quality contents tu..? Quality contents bukanlah bermaksud ayat yang profesional, ayat berbunga², atau beribu patah perkataan, serta image yang cantik². Tidak..!! Tapi qualiti contents adalah suatu kandungan yang boleh jadi ringkas & padat, namun maksudnya sampai kepada pembaca, ia boleh jadi hanya beberapa ayat dan disokong dengan image yang tepat, serta bijak menimbulkan persoalan kepada pembaca untuk memancing mereka berinteraksi. Kerana bila mana dalam suatu² post itu terdapat interaksi, comment & reply yang rancak maka post tersebut dikira post yang berkualiti.

Awas jangan pula anda terpengaruh dengan konsep post viral, silap² anda kene banned pula sebab copy kandungan blog orang lain, konon sebab nak 'tumpang viral'.. jangan..!! Biarlah post anda post yang original, karangan anda sendiri. Kalau ada orang lain yang copy contents anda, tak apa sebab Google tahu blog andalah yang empunya kandungan original tersebut, sedangkan mereka hanyalah pihak yang copy paste kandungan anda. Tak mengapa jangan marahkan mereka yang copy kandungan blog post anda, sebab secara tak langsung ranking blog anda boleh naik sedikit sebab menjadi sumber kepada contents blog lain. Kami juga di sini memiliki beberapa post yang menjadi sumber copy blogger lain dan kami sukakannya ☺


2.  Capai Kandungan Post Yang Mencukupi

(Achieve sufficient post contents)

Biasanya blog yang baru dibina dinasihatkan supaya jangan lagi mohon untuk GA, sebab kemungkinan besar permohonan anda akan ditolak bulat². Bersabar sambil teruskan memerah idea hasilkan post² terbaik.. bukan post tangkap muat. Bila mana kita semakin kreatif dalam menghasilkan idea² baru untuk post seterusnya, kita mula akan faham dan bijak menggunakan 'Category' (kalau guna WordPress) atau 'Label' kalau guna Blogger (blogspot).

Idea² untuk menghasilkan post² yang baik banyak di luar sana, kita boleh guna konsep 're-post' atau 'recycle' kandungan tersebut tapi diolah semula sesuai dengan budaya kita (kalau ianya dari sumber luar). Cara inilah juga yang banyak blogger buat. Sumber info tersebut kita fahamkan dahulu dan kita karang semula, tambah sedikit garam atau madu secukup rasa, asalkan kita tak menyimpang dari fakta sebenar. Harus diingat, pastikan dahulu maklumat yang benar, jangan sebar berita palsu.. jadilah blogger yang beretika..!!


3.  Pastikan Usia Domain Blog Anda Cukup 6 Bulan Aktif

(Your blog domain should be matured enough, 6 month active)

Ini adalah salah satu dari kehendak GA sendiri yang ada menyatakan dalam syaratnya, domain blog anda mestilah sekurang²nya telah 'cukup masak' 6 bulan. Lihat syarat GA ni..



Walaupun syarat ini, seperti image di atas, menyatakan sekurang²nya perlu 6 bulan aktif, bukanlah bersifat semestinya begitu, tapi sebaiknya anda patuh pada kehendak mereka. Apa maksud tak semestinya begitu..? Kalau blog baru anda luar biasa sambutannya walau hanya baru seminggu (domain) didaftarkan, hinggakan sehari pengunjung blog anda mencapai puluhan atau ratusan ribu pelawat sehari, views per day, maka permohonan anda mungkin boleh dipertimbangkan, kerana GA suka website yang 'sangat laris', walaupun baru.. dengan syarat ada memiliki quality contents, seperti dibincangkan pada syarat pertama tadi. Kalau tak anggap sahajalah seperti kebanyakan blogger baru, anda kene bersabar sampai blog baru anda masak ranum.. 6 bulan.. Jadi teruskan usaha menjana posting² terbaik.. ☺

Baca juga topik berkaitan AdSense


4.  Optimalkan Post Blog Dengan Meta Tags & Mesra Search Engine (SEO)

(Optimise Blog Post with Meta Tags and Make It Search Engine Friendly)

Ini adalah apa yang dikatakan sebagai asas SEO (Search Engine Optimisation). Anda boleh search lebih lanjut berkaitan SEO secara advance. Namun nasihat kami di sini, selagi and dikira masih baru, post² anda belum mantap dan belum mencapai bilangan yang mencukupi anggaran 30 post, cukuplah sekadar lakukan asas SEO, iaitu..
  • Meta Tags
  • Search Engine Friendly (SEF) atau Search Engine Optimisation (SEO)
Cara masukkan Meta Tags, anda perlu tahu sedikit berkaitan html code.. contoh di bawah..

<head>
<title>Tajuk Post | BlogAnda.com</title>
<meta name="description" content="Keterangan ringkas berkaitan blog anda">
<meta http-equiv="content-type" content="text/html;charset=UTF-8">
</head>

Sila search lebih lagi cara bagaimana memasukkan meta tag yang berkaitan dengan maklumat blog anda → adding meta tags..

Cara membuat blog anda mesra search engine, Search Engine Friendly - SEF (asas), atau Search Engine Optimisation - SEO (advance), kita kene faham bagaimana blog atau contents kita mudah dijumpai oleh pengguna yang guna search sama ada google search, atau bing, atau yahoo. Anda boleh lihat perbezaan SEF vs SEO di sini.

Nasihat kami jangan terus hendak praktikkan SEO, sebagai permulaan anda hanya perlu fokus pada SEF sebab ia adalah asas kepada SEO yang lebih rumit nanti.. Ramai juga yang masih tak faham pentingnya SEF terus nak kejar SEO, sedangkan contents masih tak cukup power..!!

Search Engine Friendly - SEF adalah lebih mudah untuk dipraktikkan dan mudah juga menjadi amalan seorang blogger dalam berblogging. Antaranya seperti..
  • Penggunaan Heading <h1> <h2> <h3> pada title,
  • Memasukkan teks berinfo pada image, seperti nama image sesuai tajuk post, <title>, <alt>,
  • Penggunaan keyword yang betul dan mencukupi dalam post,
  • Gunakan teks bold, italic, hyperlink secara bijak..
dan beberapa lagi yang mana anda boleh search sendiri cara²nya.


5.  Bina Susunatur Blog Yang Kemas & Teratur

(Build a clean & organise looking blog layout)

Setiap perkara yang kemas tersusun (organised) itu jauh lebih memberi kesan positif kepada pihak yang berinteraksi dengannya. Begitu juga website atau blog, carilah blog theme atau template yang kemas, teratur serta mudah anda selenggaranya sebagai blogger baru. Kebanyakannya adalah percuma, free templates, sama ada anda guna self-hosted WordPress, atau free hosting blogspot.com atau wordpress.com anda boleh cari template yang bersesuaian. Cari demo kepada templatetersebut sebelum anda gunakannya pada blog anda.

GA sukakan blog yang kemas teratur, selain anda juga akan lebih mudah untuk maintainkannya, dengan menambah widget, tukar design header atau footer. Lihat post berkaitan free blogger & WordPress templates.


6.  Tambah Page About Us, Contact, Sitemap, Dasar Privasi

(Add Contact page, Sitemap, Privacy Policy)

Adalah sebaiknya anda memiliki page About Us, sebagai pengenalan anda atau blog anda, Contact page, untuk mudah dihubungi. Jangan biarkan blog anda tanpa page Contact, kerana mungkin Google menganggap blog anda bersifat anonymous, atau cuba merahsiakan identiti. Ini bukan sahaja boleh menyebabkan pembaca sukar menghubungi anda (atas sesuatu perkara) bahkan anda mungkin juga dilabelkan sebagai menyembunyikan identiti untuk maksud negetive, seperti menyebar hasutan dan sebagainya.. Jadi wujudkan Contact page..!!

Juga adalah baik bila blog anda sudah memiliki banyak post, anda mewujudkan pula Sitemap, bagi kemudahan pengguna mencari satu² post atau page berkaitan. Sitemap mudah dibina sama ada anda menggunakan self-hosted WordPres, cari dalam Plugins > Add New > masukkan dalam kotak Search - Sitemap dan search, kemudian install serta activatekan.

Begitu juga dengan Privacy Policy (Dasar Privasi), tak sukar untuk menyediakannya sebab telah banyak ada privacy policy generator percuma sekarang ni, search sahaja free privacy policy generator. Kemudian masukkannya kedalam page baru dan namakannya Privacy Policy atau Dasar Privasi.


7.  Mohon GA Dengan Top Level Domain (Bagi Domian Sendiri)

(Apply GA with Top Level Domain for self-hosted or owned domian)

Bila anda telah aktif berblogging selama 6 bulan atau lebih dengan menggunakan domian anda sendiri, seperti BlogAnda.com serta kandungan blog post anda telah cukup banyak dan mendapat sambutan dari pembaca, maka anda sudah dikira layak untuk memohon (apply) GA. Tapi anda harus pastikan dahulu, blog yang anda sandarkan untuk apply GA itu mestilah blog yang berada pada Top Level Domain, bukan pada subdomian..!!

Apakah dimaksudkan Top Level Domain (bagi self-hosted sahaja), ianya adalah seperti ini..
  • NamaBlog.com, atau www.namablog.com, atau blogsaya.net, atau blogaku.my, atau blogkami.org
    dan bukannya seperti ini ↓..
  • NamaBlog.com/saya, atau blog.namasaya.com, atau websitesaya.net/blog, atau my.blogkami.org
Contoh yang ke-2 di atas bermaksud blog anda yang diguna untuk apply GA berada dalam sub-directory, bukan berada pada 'root' hosting anda. Hanya blog atau website yang berada pada 'root' hosting sahaja yang dipanggil Top Level Domain dan inilah yang layak untuk disandarkan untuk memohon GA.

Jadi pastikan bila membina blog baru untuk apply GA, anda membinanya, kalau anda install WordPress, jangan install dalam directory lain selain pada main atau 'root' domain hosting anda.

Kesimpulannya

Yang lain² dan paling utama, anda diwajibkan membaca syarat untuk beginner's guide, program policies (topik paling kritikal), serta semua perkara topic berkaitan di Help Center, supaya anda tak kecewa ditolak permohonan anda bila blog anda sudah power dan bersedia.

Sebenarnya masih ada beberapa rahsia yang menjadi rahsia pengguna GA sendiri, tak boleh dishare secara terbuka, sebab membahayakan pengguna GA sendiri kalau 'kantoi' :P ..kalau mahu korek rahsianya cubalah 'kenen²' mereka secara private.. Happy blogging ☺

3 comments:

  1. memang kena ambil tahu ni kalau nak apply adsense.. banyak lagi peraturan nak kena ingat.

    ReplyDelete
  2. Perlukah kita untuk menyebar backlink profile kita kepada web web yang kita jumpai agar menaikkan page rank? Mohon informasi nya ya Thanks

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya dari www.rashidsalim.com

    Saya masih belajar tentang hal ini kerana blog saya masih baru.... terima kasih untuk info yang bermanfaat ini.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.