TamanSyurga.com Portal Jodoh Muslim Percuma Yang Pertama Di Malaysia
Beberapa tahun lalu penulis ada survey portal² mencari jodoh yang boleh didapati dalam Malaysia, lepas dapat tahu ada seorang teman baik bertemu jodoh melalui social media Tagged.com Maka dari situ penulis merasakan ramai sebenarnya yang bertemu jodoh melalui portal² social media, seperti facebook, twitter, bahkan sebelum ni dari IRC, gotcha chat, friendster (RIP), myspace.com, dan macam² lagi yang mungkin kita tak pernah dengar pon. Masa nilah penulis terfikir, adakah wujud suatu portal khas untuk pencari jodoh khususnya portal jodoh Muslim.. apakah wujud..? Maka bila disearch & survey.. rupa²nya, ya memang ada wujud. Kita saja yang tak tahu, sebab kebanyakan kita bukan pencari jodoh, sebab kebanyakan kita dah pon berpasang²an secara tak rasmi (kononnya makwe / pakwe aku nilah bakal jodoh aku)..
Dalam masa pencarian portal² jodoh tu, penulis senarikan atau bookmark beberapa portal yang dianggap mendapat sambutan dari pencari jodoh, terutama golongan hawa. Adal dalam 5 ke 6 portal jodoh yang agak femes (dikalangan mereka yg tahu), ada juga yang baru.
Ramai ahlinya adalah dari golongan Hawa, memang diakui golongan Hawa antara pencari jodoh teramai di mana² di dunia. Tapi dalam masa survey tu penulis juga agak terkejut ramai juga dari kalangan kaum Adam dalam portal² jodoh yang mencari jodoh, bahkan mereka ni ada rupa dan kerjaya yang baik, tapi mendaftar mencari jodoh di portal² jodoh, kenapa..?
updated
Sebab Mencari Jodoh Online
Kalau Golongan Hawa yang ramai mencari jodoh itu kita fahamlah, antara sebabnya..- mereka mungkin ramai dari lelaki,
- mereka belum ada 'calon pasangan', dan rasa usia bila masuk lewat 20'an - 30'an perlu mencari,
- sebahagian mereka tak pandai, atau tak selesa 'berkawan dengan lelaki',
- sebahagian kaum Hawa ni pula, belajar tinggi sampai PhD & kerjaya mereka hebat, pon sukar dapat pasangan,
- ramai juga dari kalangan yang berstatus janda (bercerai), balu (kematian suami),
- dan lain² sebab..
Namun bagi Golongan Adam pula, ramai antara mereka berikhtiar menggunakan Portal Jodoh sebab..
- kebanyakan mereka bersifat pemalu dengan golongan Hawa, (biasanya yang ni bujang),
- tak tahu cara nak mengorat, yang ni mereka taklah malu dengan perempuan, cuma tak yakin diri, mengorat perlu kental jiwa raga.. ahahaha,
- ada juga dari kaum Adam yang tak pandai bersosial, apatah lagi dengan perempuan,
- golongan duda pon ramai, biasalah bila kes perceraian Malaysia antara yang tertinggi juga,
- dan lain² sebab.
Masalah Portal-Portal Jodoh Yang Biasa
Berbalik kepada senarai portal² jodoh yang penulis dapat dan buat 'test drive', kebanyakannya menawarkan kata-kata pendaftaran percuma, namun setelah percubaan mendaftar dengan portal mereka, rupa²nya daftar sahaja percuma sedangkan mereka mengenakan cas bayaran berupa yuran, sama ada yuran bulanan, setiap 3 bulan, 6 bulan, atau tahunan.Secara peribadi penulis (cuba mendaftar) merasakan seperti tertipu dengan ayat² mereka. Tapi sebenarnya ayat mereka tu betul cuma agak mengelirukan bila ramai pengguna tak fahami betul² maksud 'daftar percuma'. Daftar sajalah percuma, lain tak.. jadi jaga²!!
Masalah utamanya adalah bila mana kita sebagai pengguna yang mendaftar dengan portal² jodoh mereka, melengkapkan maklumat diri untuk mudah profile diri tersebut dilihat dan menarik perhatian bakal pasangan jodoh menghubungi kita, kemudian setelah pengguna melengkapkan maklumat (profile) diri, akan ada beberapa calon (bakal pasangan) menghubungi kita melalui 'private message', biasanya mereka memberi salam sebagai permulaan hubungan, tetapi malangnya kita disekat dari membalas mesej tersebut. Di sinilah mereka menyekat pengguna dari berhubung bila sudah mendaftar.
Ahli yang mendaftar ni biasanya dipanggil Ahli Biasa (percuma) manakala Ahli yang berjaya diumpan untuk Bayar Yuran Keahlian (sebulan / 3 bulan / 6 bulan / setahun) dipanggil Ahli Premium, atau Ahli VIP, atau lain² nama yang diberikan kelebihan tertentu.
Mereka Sekat Ahli Biasa, Paksa Ahli Bayar Yuran Pakej
Portal² mereka melakukan sekatan kepada Ahli Biasa yang tidak membayar Yuran Keahlian dengan cara..- terus menyekat ahli melihat senarai pasangan, contoh, kalau pengguna adalah Lelaki, maka dia akan disekat dari melihat senarai Perempuan, dan juga sebaliknya, selagi ahli tersebut belum bayar Yuran Keahlian.. ini kategori tamak, belum apa² dah sekat awal²..
. - ahli mungkin boleh menerima 'private message' dari calon pasangan, namun ahli ini disekat dari membaca 'private message'nya, hinggalah berlambak mesejnya dalam senarai inbox tak dapat dibaca sebab disekat hanya kerana tidak membayar Yuran Keahlian.. zalim..!!
. - ada juga yang sekat mesej kedua setelah diberi peluang bermesej sekali sahaja dengan calon pasangan, selagi belum bayar Yuran Keahlian.. ni kira agak bertimbang rasalah juga..
Dalam ketiga² situasi tersebut selalunya situasi menyekat mesej yang biasa dilakukan oleh portal mereka. Bila mana ini berlaku kepada pengguna tadi, maka si ahli ini akan terpedaya untuk terpaksa membuat bayaran Yuran Keahlian yang rata² mencapai ratusan ringgit.. sama ada 6 bulan atau setahun. Penulis secara peribadi pernah berhubung dengan beberapa ahli (calon pasangan) dan bertanya pendapat mereka tentang bayaran yang dikenakan. Kebanyakan mereka menyatakan rasa seperti terpaksa dan tak puas hati dengan bayaran & harga yang dikenakan.
Mereka Mengaut Untung Dari Pengguna
Bayangkan bila portal mereka mempunyai puluhan ribu pengguna berdaftar, yang menjadi ahli berbayar (biasanya dipanggil Ahli Premium), separuh dari jumlah pengguna, katakanlah ahli keseluruhan mereka mencapai 50 ribu orang. Dianggarkan 20 ribu orang ahli berbayar dengan harga purata RM100, maka jumlah kutipan mereka mencapai RM2,000 000 (dua juta ringgit)..!!Imej di atas adalah di antara contoh sebenar sebuah portal yang memiliki ramai ahli, dan ini adalah harga pakej² yang mereka tawarkan. Lihat tulisan dalam kotak mereh mereka tulis.. ANDA PERLU MENJADI AHLI PREMIUM UNTUK MELIHAT SENARAI MESEJ.. Macamana Ahli biasa tak terpedaya dan terpaksa bayar (tanpa rela) untuk nak lihat mesej² dari bakal calon pasangan.. nak tak nak kene bayar untuk lihat & baca mesej..!!
Contoh lain, ada satu portal anggaran ahli mereka dalam 5 ribu lebih orang, ahli berbayar katakanlah dalam 2 ribu orang. Yuran mereka (ada beberapa pakej) purata RM100 x 2 ribu orang, jadi RM200,000 telah dikutip.
Bukanlah penulis nak highlightkan bab keuntungan ratusan ribu bahkan jutaan ringgit yang mereka pungut, tetapi penulis nak nyatakan bahawa, rata² para pencari jodoh yang menggunakan portal jodoh yang promot guna ayat 'daftar percuma' ni, kebanyakan mereka (pencari jodoh) adalah golongan pertengahan kebawah. Mereka merasakan khidmat tersebut percuma dengan ayat skema 'daftar percuma' tersebut, malangnya mereka terpedaya, terpaksa juga buat bayaran disebabkan terpedaya dengan 3 points disebutkan di atas tadi ↑.
Kesimpulan & Usaha Yang Terhasil
Ramai juga ahli perempuan dari kalangan ibu tunggal yang sukar nak mencari pengganti, iaitu bakal bapa baru kepada anak² yatim mereka. Jadi penulis secara peribadi telah bercita² untuk membangunkan sendiri Portal Jodoh Muslim Percuma Sepenuhnya, Tanpa Bayaran, Tanpa Yuran Keahlian | TamanSyurga.. untuk memudahkan para pencari jodoh khususnya di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, termasuk Selatan Thai, dapat mendaftar dan menggunakan portal ini tanpa apa² bayaran.Penulis dengan merendah diri menjemput pembaca untuk sama² share kepada para pencari jodoh untuk mendaftar di TamanSyurga.com 👍
.
macam ini pun ada yer..haha
ReplyDelete