Zikir Itu Lebih Utama Dari Dunia & Isinya

Bismillah..

Aku rasa kecewa dengan perang politik di social media [ f] ni.. Masing-masing berlumba-lumba membuat post, share image, video saling hentam-menghentam. Bahkan ada yang sampai laknat-melaknat.. walhal mereka bersaudara.. apakah mereka tidak mengetahui yang sesetengah mereka telah melampaui batas..? Sampai aku sendiri bukan setakat sedih dengan kebanjiran post² yg sebegitu, tapi sampai tahap meluat gak membaca post² para sahabat di timeline..

Ahh mungkin mereka tak mampu 'mengubah dengan tangan' a.k.a kuasa, mereka cuba 'mengubah dengan lisan' melalui post² dan dishare serta menge-share.. Aku sekadar mampu memerhati.. tak mahu menyimbah api tersebut dengan minyak atau pon air.. Aku cuba juga membantu dengan do'a.. bukankah ada suatu hadis Rasulullah S.A.W. mengatakan:

"Sekiranya kamu melihat orang yang dizalimi, bantulah. Sekiranya kamu melihat orang yang zalim, bantulah". Maka para sahabat bertanya, "Wahai RasulAllah, bagaimanakah kami hendak membantu orang yang zalim?" Jawab RasulAllah; "Nasihatilah mereka". Atau kita berdoalah seperti mana para ustaz sering berdoa untuk mengubah (hati) mereka² yang (dikatakan) 'zalim' ini supaya diberi Hidayah oleh Allah agar menjadi lebih baik.. Wallahu'alam..


"Sebaik-baik kalimah itu adalah Ù„ا إله إلا الله
Sebaik-baik orang yang berdosa itu adalah mereka yang bertaubat"

Daripada sibuk dan menyibukkan diri meng-'Like' & share perang politik di sana sini, adalah lebih baik, bahkan lebih dituntut untuk kita sentiasa mengingati Allah S.W.T. Sebagaimana hadis Nabi S.A.W. menyatakan;
"Dunia itu adalah dilaknat, dilaknat apa yang ada di dalamnya, kecuali zikrullah 'azza wajalla, dan sesuatu yang dikasihi Allah, atau orang alim ataupun orang yang belajar". Hadis riwayat Imam Tirmidzi (At-Tirmidzi: 2244)
"Ketauilah bahawa dunia ini 'mal'unah' (dilaknat), kecuali zikrullah dan orang-orang yang berilmu serta mereka yang mempelajari ilmu". Daripada Abas R.A.

Maka marilah kita mengamalkan beberapa yang mampu kita amalkan, Insya'Allah:

  1. Memperbanyak Membaca 'La hawla Wala Quwwata Illa billah'

    "Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan 'La hawla Wala Quwwata Illa billah'". (HR. At Tabrani)
  2. Membaca 'La ilaha illallahul Malikul Haqqul Mubin'

    "Barangsiapa setiap hari membaca 'La ilaha illallahul Malikul Haqqul Mubin' maka bacaan itu  akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur". (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
  3. Melazimkan BerIstighfar *favorite - wajib hari²*

    "Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan  memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga". (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
  4. Membaca Surat Al-Ikhlas

    "Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya". (HR. At Tabrani)
  5. Membaca Surat Al-Waqiah

    "Barangsiapa mmbaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup". (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)
  6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi S.A.W.

    Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan; 'Bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah S.A.W. berdiri seraya bersabda: "Wahai manusia berzikirlah mengingat Allah, berzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan di dalamnya"
  7. Membaca "Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim"

    "Dari setiap kalimat itu seorang Malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu" (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Seorang Ustaz di kuliah Maghrib di Masjid Al Faizin, Taman Ehsan, Kepong ada menyatakan, gurunya memberitahunya; "Sekurang-kurangnya dalam sehari-hari, kita perlu berzikir dengan 4 zikir ini ↓"
  • Beristghfar
  • Bertasbih - "Subhanallah"
  • Bertahlil - "La ilaha illAllah"
  • Berselawat

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu (yg mampu aku post) ni, dapat memberikan barang sedikit (atau banyak hendaknya) kebaikan kepada kita semua dan diriku sendiri jua, Insya'Allah.. wassalam..

Pada Peristiwa Isra' dan Mikraj ada menceritakan perihal lelaki yang ghaib dalam nur ← (lihat list no.9 bawah tajuk 3. Semasa Mikraj) yang kelihatan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. di Sidratul Muntaha ketika Baginda naik ke sana. Lelaki itu dikatakan lelaki yang sewaktu di dunianya banyak berZikir dan hatinya terpaut kepada Masjid (rumah Allah).

No comments:

Powered by Blogger.