Hikmah Berhenti Merokok


Adakah berusaha untuk Berhenti Merokok Itu Suatu Jihad..? Atau Pengorbanan melawan hawa nafsu..? Mengapa tidak.. sedangkan ia suatu yang memang sangat sukar bagi perokok untuk berhenti terus. Apakah perubahan yang terjadi pada tubuh anda setelah sejam, sehari, sebulan, setahun bahkan sepuluh tahun setelah anda Berhenti Merokok. Semoga fakta dan info-info ini berguna bagi kita mengambil langkah mula untuk berhenti dan istiqamah. Bagaimana untuk Berhenti Merokok..? Ingat pada post saya yang lepas, mulakan dengan Niat Berhenti Merokok Kerana Allah.. insyaAllah anda mampu, walaupon anda rasa tak berapa yakin. Betulkan niatmu dahulu. Bilakah waktu terbaik untuk berhenti? Ketika ini..!!

Setelah kita berjaya Berhenti Merokok selamanya, maka tubuh kita anugerah Allah akan mula bertindak balas, membaik pulih kerosakan dan gangguan akibat rokok selama ini. Berkorbanlah untuk TIDAK lagi mahu merokok selama-lamanya.. lillahi ta'ala..


Berapakah Kos Pembaziran yang telah kita lakukan selama kita merokok bertahun-tahun..? Mari kita kira di → Smoking Cost Calculator
Lihat 'Quit Smoking Campaign' oleh website ini ↓ betapa teruknya perokok (seperti penulis sebelum ni), berbanding dengan bukan perokok..

Cursed of Tobacco - Lung Cancer

Proses Perubahan Tubuh Setelah Berhenti Merokok


20 Minit Selepas Berhenti Merokok

Denyut jantung Anda akan mulai menurun kembali normal. Amalan merokok meningkatkan denyutan jantung (tidak normal). Anda juga telah menurunkan risiko penyakit & serangan jantung, stroke, kanser paru-paru, dan penyakit berbahaya lainnya.

2 Jam

Denyutan jantung dan tekanan darah akan menurun ke kadar denyutan dan tekanan yang sihat. Sirkulasi perifel anda juga mungkin meningkat. Hujung jari kaki dan tangan akan mulai terasa hangat. Gejala penghentian nikotin biasanya bermula sekitar dua jam setelah anda menghisap rokok terakhir anda. Gejala awal biasanya cenderung bersifat emosional, termasuk:
  • Perasaan ingin merokok kembali (bagi memenuhi kehendak nikotin tubuh yang hilang)
  • Merasa gelisah, tertekan atau frustrasi
  • Mengantuk atau kesukaran tidur
  • Nafsu makan meningkat
Untuk mengatasi gejala ini, cubalah untuk melawannya dengan kembali ingat pada Niat anda berhenti merokok. Ingat kepada Allah, mengadulah kepada-Nya supaya Dia membantu anda untuk meghilangkan perasaan 'ketagihan' itu. Sebutkan zikir "La haula wala quwwata illa billah" (Tiada daya upayaku melainkan dengan pertolongan Allah jua).. insyaAllah..
Jangan terpedaya dengan merokok lagi kerana anda hanya akan menggagalkan Niat anda.
 

12 jam

Karbon monoksida yang sangat merbahaya akan meracun tubuh, gas beracun ini dibebaskan dari pembakaran tembakau dan dihisap sebagai sebatian asap rokok. Karbon monoksida akan melekat dan bersatu dengan sel darah merah, seterusnya menghalang sel darah merah untuk menerima oksigen, akhirnya akan menyebabkan masalah jantung yang serius.
Hanya dalam waktu 12 jam setelah berhenti merokok, karbon monoksida dalam tubuh anda akan menurun ke paras normal dan kadar oksigen dalam darah anda akan meningkat ke paras normal.
 

24 jam (1 hari)

Rata-rata serangan jantung di kalangan perokok 70% lebih tinggi daripada yang tidak merokok. Namun, percaya atau tidak, hanya sehari penuh setelah anda berhenti merokok, risiko serangan jantung anda sudah mulai menurun. Walaupun anda belum sepenuhnya bebas, namun anda sudah berada di jalan yang benar.
 

48 jam (2 hari)

Merokok mungkin tidak mengancam nyawa (dalam masa terdekat), namun ianya membunuh deria anda, terutama deria bau dan deria rasa (lidah) anda. Kehilangan sensitiviti kedua-dua deria ini merupakan salah satu daripada kesan akibat dari rokok. Walaubagaimanapun, setelah 48 jam tanpa rokok, hujung saraf anda akan mulai tumbuh kembali dan kemampuan anda untuk menhidu dan merasa akan meningkat semula.

Bersabarlah dengan dugaan ketagihan, hanya sedikit masa lagi, anda akan kembali menghargai perkara-perkara yang lebih baik dalam kehidupan.

72 jam (3 hari)

Pada ketika ini, nikotin akan benar-benar keluar dari tubuh Anda. Tetapi awas..!! Gejala yang timbul akibat berhenti merokok akan mencapai kemuncaknya di sekitar waktu ini. Anda mungkin akan mengalami beberapa gejala fizikal seperti, sakit kepala, mual, demam, di samping gejala emosional yang telah disebutkan pada peringkat 2 jam di atas. Namun begitu, gejala fizikal ini akan berlalu dengan cepat, jadi anda harus bersabar, kerana ini adalah kesan ketiadaan nikotin.
Ingat, amalkan zikrullah seperti yang telah disebutkan sebelum ini untuk melawan perasaan 'kehendak terhadap nikotin' itu dan untuk melawan 'rasa sakit' tersebut.

Setakat post ini ditulis, penulis berada dalam peringkat 11 hari bebas rokok, Alhamdulillah.. (tiada daya upayaku melainkan dengan pertolongan Allah jua, bantulah aku untuk terus istiqamah ya Allah, amiiin)

2 - 3 minggu

Anda akan mula merasai perbezaan, seperti tubuh terasa cergas dan mampu melakukan aktiviti fizikal tanpa merasa semput nafas atau sakit. Ini disebabkan tubuh anda mula mengalami proses regeneratif; sistem tubuh akan semakin berkembang baik dan fungsi paru-paru juga akan meningkat secara signifikan. Pada peringkat 2 - 3 minggu ini juga paru-paru anda akan terasa lebih lega, anda mampu bernafas dengan lebih mudah.

Bagi kebanyakan perokok, gejala yang timbul akibat berhenti merokok akan hilang 2 minggu setelah berhenti merokok.
 

1 - 9 bulan

Sekitar sebulan setelah berhenti merokok, paru-paru akan mula bergenerasi. Di dalam paru-paru, silia - rambut halus, seperti organel yang mendorong lendir keluar mula membaik pulih dan kembali berfungsi dengan baik. Dengan silia yang kembali berfungsi baik, akan menolong mengurangi risiko terkena infeksi. Paru-paru yang berfungsi baik akan akan mengurangkan batuk dan sesak nafas yang dialami secara dramatik.
Bahkan untuk para perokok tegar, gejala yang timbul akibat berhenti merokok tidak akan lagi terasa beberapa bulan setelah berhenti merokok.

1 tahun

Satu tahun setelah berhenti dari tabiat merokok merupakan suatu kejayaan yang besar. Setelah setahun tanpa rokok, risiko terkena serangan jantung akan menurun hingga 50% dibandingkan ketika anda masih merokok. Ingatlah, seorang perokok adalah dua kali ganda lebih berisiko menderita segala jenis penyakit jantung dibandingkan anda yang telah berhenti selamanya.

5 tahun

Sejumlah gas beracun dilepaskan dalam proses pembakaran tembakau - karbon monoksida merupakan salah satu di antaranya, akan menyebabkan pembuluh darah menyempit, seterusnya meningkatkan risiko anda mengalami stroke. Setelah 5 - 15 tahun bebas dari rokok, risiko anda untuk memgalami stroke sama dengan mereka yang tidak merokok.

10 tahun

Merokok menyumbang kepada 90% kematian akibat penyakit paru-paru di seluruh dunia. Walaupun ia memakan masa 10 tahun, namun jika anda berhenti, risiko kematian akibat kanser paru-paru akan turun 50% dibandingkan mereka yang merokok.
10 tahun setelah Anda berhenti merokok, risiko anda dari kanser mulut, tekak, kerongkong, prostat, ginjal dan pankreas juga akan menurun.

15 tahun

Risiko penyakt jantung kembali ke paras yang sama dengan golongan bukan perokok. Anda tidak lagi berada dalam keadaan berisiko terhadap serangan jantung, penyakit koronari, arrhythmia (penyakit denyutan jantung tidak normal), angina (sakit akibat kekurangan bekalan darah sampai ke dalam urat saraf otot jantung), infeksi jantung atau pun kondisi yang mempengaruhi rentak denyutan jantung.
Manfaat jangka panjang dari tindakan Berhenti Merokok sangatlah hebat. Menurut Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association), mereka yang tidak merokok rata-rata hidup 14 tahun lebih lama dibandingkan dengan para perokok.

Buat Keputusan

Jadi sempena Aidiladha tahun 1434 Hijrah ini, marilah kita Berhenti Merokok hari ini juga..!! Anda bukan sahaja Berjuang kerana Allah (ingat Niat kita di awal tadi), berkorban, bahkan juga berusaha untuk membaik pulih sistem tubuh dan organ-organ dalaman serta bersedia menikmati masa-masa mendatang dengan kesihatan yang lebih baik dengan sistem kardiovaskular yang lebih sempurna.. InsyaAllah.. Takbiir..


credit image: http://tobaccobody.fi/n_en.php

2 comments:

  1. Terima kasih. Artikel yang sangat bermanfaat.
    Sedang melawan ketagihan. Sakit satu badan ;p

    www.xpertstudio.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe tuan.. lawan jgn tak lawan..
      anggaplah seolah² tuan sdg dlm battlefield berjuang melawan hawa nafsu..
      tu antara perjuangan TERBESAR kita demi Lillahi Ta'ala..
      banyak² doa dlm sujud, niat yg ikhlas kerana Allah pasti Allah akan tolong, insyllh..
      #kipidap #dongibap :P

      Delete

Powered by Blogger.