Aku Dulu Perokok Tegar

Assalamualaikum.. sebelum ni di post² lepas - Aku Mahu Berhenti Merokok & Hikmah Berhenti Merokok saya berkongsi perihal Berhenti Merokok pada diri saya sendiri. Memang bukan mudah untuk bertahan sebab perasaan kehendak itu akan datang 'menguji', tapi bantuan Allah (syukur alhamdulillah) sentiasa bersama membantu ku istiqamah, tidak terpedaya kembali. Mana mungkin mudah bagi seorang perokok tegar seperti ku dulu yang kerap bersambung rokok lepas sebatang ke sebatang terutama di waktu puncak.. ya merokok pon ada waktu puncak.. lol.

Alhamdulillah hari ini genap 14 hari saya bebas rokok, semoga Allah terus membantu ku utk bebas rokok (dan membenci untuk menghisap rokok kembali) selamanya.. amiiin..

Cukupkah gambar di bawah ini menunjukkan saya dulu seorang Perokok Tegar..!!?


Ya, saya dulu adalah Perokok Tegar Marlboro. Kalo anda amati koleksi rare kotak² rokok Marlboro ni semua dah pupus. Ini adalah koleksi sejak bertahun dahulu saya simpan.. dari kotak rokok Marlboro 14s, Marlboro 10s, Marlboro Country collection, Marlboro Racing - Superbike & Formula 1, Black series, Marlboro Chinese New Year, Evo pack, Stainless Steel, sampailah ke lighter Marlboro.. ada lagi tapi banyak yg dah missing dan orang ambil.

Saya dulu bermula dari Benson > Dunhill > beberpa jenis kretek (yg ringat hingga berat) > Marlboro (paling lama) > Pall Mall (ni yg last sebab dia masih di bawah RM10).

Setelah berniat, mulakan langkah pertama - Pecahkan Tembok Penghalang Untuk Berhenti Merokok, kemudian pelihara usaha itu dan terus bertahan dari hari ke hari selamanya demi Allah dan RasulNya, insyaAllah.. amiin..

3 comments:

  1. Salam, saya pun kolektor kotak rokok marlboro, inginkan perkongsian kiranya sudi jual atau tukar suka-sama-suka mana2 kotak rokok yg ada lebihan, email saya: aba8907@yahoo.com

    http://koleksimalayalama.blogspot.com/2013/03/kotak-rokok-marlboro.html

    Harap mendapat balasan, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. w'salam.. terima kasih atas minat tuan..
    ok, insyllh nanti ada free time saya emel ;)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.nk Tanya kotak Marlboro 10 tu nk jual tak.kalau nk jual tlg email sy. Terima kasih

    ReplyDelete

Powered by Blogger.