Pengedar Dadah Yang Menemui Hidayah Islam Dalam Penjara [Video]
Kisah seorang pengedar dadah, Martin Garnet yang ditangkap di Airport Bankok pada tahun 1993, lepas Amerika mengesyaki dia adalah orang yang disyaki mengeksport dadah jenis heroin ke Amerika untuk pasaran penjara di sana. Dipercayai dadah tu dibawa dari Thailand tempat dia menjalankan operasi & aktiviti pengedarannya.
- 1993 - dia kantoi dengan 4.7kg heroin dibalut dibadannya, ditahan dengan pihak berkuasa Thailand, dan tahun berikutnya, 1994 dijatuhkan hukuman 40 tahun penjara.
- 2001 - masa dipenjara, dia didakwa pula dek Amerika atas tuduhan menghantar heroin ke penjara Indiana, USA.
- 2011 - dia dapat pengampunan dari Raja Thai, tapi masih belum dapat bebas sebab diektradisi pula ke Amerika dan menjalani 57 bulan penjara (atas sebab mengedar dadah ke penjara Indiana).
- 2012 - tahun berikutnya, emaknya Lyn, berjaya mengumpulkan dana sebanyak $20,000 untuk membawanya balik ke kampungnya di Australia, menjalani baki hukuman di penjara Silverwater, Sydney, secara pertukaran tahanan (swap).
"In Holy Quran, there is verse said: I'm not allowed to say so much as Huh.. to my mother. I've followed that since day 1, and you know, it fixed everything (by) just following that 1 verse..!! I had not mistreated in forth, in word, in matter my mother ever.. Alhamdulillah" - Amin Mubarak
Bagaimana dia boleh mengedar dadah sampai ke USAwalaupon masa tu dia dalam penjara..?
Dia menceritakan keadaan dalam penjara Thailand masa tu seolah2 mereka memang sengaja untuk dibiarkan mati akibat dadah. Sama ada mereka akan jadi mangsa banduan atau keadaan yang tak dipedulikan kebajikan mereka oleh pihak penjara. Mereka dibiarkan terus menagih dadah dalam penjara, sampai akhirnya banduan2 90% mereka mendapat HIV+.. mati akibat dadah atau HIV adalah perkara biasa yang berlaku kepada mereka.Akhirnya dari pengalamannya sebagai pengedar dadah dulu dia mula memikirkan untuk mencari 'contact' luar melalui 'mobile phone internet dial-up' untuk mendapatkan sumber dadah untuk dijual pula kepada banduan2 dalam penjaranya tu. Dengan kata lain dia mesti 'survive' untuk dapatkan wang dari dalam penjara Thai tu supaya dia dapat pengaruh orang, termasuk pegawai penjara melalui wang.
Dari tahun 1997 dia mula menjana keuntungan dari jualan dadahnya sekitar dalam penjaranya sendiri (mungkin dengan merasuah pegawai penjara) hingga akhirnya jualannya sampai ke Amerika.
Lepas beberapa pengalaman dialaminya, dan dia mengenali beberapa banduan Muslim yang selalu dilihatnya bersembahyang, serta suka menasihatinya, dia mula tertarik untuk membaca Al Quran yang diberi oleh rakan Muslim sepenjaranya. Melalui mukjizat Al Quran itu dia tertarik akan penjelasan Allah tentang Nabi Isa a.s. / Jesus adalah seorang Nabi (& Rasul), bukannya tuhan, dia mengakui itulah kebenaran yang sebenarnya (yang mengelirukan semua kristian). Akhirnya dia melafazkan syahadah menjadi seorang Muslim, dan menukar namanya kepada Amin Mubarak.. SubhanAllah..
Ikuti videonya dibawah
Ketika video ini dirakam, dia sedang menjalani tahun ke-18nya dalam penjara.. dan lihat juga dia seperti berbaju Melayu dan berkain pelekat ;)Cara beliau bercakap seperti beliau sudah banyak belajar dan mungkin dah sampai peringkat seorang ustaz.. MasyaAllah..
Bersama neneknya
Credit
dailymail.co.uk
No comments: