'Buku Manual Cara Mereka Memurtadkan Orang Islam'



Buku The Call of The Minaret, karya Kenneth Cragg adalah sebuah buku yang dihasilkan untuk tujuan dakyah kristianisasi ke atas orang Islam. Kenneth Cragg ni adalah seorang 'Anglican Bishop of the Al Quds (Jerussalam)'. Buku ini yang sebenarnya dah lama diterbitkan, adalah suatu manual (cara-cara bagaimana) bagi seseorang mubaligh kristian melakukan dakyah mereka memurtadkan orang Islam kepada kristian, dengan 'trick' yang berkesan (mungkin).

"The Call of Minaret (book) is a Manual of How to Converts Muslims to Cristianity"

Menurut saudara Yusha Evans seperti videonya di bawah, buku ni sebagai manual mengajar orang² mereka bagaimana cara orang Islam hidup, sembahyang, makan, minum, bercakap, bersosial, dan macam² lagi. Kemudia mereka akan menyamar sebagai 'saudara Islam' dengan pakaian orang Islam (jubah), cara bercakap, berjalan macam orang Islam, untuk masuk dalam masyarakat Muslim atau mendekati individu Muslim tertentu (sebagai target mereka) dan bertegur sapa, berbaik², bersembang dengan cara yang baik supaya dia diterima dan akhirnya mereka akan mula menjalankan 'dakyah kristianisasi' secara sedar atau tak.

Bagi Muslim yang lemah Iman, lemah Ilmu tentang Islam, akan mudah terpengaruh dengan dakyah mereka ini. Apatah lagi kalau individu Muslim itu seorang yang terdesak untuk mendapatkan wang, pasti lebih mudah diumpan dengan wang.

Ikuti syarahan brother Yusha Evans tentang mereka ni dan bagaimana pengalaman beliau berdepan dengan dakyah kristian yang menyamar sebagai 'Muslim' tersebut dibongkar dan dibidas.


Sekiranya kita berjumpa dengan mereka ini yang kita syak adalah Muslim palsu yang menyamar untuk menyebarkan ajaran mereka, soal mereka dengan beberapa persoalan yang menjadi asas dalam Islam. Sebagaimana saudara Yusha (dlm video di atas) mengatakan beliau menyoal mubaligh kristian yg menyamar kononnya mereka adalah bekas pelajar Al Azhar tersebut, dengan 2 soalan:

  1. Terangkan kepada ku tentang Tawheed
  2. Ada berapa Rukun dalam Solat 5 waktu
Kalau mereka (mubaligh) yang meyamar kononnya mereka bekas pelajar Al Azhar tu hebat atau pandai tentang Islam, pasti mereka boleh jawab..!! Kalau tak, berambus dari masyarakat kami..!!

Berbalik kepada Kenneth Cragg tadi beliau sebenarnya banyak menghasilkan buku berkaitan Islam dan kristian. Ada satu buku bertajuk Muhammad in the Qur'an juga karya beliau yang mungkin boleh menyesatkan atau memberi fakta tak betol bila org yang bukan ahli menulisnya, apatah lagi dari kalangan musuh Islam.

Nasihat kepada diri penulis sendiri dan saudara Muslim

  • Pastikan bahan rujukan, bacaan kita adalah dari sumber yang dipercayai, penulis yang benar, serta terdapat dalil yang sahih dalam bahan bacaan kita tu.
  • Harus diingat, kita sebagai Muslim wajib belajar tentang asas Islam, Solat, dan lain supaya kita tak mudah ditipu atau terkena fitnah dengan penipuan tentera ad Dajjal.
  • Selain dari itu kita juga banyak didedahkan dengan ilmu² sesat yang diceduk dari buku² karangan Orientalist yang memang bertujuan memesongkan fakta tentang Islam khususnya sejarah Islam. Menurut seorang ustaz / guru agama yang pernah memberi kuliah, beliau mengatakan dalam pendidikan Sejarah Islam di sekolah² banyak fakta² tak betol di buku² teks agama skolah.. khususnya dalam sejarah Nabi Muhammad dan para Sahabat baginda. Sama ada kebanyakan pengaruh tu dari teks orientalis barat atau pon bersumberkan dari hadis² palsu golongan Syiah.

wallahu'alam..

Semoga Allah melindungi kita dari fitnah kehidupan dan fitnah kematian, dan semoga Allah melindungi kita dari fitnah Al Masih ad Dajjal.. aamiiin..

No comments:

Powered by Blogger.