Mimpi Ngeri Kerana Cuba Lari Dari Zakat


Sebelum kisah ini terus hilang dari ingatan saya, sukalah saya nak berkongsi suatu kisah benar melalui Kuliah Maghrib beberapa hari lepas. Kisah ini telah diceritakan di suatu kuliah Maghrib di sebuah Masjid di Selangor oleh Ustaz Hamizul Abd Hamid (ustaz zakat, penulis buku-buku berkaitan zakat, juga ahli Pusat Zakat Selangor) pada 11 Mac 2015. Kisah ini adalah sebahagian sahaja dari intipati kuliah tersebut yang membicarakan Bab Zakat.

Kisah benar ini berkaitan seorang yang cuba lari dari membayar zakat setelah mengetahui syarat wajib atau pun nisab bagi harta wang simpanan dan berkaitan dengan jumlah atau nilai emas (uruf emas) yang boleh dipakai bagi negeri Selangor.

Negeri Selangor menetapkan uruf emas adalah 800 gram. Uruf bermaksud perhiasan emas yang boleh dipakai (perempuan) tanpa dikenakan zakat, wallahu'alam..



Ustaz Hamizul menceritakan (diceritakan oleh sahabat beliau), bagaimana seorang wanita muslimah pada suatu ketika dulu setelah mengetahui tentang uruf emas Selangor adalah 800 gram - had boleh dipakai di badan tanpa diwajib zakat, maka wanita ini mula 'berfikir bijak' dan mencongak-congak nilai semasa 1 gram emas (katakan lah 1 gram emas = RM150 pada masa itu) lalu didarabkan RM150 dengan 800 gram, dan nilainya adalah RM120,000 (seratus dua puluh ribu ringgit)..

Maka wanita ini mula bertindak pergi ke bank dan mengeluarkan sebanyak RM120 ribu, dan di membelanjakan wang sebanyak itu untuk membeli emas untuk dipakainya hingga cukup nilai RM120 ribu atau 800 gram emas dibadannya.

Merasakan perancangan 'kreatifnya' itu berbaloi dan kononnya dia berjaya menyelamatkan hartanya dari dikenekan zakat. Maka ketika malamnya, sewaktu tidur wanita ini mula bermimpi suatu yang menakutkannya. Ustaz Hamizul menceritakan wanita ini mula mengalami mimpi-mimpi ngeri setiap kali dia tidur, dia dikejar oleh suatu makhluk menakutkan. Mimpi ngeri itu berlaku setiap malam setiap kali dia tidur, dia akan dikejar oleh makhluk yang tak tahu apa dia, dan dia lari menyelamatkan diri. ွSetiap kali dia tersedar, bila tidur semula, mimpi yang sama berulang-ulang lagi hingga dia tak mampu untuk tidur sebab ketakutan. Akhirnya setelah dia mengalami masalah tak cukup tidur dia mula mengadu pada seorang ustaz.

Ustaz yang diadukan masalahnya itu merasa pelik dengan mimpi kenapa dia kerap dikejar suatu makhluk menakutkan. Akhirnya ustaz tersebut menyuruhnya berterus terang tentang apa-apa yang mungkin telah berlaku sebelum itu. Mahu tak mahu wanita ini akhirnya menceritakan tentang tindakannya yang mengeluarkan sejumlah wang dari bank dan membeli emas untuk dipakai hingga mencecah nilai RM120 ribu atau 800 gram, seperti yang diketahuinya sebagai syarat emas yang tidak diwajibkan zakat.

Maka ustaz yang diceritakan itu pon merasa kisah wanita ni boleh jadi amaran dari Allah atas tindakannya cuba lari dari membayar zakat wang simpanannya yang melebihi nisab 85 gram emas.

Kalau 1 gram = RM150, jadi 85 gram = RM12,750

Maka tindakannya SENGAJA cuba lari dari kewajipan mengeluarkan zakat ke atasnya, sebenarnya dia hanya memperdaya dirinya sendiri. Maka ustaz tu pon jawab.. "Puan makhluk tu nak rampas emas-emas puan tu, kalau puan tak nak dikejar oleh makhluk dalam mimpi tu lagi, puan bayarlah zakat.. selesai masalah".. Wanita tu terdiam dan faham benar akan jawapan ustaz tersebut adalah sebagai peringatan untuk dirinya dan juga diceritakan oleh Ustaz Hamizul (dari ustaz tersebut) kepada jemaah kuliah maghrib sebagai tauladan dan iktibar untuk kita, insyaAllah..

Wallahu'alam..


credit info text & img:
  • www.hamizul.com
  • blog.e-zakat.com.my/?page_id=87

No comments:

Powered by Blogger.