Kisah Anak Nakal Yang 'Disumpah' Ibunya..
Suatu kisah benar yang pernah berlaku di suatu daerah suatu ketika dulu hampir 50 tahun (kalau dikira umurnya sekarang). Kisah benar ni seperti yang diceritakan dari berbagai sumber yang boleh dipercayai, dari ustaz melalui kuliah agama di TV atau Radio (tak ingat ustaz mana), serta dari sumber maklumat di internet.
Kisah kenakalan seorang kanak² kecil yang di'sumpah' oleh ibunya sendiri kerana nakalnya yang amat sangat. Menurut riwayatnya, suatu hari sang ibu sedang menyiapkan hidangan makanan untuk tetamu suaminya, iaitu ayah kanak² kecil ini.
Dalam kesibukan di dapur menyiapkan makanan untuk tetamu yang akan berkunjun sebentar lagi, si ibu memanggil anak kecilnya yang leka bermain di luar itu masuk mandi bersihkan diri untuk menyambut tetamu ayahnya yang akan sampai sebentar lagi. Maka anak kecil ini pon masuk rumah dan terus ke dapur untuk melihat apa yang sedang dibuat oleh ibunya itu.. mungkin bau haruman makanan menariknya untuk melihat.
Dipanggilnya ibunya itu untuk dia melihat sendiri apakah makanan yang sedang dibuat oleh ibunya itu. Lantas ibunya menunjukkan makanan tersebut yang baru dimasak sedia untuk dihidangkan, sambil ibunya menyuruhnya pergi mandi bersihkan diri lepas bermain.
Sebaik sahaja ibunya menunjukkan hidangan makanan tersebut di hadapannya, lantas anak kecik ini yang telah bersedia dengan kedua belah tangannya digenggam dan disorok ke belakang, tiba² kedua belah tangannya itu pantas dihulurkan ke atas makanan tersebut, dan di hadapan ibunya itu anak kecil ini menaburkan pasir tanah dari genggaman kedua belah tangannya ke atas makanan tersebut, dan pantas lari dari situ.
Tergamam sang ibunya melihatkan makanan yang susah payah dimasak, sedia untuk dihidangkan untuk tetamu suaminya sebentar lagi, tiba² musnah sekelip mata akibat perbuatan nakal anak kecilnya itu.
Demikianlah (lebih kurang) sumpahnya sang ibu kerana marah yang amat sangat terhadap anak kecilnya itu, mana tidaknya habis rosak makanan untuk tetamu suaminya. Baru dimasak pula tu, bahkan belum dijamah lagi.
Gambar hiasan
Tapi apa yang pasti, 'sumpah sang ibu yang teraniaya' itu telah menjadi Doa Mustajab dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Anak kecil itu benar² telah melalui kehidupan sebagaimana doa (sumpah) sang ibunya sehingga dewasa.
Dan kini anak kecil itu bukan lagi kanak² nakal seperti mana yang telah berlaku hampir 50 tahun dulu dalam hidupnya. Bahkan (anak kecil itu suatu ketika dulu), kini adalah Imam Besar Masjidil Haram. Beliau adalah Syeikh Abdur Rahman As Sudais.
SubhanAllah..
Begitulah sepatutnya sang ibu mendidik atau mendoakan anak²nya menjadi seorang manusia yang berguna bukan sahaja untuk keluarga bahkan untuk seluruh umat manusia. Sebagaimana sebuah hadis Nabi SAW,
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain". [HR Thabrani & Daruquthni]
Semoga bermanfaat.. mungkin penceritaannya berbeza dari perspektif atau sudut yang lain, tetapi keseluruhannya begitulah.
Wallahu'alam..
img credit:
https://www.youtube.com/watch?v=cyVoOcZZ3cE

Marah, sedih, geram, kecewa, tak terkata sang ibu.. hinggalah terkeluar dari mulutnya.. "Jadilah kamu Imam Masjid Al Haram..!!"
Demikianlah (lebih kurang) sumpahnya sang ibu kerana marah yang amat sangat terhadap anak kecilnya itu, mana tidaknya habis rosak makanan untuk tetamu suaminya. Baru dimasak pula tu, bahkan belum dijamah lagi.
- Jadi apa yang harus dibuatnya sekarang untuk menggantikan makanan tu..!!?
- Bagaimana pula dia nak jawab dengan suaminya sekejap lagi..!!?
- Berapa lama pula masa yang di ada untuk mempersiapkan makanan lain..!!?
Gambar hiasan
Tapi apa yang pasti, 'sumpah sang ibu yang teraniaya' itu telah menjadi Doa Mustajab dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Anak kecil itu benar² telah melalui kehidupan sebagaimana doa (sumpah) sang ibunya sehingga dewasa.
Dan kini anak kecil itu bukan lagi kanak² nakal seperti mana yang telah berlaku hampir 50 tahun dulu dalam hidupnya. Bahkan (anak kecil itu suatu ketika dulu), kini adalah Imam Besar Masjidil Haram. Beliau adalah Syeikh Abdur Rahman As Sudais.
SubhanAllah..
Begitulah sepatutnya sang ibu mendidik atau mendoakan anak²nya menjadi seorang manusia yang berguna bukan sahaja untuk keluarga bahkan untuk seluruh umat manusia. Sebagaimana sebuah hadis Nabi SAW,
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain". [HR Thabrani & Daruquthni]
Semoga bermanfaat.. mungkin penceritaannya berbeza dari perspektif atau sudut yang lain, tetapi keseluruhannya begitulah.
Wallahu'alam..
img credit:
https://www.youtube.com/watch?v=cyVoOcZZ3cE
Takde ke sesiapa yang nak konfemkan cerita ni dari Syeikh Abdur Rahman As Sudais sendiri?
ReplyDeleteterima kasih, soalan yg bagus..
ReplyDeleteya saya juga mencari sumber shahih kisah ni..
yang ada (dari internet) cuma dari web indonesia.. dari malaysia / english version, tak jumpa lagi..
yg version arabic tak faham pulak..
tapi kisah ni asalnya diceritakan oleh sorg ustaz dalam TV / Radio IKIM.. tak brapa ingat, 1-2 tahun lepas..
insyallh kalo ada sumber shahih saya akan update & link..