Perbandingan Online Payment Comparison



Online Payment terbaik bagi usahawan internet sama ada bagi yang baru hendak berniaga atau bagi company besar yang memerlukan pilihan Payment Gateway bagi urusan penerimaan bayaran (receive payment). Sekiranya anda adalah usahawan internet pasti anda ada pilihan sendiri, bagaimanapon bagi yang sedang mencari mari kita lihat beberapa perbandingan untuk Merchant (peniaga) seperti anda untuk memilih servis terbaik untuk perniagaan anda.

Global Payment Gateway Supports Malaysia


Ini adalah kategori international payment service provider, sesuai bila kita berurusan seperti menjual produk atau servis keperingkat global.

2checkout


https://www.2checkout.com/

2Checkout ni antara yang penyedia 'online payment' yang cukup popular dikalangan affiliator sejak tahun 2003 lagi.. owh sudah pon genap 10 tahun mereka beroperasi.
  • Setup : Percuma
  • Kadar transaksi : 5.5% + $0.45 per transaction
  • Global : 196 negara, termasuk Malaysia
  • Akaun Merchant : Percuma
  • Tukaran matawang : 25 matawang (Ringgit Malaysia tak termasuk)

Paypal


https://paypal.com/

Nama yang tak asing lagi dalam dunia online shopping termasuklah servis bayaran & akaun terima bayaran (Merchant account). Setakat ini masih belum ada yang benar-benar mampu menewaskan PayPal dari segi keluasan servis yang ditawarkan.
  • Setup : Percuma
  • Kadar transaksi PayPal - website, invoice & email:
    • Malaysia 3.9% + RM2.00
    • Overseas 4.4% + RM2.00
  • Global : 200 negara, termasuk Malaysia
  • Akaun Merchant : Percuma
  • Tukaran matawang : Bank tempatan
  • Bank transfer : Ya

Skrills



Dahulunya dikenali sebagai Moneybooker, kini Skrills juga antara yang menjadi pilihan pengguna 'PayPal alternatives'. Skrills menyokong banyak negara termasuklah Malaysia, dan yang menariknya Skrill tak mengenakan cas pada Penerima (personal account), tetapi 1% kepada Pembayar.
  • Kadar transaksi :
    • Personal account : Penerima bayaran = percuma
    • Personal account : Pembayar = 1% (hingga RM44.72 max) per transactiona
    • Business account : 2.9% + $0.29 per transaction
  • Global : 200 negara, termasuk Malaysia
  • Ekstra : Menawarkan Prepaid Master Card untuk tujuan online shopping

WorldPay


http://www.worldpay.com/

WorldPay antara servis online payment yang terawal bermula di Europe, juga antara servis termahal dengan kadar casnya dikira dalam matawang £ (Pound Sterling). Bagaimanapon WorldPay juga menyokong matawang Ringgit Malaysia, walaupon tiada sokongan kepada bank transfer.

  • Kadar transaksi : 3.95% per transaction
  • Bayaran setup : £75
  • Yuran bulanan : £19.95
Sesuai untuk business besar / serius, memerlukan dokumen perniagaan untuk apply.

Payment Gateway Not (Yet) Supporting Malaysian


Kategori ini juga antara yang top, tapi tak support negara-negara lain termasuk Malaysia.

Google Wallet


http://www.google.com/wallet/

Sebagai gergasi internet, tak lengkap seandainya Google tidak menyediakan servis paymentnya sendiri, maka itu lahirlah Google Wallet yang lebih memfokus kepada aplikasi Android apps. Namun setakat ini Google Wallet masih tidak menyokong negara selain dari US.. diharapkan servis mereka akan dapat diluaskan ke seluruh globe, supaya lebih kompetitif dengan PayPal.

Amazon Payment


https://payments.amazon.com/home

Amazon Payment adalah salah satu dari produk jenama Amazon sendiri, nama yang cukup terkenal yang memiliki hampir apa sahaja servis & perniagaan online yang mampu kita banyangkan. Mereka memiliki gedung online terbesar dunia, memiliki gadget tablet Kindle yang dikeluarkan dan dijual sendiri oleh mereka, menawarkan AWS cloud storage, memiliki beberapa site terkenal termasuklah site Alexa ranking. Malangnya Amazon Payment tidak begitu menyokong negara selain US (melainkan melalui international Credit Card).

Payment Gateway In Malaysia


Berikut antara top online payment (dari Malaysia) yang biasa diguna pakai untuk urusan perniagaan dalam Malaysia serta beberapa negara yang memiliki jenama mereka.

iPay88


http://ipay88.com/products.asp

Dimiliki oleh mobile88.com, ipay88 antara Payment gateway pilihan usahawan online di Malaysia malah sebahagian negara jiran rantau Asean. Mereka menawarkan beberapa plan sesuai untuk berbagai kategori business, dari SOHO, SME, Enterprise, Recurring Payments, Education, NGO, Hotel & Travel Agency, dan lain-lain.
  • SOHO Plan (Small Office Home Office)
    • Setup : RM488
    • Credit Card Merchant : RM900
    • Kadar transaksi : 4% (Credit Card / Internet Banking / Mobile Money / MEPS Cash / Webcash)
  • SME Plan (Small & Medium Enterprise)
    • Setup : RM488
    • Credit Card Merchant : RM900
    • Yuran tahunan : RM500
    • Kadar transaksi : 3% (credit card / online banking / Mobile Money), 2% (MEPS Cash / Webcash)

MolPay


http://molpay.com/


MOLPay menjadi pilihan popular online enterpreneur, premis-premis perniagaan di Malaysia dan beberapa negara di Asia. Tidak seperti ipay88, MOLPay menawarkan 1 plan sahaja untuk Merchants (penjual / penerima bayaran), iaitu Premium Plan, sesuai sekiranya perniagaan online anda mencecah RM5000 atau lebih transaksi sebulan.
  • Setup : RM400
  • Yuran Tahunan : RM499
  • Credit Card Merchant : RM900 (bank requirement)
  • Kadar transaksi : 3% per transaction (Credit Card, FPX, Internet Banking, MEPS Cash, Webcash, Mobile Money)

WebShaper



Sekiranya anda mencari-cari penyedia e-commerce store untuk perniagaan anda, boleh usha WebShaper di mana mereka menawarkan 3 jenis plan untuk online business anda - miniStore, sohoStore & bizStore.
Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk 'Payment Gateway Comparison' ini..


2 comments:

  1. Penah try pypl je. Skrills cam menarik lower fee plak tu, tapi service dia camner? Anda dah try SKRILLS personally ke? Boleh share pengalaman.. Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Just got my cheque for $500.

    Sometimes people don't believe me when I tell them about how much you can earn by taking paid surveys from home...

    So I took a video of myself actually getting paid over $500 for filling paid surveys.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.