Robot Terminator Bakal Menggantikan Manusia ?


Robot Atlast sedang diuji kepintarannya berjalan di atas permukaan tak rata.

Atlas Humanoid


Projek Atlas Humanoid ini oleh Boston Dynamic telah dibeli oleh Google, oh apakah ada kene mengena dengan Android..? ahh mungkin sekadar pada nama.. takde kene mengena dgn smartfon anda.. Robot ini memiliki kemampuan:
  • berjalan di atas permukaan bumi yang tak rata (uneven terrain)
  • mengelak halangan (avoid obstacle)
  • berlari di atas 'mesin larian setempat' (treadmill)
  • mengimbang dirinya sendiri ↓


Bagaimanapon pihak Boston Dynamics mengatakan Atlas masih dalam peringkat 'sekolah rendah' (school grade), tahun depan ia akan berada dalam peringkat kolej untuk menguji kemampuan dirinya sebelum ia boleh dikeluarkan atau lulus pengajian.. wow..!!

Projek Cheetah


Memiliki kemampuan berlari pantas, Robot Cheetah dimiliki oleh Pentagon, ini dikatakan agak menggerunkan kerana kemampuannya mencapai kepantasan mengatasi manusia terpantas dunia - Usain Bolt, dengan kelajuan hingga 45.5 kmj (28.3 mph).

Haiwan cheetah sebenar berkemampuan mencapai kepantasan antara 100 - 120 kmj pada jarak dan masa yang singkat. Jadi bayangkan kemampuan Robot Cheetah ini sekiranya ia dinaik taraf ke 2 - 3 kali ganda kelajuan sekarang, sudah pasti ia akan mengatasi kepantasan haiwan cheetah bahkan mampu berlari lebih jauh dan lebih lama dari cheetah sendiri. Bagaimanapun Cheetah ini masih belum mampu berlari sendiri, tanpa sokongan bantuan keseimbangan?

Projek Wild Cat


Projek Wild Cat dibangunkan selepas Projek Cheetah, merupakan antara kemajuan Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence) di bangunkan oleh Boston Dynamics mungkin untuk meningkatkan kebolehan yang dimiliki oleh Projek Cheetah.


Ia memiliki kemampuan:
  • berlari sendiri tanpa sokongan (seperti Cheetah)
  • berlari seperti seekor haiwan berkaki empat pada kelajuan 25.7 kmj (16 mph)
  • berlari ke hadapan & belakang (forward & reverse)
  • berlari ke berbagai arah - lurus, korner, pusing
  • melompat
Bila ianya disatukan dengan kemampuan Cheetah pasti ia lebih menggerunkan lagi serta menjadi antara aset Pentagon masa depan, bayangkanlah sendiri kemungkinannya..

Projek Big Dog


Selain dari berkemampuan berjalan dan berlari, Big Dog juga memiliki kebolehan mendaki dataran condong serta membaling objek kepada sasaran dengan tepat. Mungkin sesuai dalam operasi menyuraikan rusuhan atau sepertinya.

Sand Flea


Sand Flea adalah robot melompat yang boleh melompat naik ke 1 tingkat bangunan dan dikatakan juga mampu:
  • mencapai hingga 30 kaki (9 meter) tinggi
  • boleh beroperasi pada kedua-dua belas - atas & bawah (upside down)

Projek RHex


RHex dicipta untuk beroperasi pada semua keadaan permukaan bumi hingga yang paling extreme pon ia mampu bergerak mengikut kawalan FR. Mungkin sebutan RHex ini adalah 'ratx' atau tikus, sesuai sangatlah tu..


credit: Boston Dynamics, Gizmodo

No comments:

Powered by Blogger.