4 Sunnah Sebelum Tidur (update, status PALSU)



********* UPDATE *********
Hadis di BAWAH dikatakan sebagai PALSU dalam beberapa sumber yang penulis jumpa di internet, antaranya:
********* ↓ UPDATE ↓ *********

Pesan Sayidina Rasulullah s.a.w kepada isteri baginda Sayidatina Aisya r.a. sebelum tidur..
"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara" iaitu:

1. Sebelum Khatam Al Qur'an
2. Sebelum Memohon Syafaat dari Para Nabi
3. Sebelum Memohon Keredhaan dari Para Muslimin
4. Sebelum Menunaikan Haji & Umrah

Bertanya Aisya r.a. (dalam keadaan keliru dengan 4 perkara tersebut)..
"Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika dalam semalam?"

Rasulullah s.a.w. tersenyum (memahami kekeliruan isteri baginda Aisya r.a.), dan bersabda..
"Jika engkau tidur..


1. Bacalah Surah Al Ikhlas 3 kali

Seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an
(Bismillahirrahmanirrahim. Qul HuAllahu Ahad, AllahusSamad, Lamyalid walamyuulad, Walam yakullahu kufuan Ahad.) 3x


2. Berselawat Untukku (Nabi Muhammad s.a.w.) & Para Nabi

Maka kami semua (Rasulullah s.a.w. & Para Nabi) akan memberi syafaat di hari kiamat.
(Allahumma Solli a'laa Muhammad, Wa'alaa alii Muhammad)
Seumpama kita telah memohon syafa'at dari sekelian para nabi


3. Beristighfarlah Untuk Para Muslimin & Muslimat

Maka mereka akan meredhai mu.
(Astaghfirullah al-A'dzim, allazi laa ilaaha Illa wal Haiyul Qaiyum wa atuubu ilaih)


4. Dan Perbanyakkanlah berTasbih, berTahmid, berTahlil, berTakbir

Maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah Haji & Umrah
(Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ilaaha Illallah, Wallahu Akbar)

Semoga kita dapat manfaat dari hadis ini dan mampu mengamalkannya, insyaAllah..

Wallahu'alam

dari Ustaz Ghazali, Dikir Zikir 30 Nov 2013, TV AlHijrah

********* ↑ UPDATE ↑ *********
Hadis di ATAS dikatakan sebagai PALSU dalam beberapa sumber yang penulis jumpa di internet, antaranya:
********* UPDATE *********



Nota:

Walaupon dikatakan Hadis ini PALSU, tetapi penulis mendapatnya mula² sekali dari Ustaz Ghazali Ibrahim dalam rancangan Dikir Zikir, TV Al Hijrah (spt yg tercatat pada nota kaki text di atas) yg penulis tonton suatu masa dulu.

Penulis TIDAK membuang atau DELETE post ini sebab untuk menJADI RUJUKAN pula kepada pihak lain supaya mereka juga tahu akan STATUS Hadis 4 Sunnah Sebelum Tidur ini sebagai PALSU.. sebab kalu penulis terus buang, maka orang lain mungkin boleh dapat dari blog yg lain..

Wallahua'lam..




Doa sebelum dan selepas bangun tidur.

Doa Sebelum Tidur



Doa Bangun Tidur



Semoga bermanfaat..

No comments:

Powered by Blogger.