Pertukaran Nama Pembayar / Sender Google AdSense



Update 6 Jan 2014
Pertukaran nama Sender / Pengirim AdSense dari GOOGLE INC. kepada Google cawangan. Baru-baru ni Google telah melakukan upgrade kepada semua produknya, dari Google Search yg memperlihatkan logo 'flat design'nya, kepada penaikan taraf (upgrade) sistem Gmailnya antara lain yang mengkelaskan beberapa folder seperti Social, Promotions, Priority Inbox dan lain-lain. Begitu juga Google Plusnya yang ditambah beberapa ciri baru dan tak ketinggalan juga perubahan pada User Interface (UI) serta upgrade sistem AdSense.

Anda (dan saya) sebagai pengguna Adsense atau 'Adsense Publisher', mungkin sudah pon menerima perubahan peningkatan sistem pada akaun Adsense anda. Sekiranya ya, sila baca seterusnya, kerana anda mungkin menghadapi masalah untuk menerima pembayaran Adsense melalui Western Union (WU) setelah berlaku perubahan pada nama Pembayar / Sender.

Perubahan pada Adsense ini sedikit sebanyak telah menyebabkan sebahagian pengguna (publisher) menghadapi kesukaran ketika menuntut pembayaran via Western Union (WU). Kerana Google telah 'menyerah tugas' pembayaran tersebut kepada cawangannya mengikut zon-zon publisher itu sendiri. Seperti saya dan mungkin juga anda publisher di Malaysia adalah mengikut zon Google Asia Pacific.

Sila cek di akaun Adsense anda, login and go to..

> Home
> View Payment (top right) | Payment History (u are here)
> (find this) → Automatic payment: Western Union. 00XXXXXXXX. Status: Issued
note: hanya akan kelihatan bila pembayaran anda telah dikeluarkan sahaja. (this will only appear when your payment being issued).

Kemudian lihat Alamat Google yang mengeluarkan payment tersebut (lihat image di bawah).
Andai Google Asia Pacific di alamat tertera, bermakna 'Sender' atau Pengirim anda telah berubah dari GOOGLE INC seperti sebelum ini kepada..
  • Pengirim / Sender : GOOGLE IRELAND LTD. (at last name box).
  • Bandaraya / Negara Kiriman Dibuat : DUBLIN, IRELAND.
seperti mana yang dinyatakan sendiri oleh Google Product Forum.

Cara untuk menuntut bayaran Adsense melalui Western Union Receive Form

Receive AdSense via Western Union form

Image di atas (sample sahaja, bukan nama sebenar) dari form Western Union cawangan Public Bank, mudah, kurang ada masalah offline (seperti CIMB), public bank juga selalunya pantas tanpa menunggu lama.

Bagaimanapon perubahan kepada Google Ireland Ltd ini hanya untuk zon pengguna dari Asia Pacific sahaja, termasuklah negara: Cambodia, China, Indonesia, Malaysia, Nepal, Pakistan, Singapore, South Korea, Taiwan, Thailand, Vietnam.

Semoga bermanfaat..

1 comment:

  1. terima kasih pakcik
    hari ni awak datang ke western union cabang terdekat, setelah form pengambilan uang semua saya isi dengan lengkap, ternyata cs menolak dengan alasan nama sender tidak sesuai dengan aslinya.
    dimana nama sender saya tulis dengan lengkap sperti alamat google asia pasific.

    setelah membaca informasi pakcik ini, saya akan coba untuk memakai nama sender sperti diatas..

    wish me luck
    salam dari Indonesia

    ReplyDelete

Powered by Blogger.