Kisah Hidayah 1

Kisah-kisah manusia terpilih yang mendapat Hidayah Allah. Mereka dari kalangan kaum Cina, India, Serani dan lain-lain kaum yang asalnya berkepercayaan Buddha, Hindu, Kristian, Athies dan lain-lain kepercayaan yang akhirnya dengan izin Allah mereka kembali kepada fitrah Islam. Syukur Alhamdulillah.. ikuti kisah² mereka..

Muhammad Yusuf Ong Abdullah (Ong Liang Fatt)

Pengalaman lebih 15 tahun mengendalikan hal ehwal saudara kita, akui Yusuf Ong sarat dengan pelbagai insiden dari yang mudah sehinggalah yang melibatkan keselamatan nyawa beliau sekeluarga. Namun, semua itu tidak mematahkan semangat Yusuf Ong yang sebelum ini merupakan Pegawai Mubaligh di Bangunan SUK, Shah Alam sejak 1991.

Katanya, pengalaman diserang sekumpulan gangster yang bersenjata api adalah antara insiden yang masih terkesan hingga hari ini. Apa tidaknya, masa itu baru beberapa tahun bekerja dan ia berlaku pada lewat tengah malam di sebuah rumah perlindungan mualaf di Shah Alam. Kami dituduh melarikan anak mereka, sedangkan pengislaman yang dilakukan adalah atas kerelaan dan kehendak saudara baru itu sendiri dan tiada unsur paksaan. “Oleh kerana itu, keluarga asal mualaf berkenaan sanggup menggunakan apa cara sekalipun agar dapat mengembalikan mereka kepada agama asal,” katanya.

Menurut Yusuf Ong lagi, kalau setakat cacian, makian, debat dan ugutan itu semua lumrah dihadapi setiap kali berhadapan dengan golongan yang tidak memahami ajaran Islam yang sebenar serta melihat Islam dari sudut yang kurang berapa tepat.. Baca Seterusnya - UtusanOnline 2007

----------

Pencarian Tuhan Mohd. Syukri (Yeoh Cheng Teik)

Persoalan seperti siapakah Pencipta alam ini, peredaran siang dan malam, objek sembahan, kewujudan alam semesta dan makhluk di muka bumi ini sentiasa berlegar-legar dalam fikiran Yeoh Cheng Teik biarpun pada masa itu usianya baru mencecah 11 tahun.

Perasaan ingin tahu yang meluap-luap inilah mencetuskan semacam satu semangat dan kekuatan dalaman untuknya mencari jawapan serta kebenaran waima pencarian yang dilalui itu secara sendirian dan tanpa pengetahuan keluarga.

Malah akui Pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd. Syukri Yeoh Abdullah, 43, matlamat pencariannya hampir 32 tahun lalu itu tidak tertumpu kepada satu agama sahaja tetapi dengan membuat perbandingan menerusi pelbagai agama anutan utama rakyat Malaysia seperti Hindu, Buddha, Kristian dan Islam.

“Saya masih ingat pada usia yang dianggap masih terlalu muda dan mentah itu saya telah mencari bahan-bahan berkaitan serta masuk ke mana sahaja rumah ibadat seperti tokong, gereja, surau dan masjid demi mencari jawapan kepada kemusykilan yang berserabut di kepala.. Baca Seterusnya - UtusanOnline 2006

----------

Ann Wan Seng


Berbesar hati berkongsi dua peristiwa bermakna setiap kali tiba hijrah cerita Ann, detik paling bermakna ialah penghijrahan akidah yang dilalui pada akhir 1996. Jika sebelum ini beragama Buddha tetapi hidayah Allah menjadikan beliau seorang Muslim.

Perubahan ini, turut disusuli dari segi lain seperti sikap. Sebelum ini sedikit kasar dan keras terutamanya kepada ibu bapa tetapi penghijrahan akidah itu sekali gus membawa kepada perubahan yang lebih menyeluruh menuju peribadi Muslim sebenar.
Di samping itu, akui Ann, penghijrahannya turut mengimbau perpindahan beliau ke rumah baru pada tahun yang sama. Baginya biarpun nampak biasa tetapi perpindahan itu bukan sahaja memberi azam baru malah ia satu alamat yang cukup baik iaitu ia bersih, tersusun dan kebetulan memiliki kejiranan majoriti berbangsa Cina. Ia secara tidak langsung, memerlukan seorang yang mengakui Islam perlu menjaga hak-hak mereka sebagai jiran.. Baca Seterusnya - UtusanOnline 2007

----------

Nur Aisyah Haw (Haw Mei Ling)

Bergelar ibu tunggal beranak tiga iaitu antara usia tujuh hingga 13 tahun, bukanlah sesuatu yang mudah bagi Mei Ling atau nama Islamnya, Nur Aisyah Haw Abdullah. Namun, itulah hakikat yang terpaksa diterima dan dipikul, waima usia belum mencecah 30 tahun ketika itu. Pada masa itu, ramai di kalangan yang mengenalinya menganggap tindakan Mei Ling bercerai dengan bekas suami adalah satu tindakan yang tidak bijak. Pun begitu, demi masa depan dan keselamatan anak-anak, dia lebih rela bersendirian membesarkan anak-anak yang semakin memerlukan perhatian dan kasih-sayang.

“Tidak ada wanita yang sukakan perceraian. Tetapi kalau sudah nasib badan, apa yang kita boleh buat. Tambahan pula jika mendapat suami yang tidak bertanggungjawab. Kalau dahulu saya berasa sedih juga bila diri bergelar ibu tunggal,” katanya.

Kini, sudah tidak lagi. Memanglah kehidupan pada masa itu teruk dan penuh kesempitan. Saat paling menyedihkan apabila terpaksa menghantar ketiga-tiga anak ke rumah kebajikan persendirian kerana desakan hidup. Namun apa yang tidak saya ketahui, dalam kesusahan dan ujian perit Allah itu, ada hikmah di sebaliknya. Baca seterusnya - UtusanOnline 2008

----------

Mohd. Khairi Yap (Yap Mon Fong) Pilih Islam Selepas Puas Mengkaji

Selama 29 tahun menganut Kristian, Islam yang diketahuinya mengandungi pelbagai kekurangan dan cukup sinonim dengan elemen keganasan di kalangan penganutnya demi mencapai matlamat penyebaran dakwah. Bagaimanapun, sudah menjadi fitrah kepada manusia yang sempurna akalnya untuk mencari kepastian dan kebenaran di atas setiap persoalan yang timbul mengenai agama yang dianutinya dan juga agama yang ‘diperhodohkan’ iaitu Islam.

Semangat mencari kebenaran itu semakin menebal apabila beberapa kekeliruan dan kemusykilan yang timbul di dalam agama yang dianutinya gagal dijawab secara logik dan realistik. Justeru, perasaan was-was dan curiga mula timbul di benak fikiran dan jauh di sudut hati Mohd. Khairi atau nama asalnya sebelum ini, Yap Mon Fong terhadap kesucian dan kebenaran agama berkenaan.

“Hati saya menjadi bercelaru dan berada dalam dilema kerana jika Islam itu agama tidak elok kenapa begitu ramai penganutnya di seluruh dunia dan setiap sesuatu yang mempunyai kaitan dengan Nabi Muhammad juga menjadi ikutan utama dan tempat rujukan semua penganut agama Islam sehingga kini,” katanya kepada Mega, baru-baru ini.. Baca seterusnya - UtusanOnline 2007

----------

Mohd Tahir Abdullah (Thai Bantheth) - Dari Sami Kepada Muslim

Hasrat Thai Bantheth, 25 (2008), yang meninggalkan kampungnya, Chap di Kemboja untuk ke China bagi mendalami ilmu dan pulang sebagai sami Buddha.
Dalam perjalanan untuk ke negeri China itu pada tahun 2003, dia dan rakan-rakan terpaksa tinggal dalam keadaan agak sukar di Thailand lebih tiga bulan bagi menunggu mendapatkan kebenaran memasuki negara itu.
''Kami merasa amat bosan kerana tidak mendapat sebarang kepastian sehingga akhirnya mengambil keputusan memasuki Malaysia kerana mempunyai saudara angkat di Selangor," katanya. Baca seterusnya - Utusan 2008

----------

Tarik Preston

KISAH hidayah anak muda bernama Tarik Preston boleh dikategorikan sebagai satu yang unik. Semuanya berpunca daripada nama Tarik yang diberikan oleh ibu bapanya sebaik dia dilahirkan. Ini kerana nama Tarik itu adalah nama yang kebiasaannya jarang menjadi pilihan rakyat Amerika, berbanding dengan rakyat Amerika Afrika dek kerana ketara nilai keislamannya.

Sepanjang membawa nama tersebut, banyak kali juga dia bertemu dengan mereka yang memiliki nama serupa ataupun mereka yang mengetahui makna nama tersebut. Ada juga yang ditemui menanyakan Tarik: "Kamu tahu ke erti nama kamu itu?" Dengan selamba dan berbangga dia membalas spontan: "Tahu, bintang yang menyebarkan cahaya terang". Ada ketikanya Tarik akan menokok tambah dengan kisah sejarah Islam mengenai ketokohan Tariq bin Ziyad yang terkenal dengan kisah penaklukan beliau ke atas kota Sepanyol pada 711 sebelum Masihi.

Cerita pemuda yang memeluk Islam ini pada tahun 1988 dalam usia yang dikira muda iaitu 19 tahun itu lagi, ironinya walaupun dia mengakui akan fakta penting daripada makna namanya itu, dia masih belum mengetahui akan signifikan nama Islamnya itu sehinggalah dia bergelar pelajar kolej. Baca seterusnya - UtusanOnline 2011 | Read English version

----------

No comments:

Powered by Blogger.