Muhammad


Kisah kontroversi filem berkenaan 'Innocence of Muslims' yang sengaja dibuat untuk memburuk-burukkan Nabi Muhammad s.a.w. dengan berniat jahat untuk mensabotaj Islam. Namun sebenarnya mereka ini gagal untuk melemahkan dan gagal meruntuhkan akhlak umat Islam secara keseluruhannya. Peristiwa pembunuhan duta Amerika di Libya dan beberapa orang terkorban oleh pengeboman puak pelampau yang dikatakan sebagai protes terhadap filem tersebut hanya membuatkan masyarakat dunia sekali lagi ditempelak secara tak langsung untuk mengetahui apakah sebenarnya yang tersurat disebalik nama yang begitu masyhur di seluruh dunia ini (hatta di seluruh alam), iaitu nama yang menjadi 'keyword' pencari maklumat sebenar - Muhammad s.a.w. (peace be upon him).

Analisa


Tragedi 11 Sept - WTC

Sejak dunia di kejutkan dengan tragedi 11 September 2001, masyarakat dunia mengecam umat Islam kononnya dikatakan pengganas akibat serangan 11 September tersebut. Namun hingga kini 'pemerhati berkecuali' masih mempersoalkan hakikat sebenar siapa penyerang ke atas World Trade Center di New York tersebut. Bagaimana runtuhnya bangunan berkembar WTC itu boleh runtuh (seolah-oleh) secara terancang. Bagaimana terancangnya serangan 3 buah pesawat American Airlines boleh digunakan dalam trajedi tersebut.. dan berbagai-bagai persolan ditimbulkan. Sila rujuk 9/11 - Eleven Years & Still Many Questions Remain.

Pelukis Karikatur Mohd

Begitu juga beberapa tahun lepas timbul pula kedengkian sesetengah individu yang cuba menunjukkan kononnya kreativiti melalui lakaran katun 'Muhammad' (kononnya). Hingga hampir seluruh dunia melakukan protes atas sikap melampau kartunis tersebut bernama Westergaard dan kononnya wujud beberapa ugutan ke atasnya untuk dibunuh kerana keengganannya meminta maaf dan tak mahu menarik balik apa yg dilukisnya hingga menimbulkan kemarahan seluruh umat Islam. Akhirnya dia dilaporkan mati terbakar secara misteri akibat perbuatannya (namun pihak mereka cuba menutup kisah tersebut). Sila search.

Hikmah

Walaupon mereka menyerang Islam dengan menghina, mencemar dan mensabotaj kesucian Al-Qur'an serta kemuliaan bagina Nabi Muhammad s.a.w., hakikatnya mereka GAGAL melalui 'serangan²' tersebut. Kerana sesungguhnya Allah telah berjanji akan memelihara Islam, Al-Qur'an dan kemuliaan RasulNya, Muhammad s.a.w. Kita lihat bagaiman kebangkitan Islam di Amerika dilaporkan hingga 20 ribu orang kembali kepada Islam setiap tahun hanya di negara terjadinya tragedi 11 Sept tersebut. Search 20 thousands convert every year.

Dan baru-baru ni penulis dapat info dari seorang ustaz masa kuliah maghrib di sebuah surau di KL (area damansara), kami diberitahu oleh ustaz tersebut (yang mendapat info), beribu lagi rakyat US mula hadir ke pejabat agama di US sana untuk melafazkan syahadah setelah diberi hidayah melalui kes filem 'menghina nabi' ini..

Bagaimana mereka dapat hidayah..Sedangkan filem tersebut memburuk-burukkan manusia bernama 'Muhammad'..?

Persoalannya adalah 'Siapakah Lelaki Bernama Muhammad Ini' pada pemikiran mereka.. (anda yg masih tak tahu / non Muslim, boleh rujuk links Sejarah Hidup Nabi Muhammad di perenggan bawah). Mereka ini adalah 'orang² yang diberi mata dan mereka melihat, diberi telinga dan mereka mendengar, diberi akal dan mereka berfikir, diberi hati dan mereka memilih yang haq (benar)'.

Sebab asal sahaja timbul isu tentang nama manusia hebat ini maka akan timbullah isu diseluruh dunia, khususnya isu berkaitan Islam. Maka tak hairanlah sesiapa yang benar² mencari kebenaran akan mencari kisah sebenar tentang lelaki bernama Muhammad bin Abdullah ini - The Life of Muhammad The Prophet s.a.w (peace be upon him).

Benarlah janji Allah, betapa hebat mereka cuba memburukkan Islam, Al-Qur'an dan Nabi Muhammad s.a.w pon, mereka tidak mampu menyekat keagungan Islam kerana itulah kebenarannya, dan hanya mereka yang benar-benar ikhlas ingin mencari kebenaran dan ingin mengetahui hak yang benar dari yang palsu (bathil) akan dapat hakikat kebenaran tersebut. Mereka yang ikhlas mencari kebenaran akan diberi hidayah oleh Tuhan mereka. Dan beruntunglah orang² yang mencari kebenaran, mereka akan dipimpim oleh Tuhan mereka ke jalan yang lurus.

-:-:-:-:::☼:::-:-:-:-

Firman Allah dalam Al-Qur'an, Surah Al Kahfi, ayat 109 & 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". [18:109]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang salih, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". [18:110]

(english)
Say (oh Muhammad): "If the ocean were ink (wherewith to write out) the words of my Lord, sooner would the ocean be exhausted than would the words of my Lord, even if we added another ocean like it,for its aid." [18:109]

Say (oh Muhammad): "I am but a man like yourselves, (but) the inspiration has come to me, that your Allah is one Allah. whoever expects to meet his Lord, let him work righteousness, and, in the worship of his Lord, admit no one as partner." [18:109]

Sesiapa yang benar-benar ikhlas membaca buku kisah / Sejarah Hidup / Biografi / Sirah Nabi Muhammad s.a.w dari mula sampai habis pasti akan mengalirkan airmata atau sekurang-kurangnya tersentuh dengan kisah benar ini.. semoga kita diberi petunjuk yang benar, mendapat hidayahNya.. insyaAllah..


img credit: Yusuf Islam (Cat Steven)'s CD / book | http://www.bookworld.com.au
note: Yusuf Islam is 1 of my inspired story of his journey from darkness to light

No comments:

Powered by Blogger.