Minda Separa Sedar - Brainwaves
Saya cuba menghuraikan apa itu Alpha & Theta dalam berbincang tentang Minda Separa Sedar (sila rujuk post terdahulu) - Subconscious Mind, cabang dari ilmu psikologi mengikut kefahaman saya sendiri.
Teknik 'Subconscious Mind To Removes Pain' yang diajar oleh seorang pakar subconscious mind yg pernah saya kenali dulu, melatih kami guna kaedah relaksasi (relaxation), yg mana kita kena masuk dalam Alam Alpha, kondisi relaks hingga gelombang otak (brainwave) kita, berada dalam gelombang perlahan dari normal.
Beta
Kondisi otak & minda dalam kondisi normal, dalam persekitaran atau pemikiran yang sibuk, tidak rileks. Tahap Beta ini tak perlulah kita bincangkan, mari kita terus ke level seterusnya - Alpha.
Alpha
Dalam kondisi ini - 'Alpha State' ← (sila search) atau berada dlm Alam Alpha, kita berada dlm keadaan relaks. Pendek kata keadaan yang sangat rileks, otak kita tak berfikir perkara² lain, hanya fokus pada satu perkara dengan tenang, (contoh menonton movie dengan begitu asyiknya), ketika ini gelombang otak (brainwave) kita berada sekitar 8 - 12 cycle/second (hertz), berbanding normal 13 - 25 cycle/second.
Membaca juga membawa otak / minda kita kepada kondisi rileks dan fokus pada pembacaan. Amalan membaca mampu membawa kita masuk ke dalam 'Alpha state'. Bila kita membaca sesuatu kisah, kita mudah terbawa ke dalam hayalan kisah tersebut.
Ya otak kita adalah super prosessor komputer yang memproses maklumat seperti prosessor pc yg dikira dlm 'hertz' atau 'megahertz'. Dalam level Alpha inilah kita boleh memberi saranan kepada minda kita untuk menerima suatu arahan (suggestion).
Theta
Bagaimanapon sekiranya kita lebih rileks lagi, iaitu mengosongkan minda kita terus dari perkara² luaran / lain, kita akan masuk ke dalam Minda Bawah Sedar yang lebih dalam lagi (deeper Subconscious mind), tahap ini dipanggil Theta iaitu gelombang otak kita sekitar 4 - 7 hertz. Tapi awas pada tahap ni kita akan mudah tertidur.. sebab di tahap Theta otak kita tidak dipengaruhi oleh persekitaran luar, seolah-olah kita hampir² tertidur, tapi masih sedar. Pada tahap ini jugalah Minda Separa Sedar kita lebih kuat / aktif dari tahap Alpha.. dan lebih mudah 'memberi arahan' (suggestion) kepada otak / minda kita akan apa yang kita mahu. Ketika ini jugalah dikatakan kita berada dalam keadaan khusyuk, sangat sesuai untuk berdoa.
Note:
Dalam Islam kita disuruh utk Khusyuk dalam solat & berdoa, ketika inilah iaitu bila mana otak / minda kita rileks (brainwave) slow, iaitu kita berada di Alpha, maka kita akan mudah khusyuk, fokus pada apa yg kita hajatkan.. ketika ini jugalah 'bluetooth' kita connected kpd Allah s.w.t dan yakinlah doa kita sedang sampai & diterima olehNYA.
ÙˆَÙ‚َالَ رَبُّÙƒُÙ…ُ ادْعُونِÙŠ Ø£َسْتَجِبْ Ù„َÙƒُÙ…ْDan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan doa permohonan kamu." [Ghafir / Al Mu'min 40:60]
Delta
Delta adalah tahap yang jauh lebih rileks lagi, iaitu tidur nyenyak. Pada tahap ini apa-apa arahan kepada otak / minda sudah tidak berkesan.. abaikan.
Minda Separa Sedar - Alpha & Theta
Sila latih diri anda untuk mudah berada dalam Alam Alpha (Alpha State) secara sedar, atau sampai ke tahap Theta tapi hati² jgn sampai tertidur lak, untuk memudahkan anda melakukan sesuatu arahan kepada minda. Bagi tujuan ini saya cuba untuk menghilangkan rasa sakit gigi melalui teknik yg juga dipanggil 'Mind Programming'.
Setelah anda benar² berada dalam Alpha, iaitu relaks, tenang, sila berimaginasi anda berada di suatu tempat yang sangat cantik, aman damai, angin bertiup nyaman (contoh di sebuah pulau, ditepi laut yg sgt cantik) dengan suasana yg begitu nikmat anda enjoy tanpa gangguan. Saya sering berimaginasi berada dalam lautan yg sangat indah menyelam (tanpa apa² alat menyelam) bersama ikan² dan penyu menyelam bebas, berpusing, ke atas, ke bawah, meyelam terbalik, menikmati suasana dasar lautan yg umpama syurga, bebas, rileks.
Anda perlu latihan untuk capai level ini.. imiginasi, dreams.. ulang lagi, mungkin ambil masa beberapa hari sampai anda betul² berada dlm ketenangan melalui imiginasi ciptaan anda. Anda akan dapat rasa imiginasi itu sebagai 'real' bila anda selalu berlatih. Lama kelamaan anda akan mudah untuk masuk dlm imiginasi anda dan imiginasi anda terasa semakin indah dan semakin menarik. Ketika inilah anda berjaya meletakkan diri anda berada dalam Alpha State. Tapi ingat jangan sampai anda tertidur.. sebab kalau anda tertidur bermakna anda sudah terbabas ke Alam Delta (Delta State) iaitu dah tertidur.
Brainwaves are vary among us |
Ini adalah 4 tahap Gelombang Otak kita yg menunjukkan 4 tahap keadaan / kondisi tubuh kita.
- Beta - normal / sedar : 13 - 30 hertz (fully alert)
- Alpha - rileks : 8 - 12 herts
- Tetha - super rileks / hampir² tidur : 4 - 7 hertz
- Delta - tidur nyenyak : 0.5 - 3.5 hertz (level ni tak perlu laa kita citer, ni kira dah tidor siap berkeruh lg.. huhu)
Di tahap Alpha (rileks), atau Tetha (lebih mendalam rileks), anda perlu mula memainkan peranan untuk memberi 'arahan' (suggestion) kepada otak / minda anda supaya diri anda akan menerima arahan otak / minda anda. Arahan inilah yang penting perlu diberikan kepada minda supaya minda akan menerima dan PERCAYA (Believe) setiap arahan anda sendiri. Arahan kepada minda perlu diberi dalam keadaan rileks iaitu di tahap Alpha (atau Theta). Minda kita akan mudah menerima arahan ditahap ini sebab gelombang otak seolah² sedang terbuka untuk menerima maklumat baru. Dan setiap maklumat yg diterima dlm kondisi rileks ini akan disimpan sebagai maklumat yg 'Benar'. Teknik ini Mind Programming memerlukan pengulangan (repeatition).. supaya arahan kepada minda tu akan benar² 'konfirm' atau melekat dalam minda kita.
Apakah arahan tersebut..? Arahan (suggestion) itu adalah perkara utama (key element) yg anda mahukan daripada diri anda. Dalam kes saya ini (sebagai contoh) adalah arahan untuk menghilangkan sakit gigi. Teknik mengarahkan otak / minda saya supaya gigi saya tak sakit dan saya perlu buat minda saya terima arahan (maklumat itu) dan percaya gigi saya sihat seperti sediakala.
Kita perlu memberi arahan hingga otak / minda kita benar² percaya seolah² kita percaya kepada 'apabila kita makan, kita akan kenyang'. Ini adalah teknik dalam bidang ilmu psikologi, anda boleh search.
Jadi diringkaskan semula kaedah 'removes pain' - rileks - masuk alpha - beri arahan - ulang sampai berjaya.
Dalam teknik menghilangkan sakit gigi ini, saya try - rileks (walaupon sukar tengah sakit berdenyut²) - masuk alpha - saya membayangkan saya boleh masuk dalam tubuh saya sendiri, sebagaimana saya berimiginasi (berenang bersama ikan & penyu) tadi, saya pergi ke area yg sakit tu dan saya buang 'benda²' yg menyakitkan tu. Dalam keadaan rileks (berada dlm alpha) dgn mata terpejam saya bayangkan saya (seperti super hero berenang kedalam jasad saya sendiri) dgn tangan saya mengambil, menggenggam dan mencampakkan 'benda yg sakit' tu keluar.. saya ulang² sampai saya yakin benda tu dah tiada lagi mengganggu jasad saya (arahan ke atas minda).
Alhamdulillah.. bersyukurlah setelah anda berjaya, nescaya Tuhanmu akan menambahkan nikmat ke atasmu.. wallahu'alam..
p/s: sekiranya anda begitu asyik membca post ini dgn khusyuknya, bermakna anda sdg berada dlm Alam Alpha ;)
penafian: huraian ini adalah sebagai rujukan peribadi sahaja, penulis tidak bertanggungjawab andai teknik atau info ini tidak bersesuaian dengan sesiapa.
hey your blog design is very nice, clean and fresh and with updated content, make people feel peace and I always like browsing your site.
ReplyDeletethanks ; )
ReplyDeleteit's just the template layout i used..
With RentalCars you can get affordable rental cars from over 49000 locations across the globe.
ReplyDelete