Keris Berdiri
Pernahkah anda melihat 'Keris Berdiri' seperti yang pernah ditunjukkan dalam TV suatu masa dulu..? Kalau anda perasan diorang guna sarung keris sebagai support supaya keris tu tegak, berdirilah kononnya.
Gambar ni menunjukkan beberapa 'keris tiruan' iaitu keris yang dibuat untuk tujuan perhiasan semata-mata. Dibuat dari besi-besi terpakai dari spring lori terbuang (seperti yang diberitahu oleh pemiliknya, yang membeli secara borong dari negara jiran).
Gambar di atas adalah sebahagian keris yang boleh diberdirikan, mungkin balancingnya sesuai, iaitu pusat gravitinya berada dalam kedudukan yang sesuai. Usaha mendirikan keris-keris ini hanya mengambil masa beberapa saat sahaja bila kita sudah tahu skill nak seimbangkannya.. dan yang penting sarung keris tu mesti ada sebagai penyokong. Namun tak semua jenis keris yang boleh diberdirikan, kalau keseimbangan pembuatannya tak sesuai.
Tapi andai anda pernah tengok keris berdiri tanpa sarung, mungkin masih menggunakan teknik balancing yang tepat atau bantuan 'pihak ketiga'. Kalau anda pernah tengok keris bergerak dan menari-nari sendiri, mmg ada pihak ketiga.. tak perlu rasa hairan, tak perlu takjub.. Ingat kisah Nabi Allah Musa a.s. berdepan dengan berpuluh² ular ahli sihir Firaun..? Semuanya tewas dengan mukjizat tongkat Nabi Musa a.s. Dan ingatlah bahawa mukjizat terbesar dari segala mukjizat - Al Qur'an.

Dalam video di atas adalah di rumah sahabat, dia adalah designer ditugaskan utk buat pamphlet keris-keris tersebut utk customer dia. Pihak customer dia bagi beberapa bilah keris utk di fotokan utk tujuan design pamphlet tersebut. Kata dia, keris-keris tu takde unsur-unsur asing pon sebab dibuat dari besi terpakai, spring lori katanya, sekadar utk tujuan jualan koleksi perhiasan oleh customer dia. Si designer ni time dah habis keje sebelum keris-keris tu dipulangkan semula, dia bereksperimen utk mendirikan keris-keris tu lepas tgk majalah 3 yg kononnya misteri nusantara.. lol..
Moralnya, jangan rosakkan minda kita ☺
No comments: