Hadis - Dinar


Dinar Emas dikenali sejak zaman perniagaan Arab Makkah lagi hingga berkembang dizaman Rasulullah SAW. Berikut adalah antara Hadis Nabi SAW berkaitan perbelanjaan yang paling afdhal (terbaik) dari hasil rezeki kita..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ " 
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
  • 1 dinar yang kamu belanjakan di jalan Allah,
  • 1 dinar yang kamu belanjakan untuk membebaskan hamba, dan
  • 1 dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin, dan
  • 1 dinar yang kamu belanjakan kepada ahli keluarga kamu.
Yang paling besar pahalanya ialah yang kamu belanjakan untuk keluarga kamu.
[Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, Hadis No: 995]
Dalam riwayat Imam Al Bukhari pula..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: أَرْبَعَةُ دَنَانِيرَ: دِينَارًا أَعْطَيْتَهُ مِسْكِينًا، وَدِينَارًا أَعْطَيْتَهُ فِي رَقَبَةٍ، وَدِينَارًا أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللهِ، وَدِينَارًا أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ، أَفْضَلُهَا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ  
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
4 jenis dinar:
  • Dinar yang engkau berikan kepada orang miskin,
  • dinar yang engkau berikan untuk membebaskan hambar,
  • dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dan
  • dinar yang engkau belanjakan untuk keluarga engkau.
Yang paling afdhal ialah yang engkau belanjakan untuk keluarga engkau.
[Sahih Bukhari, Kitab Al-Adab Al-Mufrad, Bab Nafqah Al-Rajul 'Ala Ahlihi, No: 751].


Moral:
Janganlah kita berkira apabila membelanjakan keperluan untuk keluarga kita, sesungguhnya setiap sen, setiap ringgit yang kita korbankan untuk keperluan keluarga kita hanyalah kerana Allah, dan pastinyalah Allah akan memberi balasan dan keberkatan ke atas setiap rezeki dan keluarga kita. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pemberi Rezeki, Pemberi Rahmat, Pemberi Pahala, Pemberi Pengampunan.. wallahua'lam.






No comments:

Powered by Blogger.