Sabar vs Syukur
Sabar (Patience) & Syukur (Gratitude)..
Andai kita sedang bersedih atau kecewa atas sesuatu masalah, apakah yang kita ucapkan..? "Sabar jer lah.." Ya sabar sajalah.. nak buat macamana lagi ak.. Sabar & Syukur adalah dua perkara yang berbeza, tapi boleh digabungkan menjadi suatu perasaan yang harmoni. Positive + Negetive = Balance. Begitu juga dlm ajaran Taoism - Yin & Yang, dua elemen berbeza yang sering digambarkan dlm suatu bentuk harmoni. Ramai antara kita mampu bersabar ketika sukar, ketika bermasalah duit, masalah keluarga, cinta, kawan, dengki orang lain, gagal, masalah kerja, berbagai-bagailah. Hakikatnya kebanyakan antara kita hanya mampu bersabar kerana terpaksa.. tetapi sangat sedikit yang mampu melahirkan rasa syukur atas masalah yang menimpa (renungkan seketika), kerana sabar bukanlah pilihan, ianya hanyalah.. suatu keterpaksaan ketika sedang menghadapi musibah. Bahkan kita hampir-hampir lupa bahawa melahirkan rasa syukur ketika sedang menghadapi pelbagai musibah, masalah, kekecewaan, kesedihan yang menimpa kita, merupakan suatu kehebatan yang sangat jarang diketahui..
Kebiasaannya kita hanya mengucapkan syukur ketika kita berjaya, ketika dapat keuntungan, ucapan syukur hanya ketika gembira, ketika perancangan kita menjadi seperti yang kita harapkan semata-mata. Apakah rasa syukur itu cukup sekadar ucapan dari bibir..!!? Ohh mungkin ianya lahir dari hati, ikhlas.. tapi berapa lamakah ianya tersemat dihati? Adakah perasaan syukur itu bertahan sampai 1 minit atau 5 minit sahaja? Adakah kita akan menzahirkannya dengan perbuatan? Bagaimana..? Sekurang-kurangnya bantulah insan lain merasai sedikit nikmat kebahagiaan yang dikurniakan kepada kita itu.. dan janganlah kita kita mengharapkan balasan dari mereka.
Syukur Dalam Al Quran
Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
[AQ 14 : 7]
"Alhamdulillah, syukur kepadaMu ya Tuhanku atas nikmat yang Dikau berikan ini. Bantulah pula aku untuk membantu insan lain yang memerlukan bantuan, supaya mereka juga bersyukur kepadaMu".
"Dan tingkatkanlah ketaqwaanku kepadaMu.. Amiiin".
Menghayati Kalimah Alhamdulillah
“Kebersihan itu adalah sebagian dari iman. "Alhamdulillah" itu memberatkan timbangan. "Subhanallah" dan "Alhamdulillah" keduanya memenuhi ruang antara langit dan bumi. Solat itu adalah cahaya, sedekah itu adalah burhan (bukti/petunjuk). Kesabaran adalah cahaya. Al-Quran adalah hujjah (bukti) untuk membelamu atau menentangmu. Setiap manusia bekerja, maka ada yang menjual dirinya dengan bekerja berat untuk keselamatannya atau kehancurannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Rahsia
Ketahuilah bahawa 'Syukur itu kadangkala tarafnya lebih tinggi daripada Sabar, kerana ramai orang terpaksa berSabar ketika susah, tetapi belum tentu orang yang mendapat nikmat kesenangan, bergelak ketawa itu mampu berSyukur'. Dan ketahuilah juga bahawa kesakitan, kesedihan, kekecewaan itu menghapuskan dosa-dosa (kecil), oleh itu wajarlah kita bersyukur walaupun sukar.Dalam kajian saintifik moden, khususnya dalam ilmu psikologi, sekiranya anda pernah membaca tentang 'Law of Attraction', ada menekankan betapa syukur memainkan perana yang sangat besar dalam 'menarik kejayaan ke arah anda'. ["Connection between wealth and gratitude, many so-called wealth experts suggest that if you want to increase your wealth, you should focus on being more grateful". - Grateful build positive momentum.. source] . Juga video menarik berkaitan melahirkan rasa syukur (gratitute) oleh Jeremy Bennett utk mencapai kejayaan.
Amalan
Ucapan Alhamdulillah adalah yang mula-mula sekali kita sebagai Muslim patut lafazkan setelah bangkit dari tidur.. iaitu ucapan doa bangun tidur Alhamdulillahilladzi Ahyaana Ba'damaa amaatanaa Wa ilaihinnusyuur (sila search versi Arabic).Sabar & Syukur (sifat org² yg beriman) mempunyai suatu keajaiban yang tidak diketahui ramai, hanya mereka yang berjaya mengamalkannya dengan penuh kepercayaan pada kekuasaan Tuhan, mampu memperoleh nikmat sebenar dalam hidup.. 'Allah bersama orang² yang sabar'.. jadi bayangkanlah betapa besarnya lagi nikmat utk orang² yang bersyukur ketika saat² sukar. (peringatan utk diri penulis).
Marilah kita menjadi dari golongan AsSobirin (org² yg berSabar) & AsSyakirin (org² yg berSyukur).
Sabar dalam segala kepayahan (ini ajaran Al Quran) + Syukur dalam semua keadaan, senang, susah, sakit.. itulah Rahsia kejayaan yang tak ramai tahu..
Wallahu'alam..via: http://www.facebook.com/notes/abu-basyer/orang-mukmin-sentiasa-bersyukur-kepada-allah-swt-dengan-lidah-anggota-badan-dan-/10150487880636040 | http://kertastua.wordpress.com/2010/12/08/dasyatnya-syukur/
img credit: http://chentamaneesku.blogspot.com/2011/01/renungan-hati-biarpun-dugaan-itu-pahit.html
Yang payah .........bersyukur ketika kekurangan. Bersabar kita dalam kesenangan.
ReplyDeleteya betol tuan.. khususnya saya sendiri sering lupa : (
Deleteterima kasih..