Salam


(NGO) Yayasan Salam | sekadar hiasan
Salam, atau berjabat tangan adalah ritual yg kita lakukan secara rasmi sebagai perkenalan atau sebagai permulaan 'kontek' bagi manusia. Kalau orang yg kita tak pernah kenal, kita salam sebagai tanda perkenalan (serta mengucapkan Assalam.. bg muslim). Tapi kalau orang yg kita dah biasa kenal, kawan atau saudara, atau keluarga kita yang lama dah tak jumpa, kita akan salam pada pertemuan dgn diorg sebagai menghubungkan semula 'kontek' dgn orang tersebut secara berdepan. Meh nak analisa skit topik pasal salam, iaitu bersalaman tangan. Pasal salam ni banyak maksud, antara lain yg biasa digunakan, salam ucapan, cth; salam aidilfitri, salam ramadhan, salam rindu, bla bla bla.. :P

Perihal Salam

  • Dalam Islam Salam bermaksud Sejahtera, Selamat, Aman Bahagia.. Suatu nikmat keinginan setiap makhluk mengimpikan kesejahteraan, ketenangan, aman damai.
  • Nama Islam itu sendiri berasal dari istilah Salam (Selamat).. yang paling utama adalah Selamatnya manusia di alam akhirat nanti, kerana di akhirat sanalah alam yang hakiki, kekal, tidak seperti alam dunia yang sementara, tidak kekal dan penuh dengan tipu daya, kepalsuan.
  • Salam itu adalah anugerah Allah, sedang tak ramai yang menghayatinya, apatah lagi yang bersyukur dengan nikmat Salam (sejahtera, aman, senang) yang sedang kita kecapinya saat ini.
  • Salam akan kekal sehingga ke Syurga 
  • Salah satu dari Asma'ul husna - Nama Allah ialah AsSalam, bermaksud 'Yang Maha Menyelamatkan'.
Ketika Rasulullah s.a.w diMikrajkan iaitu saat baginda s.a.w berada di Sidratul Muntaha, langit tertinggi melepasi langit ketujuh, baginda Rasul s.a.w. akan menghadap Allah bersendirian (kerana Jibril a.s. tidak mampu sampai ke tahap itu). Ketika itulah baginda Rasul s.a.w. (seperti diceritakan ustaz), tidak tahu bagaimanakah harus baginda s.a.w. sebagai tetamu akan mengucapkan Salam kepada Allah, kerana Dialah Yang Memiliki Salam, Yang Menganugerahkan Kesejahteraan, Yang Maha Menyelamatkan - AsSalam. Kemudian Rasulullah mengucapkan..
  1. "Attahiyyaatul Mubaarakaatus Solawaatu Thoyyibaatulillah" (Segala Kehormatan, Keberkahan, Kebahagian, Kebaikan hanyalah milik Allah).*
  2. Kemudian Allah menyambut baginda Rasul s.a.w. dengan ucapan Salam.. "Assalamu'alaika Ayyuhan Nabiyyu Warahmatullahi Wabarakatuh" (Salam Sejahtera ke atasmu wahai Nabi dan Rahmat Allah dan KeberkatanNya).
  3. Kemudian dengan sifat pembawa Rahmat ke seluruh alam [Surah Al Anbia', ayat 107], Rasulullah s.a.w. masih mengingati umat²nya lalu menyampaikan juga Salam dari Allah itu untuk umat²nya dengan lafaz "Assalamu'alaina wa'ala ibadillahi sholihin" (Salam Kesejahteraan semoga tetap terlimpah atas kami dan hamba Allah yang Soleh).
Dan peristiwa (dialog) ini menjadi rukun dalam solat, iaitu bacaan ketika duduk Tasyahud Akhir (bacaan Tahiyyat Akhir), ada pun bacaan Tahiyyat Awal adalah sunat..

* Terdapat beberapa riwayat hadis berkaitan bacaan lafaz Tahhiyyat sila rujuk Bacaan Dalam Duduk Tasyahud.

Apa Sebenarnya Nilai Dalam Sesebuah Salam itu..??


Sebelum diuraikan maksud salam, biarlah kita tau sdikit asal maksud salam bg budaya Malaysia. Salam dalam Bahasa Melayu beasal dari perkataan Arab (سلام) yg bermaksud sejahtera atau selamat, in English means peace.. Perkataan 'Islam' juga berasal perkataan Arab السلام = sejahtera, keamanan / peace.. cube try test experimet perkataan arab tu kat google translate..

Dalam budaya org kita, perbuatan berjabat tangan juga dipanggil salam.. in english shake hand. Tapi sebenarnya salam tu bukan laa sekadar 'goyang tangan' (shake hand) atau berjabat tgn kosong jer. Sebaik²nyer biarlaa wujud nilai² murni yg mengalir bersama ketika berlakunya kontek antara dua tangan manusia yg sdg bersalam tu. Nilai² murni ni terbitnyer dari hati, dgan Niat yg Ikhlas (honest) menghubungkan kedua² tubuh org yg sdg bersalam.

Nabi Muhammad S.A.W (peace be upon him), pernah mngajarkan kita adab bersalam, (sekolah pon takde ajar cara bersalam yg betol), hendaklah kita bile bersalam dgn org, kita mestilah memandang matanyer dan memberikan senyuman seikhlas mungkin (bukan senyum kambin' huhu).
  • Kita terlebih dulu sebaiknya menghulurkan tangan, jgn tggu org yg hulur
    (ni akan meningkatkan personaliti diri kita sbgai seorg yg dihormati)
  • Pandang matanya bukan pandang bwh & bukan pandang tgn diorg tggu nak hulur ker tak hulur
    (meningkatkan keyakinan diri anda walaupon org yg anda salam tu lebih berpengaruh dan anda akan diberi perhatian olehnya)
  • Bila mata bertentang mata, maka senyumlah seikhlas²nyer
    (tiada gunanya kalo kita bersalam dgn muka sombong, ye tak)
  • Yang paling utama Niat dlm hati kita bersalam utk mengeratkan silaturrahim, persaudaraan, persahabatan, rasa kasih pada kwn, keluarga, dll. (hadis nabi pon ada mengatakan mengucap salam pada org lain akan meningkatkan rasa kasih & sayang serta membuang rasa benci yg bersarang dlm hati)

Soalan


"Ada org tu memang jenis muka sombong.. hampeh tanak senyum langsung mcmana..?"
"Pedulikan apa tanggapan atau reaksi org lain.. yg penting kita bersalamlah ikut adab spt di ajar nabi.. atau sekurang²nyer bagilaa org yg muka sombong tu senyuman masa kita bersalam.. Secara psychology org yg kita bagi senyuman tu secara auto akan tersenyum gak.. melainkan otot² pipi diorg mmg dah keras takleh senyum.."

Sebenarnyer banyak lgi rahsia tersembunyi dlm konsep bersalaman yg tak mampu laa nk dikorek.. lgi pon penulis bukan laa ahli dlm bidang ni ;) skadar analisa dari sumber² ilmiah, cerdik pandai dan pengalaman sendiri..

img cedit: mabullemaboule.blogspot.com
Wallahu'alam..

2 comments:

  1. A good reading.
    Salam perkenalan dari saya.

    ReplyDelete
  2. semua yg baik itu dari Allah..
    dan segala puji bagi Nya jua..
    salam perkenalan ☺

    ReplyDelete

Powered by Blogger.