Akal & Hati

"Hati adalah Raja, dan seluruh anggota yang lain adalah tentera (yang patuh pada Raja)".

Menurut para ulama, "Hati ialah himpunan perasaan, sentuhan dan impian di dalam diri manusia, seperti cinta, sayang, marah, benci, suka, duka, tenang, gelisah, khusyuk, takut, harapan, keinginan, kemahuan, bimbang, rahmat, simpati, rasa kerugian, penyesalan dan lain-lain."

Apabila manusia telah mengenal hatinya, bererti ia telah mengenal dirinya sendiri. Barang siapa yang tidak mengenal hatinya sendiri, maka ia lebih tidak mengenal lagi akan hati orang lain.
Sabda Nabi SAW:
“Bukankah di dalam tubuh badan manusia ada segumpal darah, apabila ianya baik maka baik seluruhnya dan apabila dia rosak maka rosaklah seluruh tubuh badan, itu lah hati”.
Sabda Nabi SAW: 
"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu dan kekayaan kamu, tetapi Allah melihat hati kamu dan amal kamu". (Riwayat Muslim)
Maka hati merupakan pusat janakuasa bagi jasad manusia, dia adalah Raja yang amat dipatuhi oleh seluruh anggota lain, seperti akal, nafsu dan seluruh pancaindera. Kesemuanya merupakan tentera kepada Raja iaitu Hati, mereka akan menurut setiap perintah dan meninggalkan setiap larangan Raja. Hatilah yang membuat sesuatu keputusan, sementara yang lain akan melaksanakan ketetapan tersebut. Maka apabila hatinya baik maka baiklah seluruh tubuh badan, sebaliknya apabila ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh badannya.
Sabda Nabi s.a.w: 
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi perkara yang dilihat oleh Allah ialah hati kamu". (Lalu baginda mengisyaratkan ke arah hati baginda dengan jari-jari baginda.)
(Riwayat Muslim, no: 2564)
Soalan:
  • Jadi apa peranan Akal.?
    Akal itu adalah 'Penasihat' kepada Hati (Raja).. dan Hatilah yg membuat keputusan. Sebagai 'pakar penasihat', Akal tak boleh melawan Hati, kecuali memberi saranan (suggestive) dalam membuat setiap keputusan (decision making).
  • Adakah Hati perlukan apa2 utk bekerja dgn baik.?
    Ya, Hati perlukan ketenangan, kegembiraan, utk terus bekerja & mmbuat keputusan terbaik..
  • Macamana nak dapat tu.?
    Selain dari menjaga pemakanan yg baik (good diet), cara hidup yg baik, Hati juga perlukan zikir kpd Allah sebagai 'supplement' kepada Hati. (sila rujuk 2 maksud firman di atas).
  • Berbalik kepada soalan pertama, peranan Akal, takkan stakat tu jer..?
    Akal atau Minda sedar (conscious mind), mempunyai peranan lebih berat lagi.. kita hanya mampu menggunaka Akal stakat 10% sahaja utk berfikir, lagi 90% berada di daerah yg lebih dalam.. yg fungsinya berhubung dengan setiap organ2 dan sel2 tubuh yg lain serta berhubungan dengan persekitaran.. akan dtg kita akan cuba analisa dan cari info tentang akal atau Minda.. insyaAllah..
Allah s.w.t berfirman mengenai kedudukan hati manusia:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia". (Surah ar-Ra’d:28)
Kesimpulan:
  • Niat itu dari Hati (baik / buruk)
  • Khusyuk itu di Hati (yg tenang)
  • Taubat itu dari Hati (yg ikhlas)
Note:
  1. Hati = Liver  |  Jantung = Heart. Analisa di atas bercerita tentang Hati (Liver) BUKAN Jantung (Heart).
    Jangan salah faham antara Hati dgn bentuk jantung ♥ (heart).. kecuali dlm soal kasih sayang ☺
  2. Makan Hati - tidak salah dari segi undang2 & hukum.. juga sumber protin yg baik (tp awas kolesterol). Juga bermaksud kecewa.. lol
  3. Hati batu - Hati yg sudah keras (umpama dah diblok oleh dinding konkrit) hingga sangat sukar utk menerima saranan akal.. Apatah lagi nak dapat Hidayah.. wallahu'alam..
  4. Organ Hati juga boleh didermakan sedikit bg tujuan penyembuhan utk mereka yg memerlukan.. sila dptkan nasihat doktor ☺
Syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan aku Hati yg sihat & sempurna (walopun kdg2 berlaku sakit hati, sedih, etc..) tp terima kasih juga kpd akal & minda yg berperanan mmbantu.. ☺

sources:http://mahyudin2008.wordpress.com
some more cannot be rememberimage shown credit to the respective owner

1 comment:

  1. New Diet Taps into Pioneering Plan to Help Dieters Get Rid Of 12-23 Pounds within Just 21 Days!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.