Dia Ni Kantoi, E-Book PERCUMA Kami Dijual Di Shopee Tanpa Kebanaran


Perbuatan menjual 'barang subsidi' atau barang percuma adalah suatu perbuatan tidak jujur. Mengaut keuntungan atas usaha orang lain..

Assalam.. Selamat Tahun Baru 2020.. walaupon dah masuk 12 hari di tahun baru :)
Semoga pembaca setia blog kami ni walaupon tak sehebat mana, terus sejahtera dan mampu untuk meningkatkan amal ditahun² mendatang insyllh..

Walaupun blog kami yang tak seberapa ni, sebenarnya.. alhamdulillah beberapa perkongsian kami rupanya telah memperlihatkan banyak sharing, khususnya E-Book Kitab² Karangan Ulama yang kami compile & share sebagai E-Book (PDF).

Konten Kami Yang Paling Hot, E-Book Kitab PDF


Antara konten artikel atau post kami yang paling mendapat trafik yang tinggi, dengan kata lain, sambutan yang dari pembaca, selain dari Hikmah Istighfar, Doa Ditimpa Musibah, Doa² lain.. antaranya adalah perkongsian E-Book Kitab² KArangan Ulama'.

Kami melihat perkongsian secara free download dari cloud storage kami (dropbox & google drive) yang kami track guna bitly shortlink, menunjukkan jumlah klik download yang agak tinggi, beberapa Kitab PDF tersebut hampir sepuluh ribu jumlah downloadnya.


Lihat screenshot dari akuan Bitly kami.. E-Book percuma Kitab Bidayatul Hidayah yang kami share paling top dalam senarai download.

Semua E-Book² yang kami share di sini kami dapat juga secara percuma, sebab tu kami share secara percuma. Anda boleh download dan share pula kepada orang lain, Supaya ilmu itu terus berkembang dan pengarang mendapat pahala jariah.
Malangnya ada pihak tak bertanggungjawab pergi jual E-Book² PERCUMA ni di online shop. Kecewanya dengan sikap orang yang tak bertanggungjawab ni.. nanti kami reveal siapa dia..

Kami tak mengambil kredit apatah lagi ambil untung darinya. Kami hanya mendoakan pengarang asalnya mendapat pahala jariah terus menerus melalui perkongsian (sharing) ini.. itu sahaja. Kalau ada pon kami nak tumpanglah sedikit dari pahala perkongsian di sini, itu sahaja.

Sebahagiannya kami dapat E-Book tersebut dalam keadaan tiada cover, jadi kami edit semula PDF tersebut dengan menambah cover design, seperti E-Book 25 Kisah Para Nabi, Hadis 40 Imam An Nawawi dan beberapa lagi.

Sebahagian E-Book itu pula, kami edit dengan cara mewujudkan link pada Tajuk² Kandungannya supaya pembaca merasa mudah untuk mencari satu² topik tu hanya dengan klik pada Tajuk yang telah dilinkkan (biasanya Tajuk dengan active link berwarna biru), link tersebut akan terus pergi kepada muka surat berkaitan. Jadi pembaca tak perlu scroll sampai beratus muka surat untuk baca satu² topik pilihan. Ni antara sebahagian usaha kami yg tak seberapa dalam mengcompile E-Book tersebut kemudian kami share semula dalam rupa yg lebih kemas & mudah pengguna, percuma.

Pihak Tak Bertanggungjawab Menjual E-Book² Percuma Yang Kami Share


Kami mula dapat kesan beberapa Kitab E-Book yang kami share secara percuma di sini bahkan dari perkongsian website lain, telah dijual oleh seorang (stakat ni seorg sahaja), yang kami anggap dia sebagai tak bertanggungjawab, sebab;

  • mengambil untung hasil dari menjual E-Book yang diberi secara percuma di sini & dari site² lain (yg kami ada kreditkan dlm post² kami),
  • tak minta izin untuk menjual benda free yang kami compilekan dlm format PDF dan mengambil untung dengannya,
  • tak minta izin pula dengan membuat 'lead generation' (suruh pembaca isi form bagi nama & emel) dengan 'umpan' E-Book percuma yang kami share di sini sebagai 'free gift' setiap minggu, lihat screenshot di bawah ni.. ni link dia..



Kantoi.. Siapa Dia Ni ?


Ni lagi dia promot di twitternya supaya orang follow dia & beri emel kepadanya, boleh jadi sebagai 'lead generation'.. lihat di bawah..





Benda Free, Dia Pergi Jual Di Shopee


Ni yang paling tak tahan, bila benda yang 'kita usahakan' untuk kongsi secara percuma dengan orang lain, ada pulak yang ambil kesempatan dengan menjual benda free tu..!!

Samalah macam kes subsidi minyak / petrol / diesel & gas kerajaan bagi percuma, (tak kisahlah kerajaan mana pun), tiba² kita dengar berita ada orang smuggle dan pergi jual minyak & gas subsidi ni kepada orang lain, walaupon pada harga murah.

Kalau sikit mungkin orang tak peduli sangat, tapi bila dah capai ratus² bahkan totalkan semua sampai ribu² kuantiti barang yg dijual.. kaya jugalah kan sekejap..

Ni antara promosi di twitternya pasal E-Book percuma orang lain (termasuk yang kami usahakan & share di blog ni) yang dijualnya di ♪ sho pee ♪ pee ♪ pee ♪ pee ♫ (sambil bayangkan gaya Ronaldo sdg joget) 🤣 gelak² gak, kecewa tetap kecewa dgn sikap mereka² ni



So macamana pendapat korang..? Guna tweet handle 'Islamik' tapi perbuatan menjual 'barang subsidi' atau barang percuma adalah suatu perbuatan tidak jujur. Mengaut keuntungan atas usaha orang lain.. Kami memang nak tanya beliau secara baik, tapi tengah fikir.. sama ada nak approach dia;

  • kat twitter dia , komen twit dia, atau..
  • DM (direct message / private msg) dia kat twitter dia, atau..
  • contact (chat) dia kat shopee dia, atau..
  • report kat Shopee pasal dia melanggar policy jualan di Shopee, atau..
  • share artikel ni kat forum Cari.com.my, viral lak nanti..
  • atau guane..?

Yang lebih membuatkan kami terkesima, tak tahulah nak marah ker nak maki ker.. bukan setakat dia jual E-Book yang kami (dan orang lain) bagi secara percuma, bahkan dia copy paste pula ayat² artikel kami sebijik².

Lihat ni screenshot di bawah ni, kami print screen dari tiap² satu E-Book page di Shopee nya, pada bahagian 'Product description'.

Kantoi Copy Paste Artikel Kami - Kitab Syarah Al Hikam

BACA AYAT² Product Description dia & BANDINGKAN dengan AYAT² original dari artikel kami di screenshot di bawah.

copy paste kan..!!

Lagi..

Kantoi Copy Paste Artikel Kami - Kitab Bidayatul Hidayah


BACA AYAT² Product Description dia & BANDINGKAN dengan AYAT² original dari artikel kami seperti di screenshot di bawah.


copy paste lagi kan..!!

Lagi dan lagi.. banyak lagi letih nak layan satu².. Semuanya Product Descriptionnya di copy paste, mudah kerja dia, dapat duit lagi.. sedangkan kita bagi free, tak perlu bayar, dia pergi jual lak..

Kalu dilihat twitter dia bukan main 'Islamik' tapi perbuatan menjual E-Book free kat Shopee, takkanlah tak boleh fikir, orang akan tahu juga nanti..

#kantoi

Keuntungan Hasil Jualan Tanpa Kebenarannya


Kami yakin dia menjual kebanyakan E-Book² di Shopee Shopnya itu adalah yang diperolehi secara percuma, download dari internet. Kami pon banyak koleksi yang kami kumpul dari internet sama ada gift dari subscribe yang kami sertai pada blog² terkenal termasuklah juga affiliate program yang kami sertai.. biasanya mereka akan bagi E-Book² berguna secara percuma.

Tapi kami tak pernah jual semua E-Book yang kami dapat secara percuma (apatah lagi yg kami beli), sebab biasanya ada dinyatakan 'tidak dibenarkan dijual semula' pada E-Book² tersebut. Bahkan Shopee Shop mamat ni pon tak ada menyatakan 'hak jualan semula' atau tiada dinyatakan dia sebagai 'ejen sah' E-Book yang di jualnya, sebagai bukti dia ada hak menjual E-Book² tersebut.

  • Kami buat kira² semua E-Book yang berharga RM2.00 yang dijualnya, ada 67 buah.
  • Jumlah (setakat tarikh hari ni) sold keseluruhan E-Book RM2.00 sahaja = 2,399 buah
  • Hasil jualan, untung keseluruhan E-Book RM2.00 x 2,399 buah = RM4,798
  • Tolak 2% charge Shopee fee → RM4,798 - 2% = RM4,702 (untung bersih)
Kira² ni hanya bagi E-Book RM2 yg dijualnya, belum lagi dikira E-Book² lain yang diletaknya harga RM5+, RM7+, RM10+, RM20+, RM30+, RM50 lagi.

Paling mahal E-Book yang dijualnya yang kami nampak berharga RM59.00 iaitu E-Book Panduan Memberi Makan Si Kecil.

Anda tak perlu bayar mahal untuk E-Book tu, kerajaan bagi PERCUMA aje ni haa → http://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2018/02/Garis%20Panduan%20Perancangan%20Menu%20di%20Pusat%20Jagaan.pdf

Malang sungguh..

Jadi kalau E-Book RM2 sahaja dia dapat untung hampir 5 ribu ringgit.. kami anggarkan, jumlah / total keseluruhan untung E-Book²nya yang terjual / sold lebih kurang 10 ribu atau belas² ribu, atau mungkin puluhan ribu ringgit.

Kami ulangi, E-Book² yang dijualnya itu (kebanyakannya) adalah E-Book PERCUMA, bukan sepatutnya untuk dijual. Kalau nak jual pon kene minta kebenaran DAN pamerkan hak kebenaran menjual benda / E-Book percuma itu di online shopnya.. supaya orang tak tertipu..

Mungkin ada sebahagian dari E-Book² tersebut dari jenis berbayar (bukan percuma), pun dia tak boleh jual semula, melainkan mendapat izin dari pemilik / penulis / pengarang & penerbit (publisher) buku atau E-Book tersebut. Jenis yang ni biasanya lebih² lagilah dilarang dijual semula.

JANGAN Jual E-Book² Kitab Agama Yang Kami Share

Walau apa pun wallahua'lam.. apa yang kami nak tekankan dalam artikel ni sebenarnya adalah E-Book PERCUMA yang kami share untuk semua pembaca di sini..!!

JANGANLAH JUAL E-Book² Free yang kami Share..!!

Kami tak peduli E-Book orang lain, kami nak tekankan sipenjual ni bukan sahaja jual semula E-Book percuma yang kami share, bahkan copy paste ayat artikel yang kami post.. seperti kami nyatakan di atas pada tajuk, Kantoi Copy Paste Artikel Kami.

Ni antara 10 senarai kitab² PDF yang kami share di blog ni. Sebahagiannya kami edit jadikan lebih menarik (tambah cover) serta tambah Tajuk² Kandungan beserta clickable link dari Tajuk Kandungan terus ke muka surat kandungan.

Yang lain kami share direct dari website pemilik asal, supaya kami tetap menjaga hak serta menghormati pihak yg mula² share. Ada juga yang kami re-upload semula (ke cloud storage kami) yang mana website asal telah lost contact (domain expired), dan lain². Semuanya Percuma..!!
  1. 25 Kisah Para Nabi & 3 Kitab Ulama
    • 25 Kisah Para Nabi
    • Hadis 40
    • Al Bidayah Wan Nihayah
    • La Tahzan
  2. 5 Kitan Ulama Tersohor
    • Riyadus Salihin - Jilid 1 & 2
    • Sirr Al Asrar
    • Fathul Baari
    • Syarah Al Hikam
    • Bidayatul Hidayah
  3. Rahsia Sedekah
Ingat semuanya percuma, boleh download & share.. JANGAN JUAL..!!
Nak miliki tak perlu tunggu hari jumaat, tak perlu isi borang bagi nama, bagi emel, tak perlu..
Download sahaja bila² masa.. JANGAN JUAL..!!


2 comments:

  1. Btol tu tak baik laa camtu, sama mcm pihak tak bertanggungjwb gi jual gas subsidi kerajaan bg percuma utk kegunaan org ramai, diorg gi jual. Jahat...

    ReplyDelete
  2. Wow braninya dia, senang tol keje dia, copy paste jual, copy paste jual, copy paste jual untung aah kaya kaya.. Hahaha hareeem.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.