Pakej Kahwin RM1000 Sahaja Mudah Murah Berkah - Sertai Nikah Perdana

Assalamualaikum.. Perkahwinan yang mudah menurut Islam sebagaimana hadis Nabi SAW..

Rasulullah SAW telah bersabda yang diriwayatkan dari 'Uqbah bin 'Amir r.a..

Ø®َÙŠْرُ الصَّدَاقِ Ø£َÙŠْسَرُÙ‡ُ

"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah".
Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan redaksi
"Sebaik-baik nikah adalah yang paling mudah".
Dan oleh Imam Muslim dengan lafaz yang serupa dan disahihkan oleh Imam Hakim dengan lafaz tersebut di atas.
Ketika Rasulullah SAW hendak menikahkan seorang shahabat dengan perempuan yang menyerahkan dirinya kepada beliau, ia bersabda..
اِÙ„ْتَÙ…ِسْ ÙˆَÙ„َÙˆْ Ø®َاتَÙ…ًا Ù…ِÙ†ْ Ø­َدِÙŠْدٍ "Carilah sekalipun cincin yang terbuat dari besi". Riwayat Al-Bukhari.

Niat Nak Kahwin Ikut Sunnah - Permudahkan




Adakah persoalan² kahwin ini membebankan fikiran anda..?
  • Anda merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat..?
  • Masih berusaha mencari² rezeki lebih untuk tampung kos kahwin nanti..?
  • Bakal isteri atau bakal mak mertua dah desak² anda suruh masuk meminang cepat..?
  • Budget masih lagi macam tu gak, belum mengizinkan..?
  • Hari² siang malam duk fikir masalah² di atas..?




Kahwin Budget, Mudah, Murah, Berkah

Ya..? Kalau anda bujang dan nak kahwinlah. Kalau anda dah beristeri / bersuami.. mohon forward atau sharekan post ni ke sahabat, atau saudara anda. melalui button Share di bawah ni nanti..

Kini tidak lagi, bila anda sertai Nikah Perdana anjuran Masjid Al-Khairiyah. Pada kos yang sangat berpatutan, mana nak cari kos kahwin hanya RM1000 sahaja, semuanya ditanggung oleh pihak penganjur, iaitu Masjid Al-Khairiyah, masjid terbaik Selangor tahun 2015, 2016, 2017 (kalau tak silap) peringkat daerah Gombak (kategori bawah 30 tahun).



Apa yang istimewanya adalah, Masjid Al-Khairiyah ini (juga beberapa masjid lain) menganjurkan kemudahan Kahwin Budget ini ayng dinamakan Program Istimewa Nikah Perdana setiap tahun pada kadar kos hanya RM1000 sahaja bagi sepasang bakal pengantin. Bermakna adna hanya perlu pakat² sama bakal pasangan anda dan boleh kongsi seorang RM500, hah kan jimat lagi :)

Pakej Kahwin Budget ni termasuklah:

  • Set pakaian pengantin
  • Majlis & Jamuan di Masjid
  • Nikah - Kadi, Saksi
  • Pengurusan
  • dan lain²
Wang hantaran kepada keluarga itu bab lain, boleh bincang kemudian bersama pasangan..



Bila Program Nikah Perdana Ni ?

Tahun 2018 ini Istimewa Nikah Perdana ni dilangsungkan pada 1 Muharram 1440H, Tahun Baru Hijrah (Maal Hijrah), iaitu jatuh pada 11 September 2018 (Selasa), jangan bimbang haritu cuti Maal Hijrah. Boleh bagitahu keluarga saudara mara, sahabat² semua.

Tak sempat..? Tahun depan ada lagi tak kahwin budget ni..? InsyaAllah ada, setiap tahun Masjid tersebut ada menganjurkan bukan sahaja Nikah Perdana, tapi juga turut menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan diawal tahunnya, biasanya antara bulan Januari - Mac setiap tahun.



Ini adalah program Kursus Pra Perkahwinan di awal tahun 2018. Untuk tahun hadapan tunggu pihak masjid keluarkan jadual program seawal bulan Januari tahun depan (biasanyalah) insyaAllah..

Jadi sila dapatkan maklumat lanjut berkaitan aktiviti Masjid Al-Khairiyah melalui fbnya, sila login fb dulu sekiranya anda tak boleh nampak.


Hubungi

Sila hubungi nombor telefon ustaz pada image banner kedua di atas untuk maklumat lanjut berkaitan Nikah Perdana tersebut. Kalau dah penuh, jangan risau, plan awal² untuk program tahun depan pula.. insyaAllah..

Ingat niatkan dalam hati "nak kahwin kerana Sunnah Rasul SAW, bukan kerana nafsu"..


Belum Ada Calon, Nak Cari Jodoh ?

Jangan bimbang, bukan anda sahaja yang mencari² calon jodoh, ramai lagi yang sama sedang mencari bakal pasangan hidup. Kami juga mewujudkan sebuah portal khas Cari Jodoh Muslim Percuma Yang Pertama seumpamanya di TamanSyurga.com.


TamanSyurga - Dibina & dibangunkan khas Oleh Teman Syurga Untuk Teman Syurga

Sertai, Daftar & Log Masuk di TamanSyurga; upload foto terkini anda, lengkapkan maklumat diri dan lihat Senarai Lelaki (kalau anda perempuan) atau lihat Senarai Perempuan (kalau anda lelaki) untuk mengenali bakal Teman Syurga anda di portal TamanSyurga tersebut.. insyaAllah kalau berkenan berhubunglah secara berhemah..



credit:
• img #1 - http://malaysiaaktif.my/malaysiaaktif2
• img #2, #3 - Facebook Masjid Al-Khairiyah

No comments:

Powered by Blogger.