Jalan Kaki Merentas Benua Menuju Makkah Bertemu Allah

Selamat Tahun Baru Hijrah 1439. Belum terlambat rasanya saya nak kongsikan suatu kisah luar biasa perihal Haji bulan lepas, dan beberapa tahun lepas. Iaitu kisah luar biasa manusia² terpilih yang menyahut seruan Allah mengerjakan Haji ke Makkah Al Mukarramah.

Apa yang luar biasanya adalah sebagaimana firman Allah dalam Al Quran, Surah Al Hajj (22), ayat 27..
.
وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh".
[QS 22 : 27]
.
Lebih kurang 5 tahun lepas, tahun 2012 saya ternampak dalam satu feed post fb memaparkan seorang lelaki Eropah, dari Bosnia sedang dalam perjalanan, berjalan kaki menuju ke Makkah, semata² untuk mengerjakan Haji, menyahut seruan Allah dan Rasul SAW. MasyaAllah, hebatnya.

Senad Hadzic | 2011~2012

  • Bosnia → Serbia → Bulgaria → Turki → Syria → Jordan → Arab Saudi
  • Jarak: 5,700 km (20~30 km sehari)
  • Masa: 10 bulan
  • Bekalan 20 kg


Senad Hadzic yang berusia 47 tahun (pada tahun 2012), berasal dari utara Bosnia.. respeklah dalam usia 47 tu yang pada kita mungkin tak larat dah dekat nak masuk 5 series. Kesungguhan beliau memulakan langkah berjalan sejak dari Disember 2011, iaitu 10 bulan sebelum tarikh Ibadah Fardhu Haji tahun berikutnya, iaitu penghujung Oktober 2012.

Hebatnya manusia terpilih ini, bukan sahaja berjalan kaki sejauh hampir 6,000 km antara benua, namun beliau benar² berTawakkal hanya kepada Allah dengan berbekalkan selain sepasang kaki, beliau hanya ada €200 (Euro) +/- RM1,000 untuk bertahan sepanjang 10 bulan perjalanan.. belum kira belanja di Makkah dan perjalanan pulang lagi.



Senad Hadzic menceritakan bagaimana pahit manis sepanjang perjalanannya itu melalui negara yang pernah menjadi musuh Bosnia dan bagaimana layanan yang diterima sepanjang perjalanannya itu. Anda boleh baca kisah²nya, antaranya di..


...

...

Kharlzada Kasrat Rai | 2013

  • Pakistan → Iran → Iraq → Jordan → Arab Saudi
  • Jarak: 6,387 km
  • Masa: 4 bulan
 

Tahun berikutnya seorang lagi manusia pilihan Allah bernama Kharlzada Kasrat Rai berusia 37 tahun (pada tahun 2013). Seorang lelaki boleh dikatakan muda (dari Senad Hadzic), berasal dari Pakistan. Selepas melakukan sedikit research akan beliau, rupa²nya Kharlzada adalah seorang pejalan kaki atas nama Keamanan Dunia sejak 2007. Beliau juga adalah pemegang Rekod Dunia Peace Walks dan pernah memenangi beberapa anugerah antarabangsa atas usahanya memperjuangkan aktiviti untuk Keamanan, Pelajaran, Kesihatan & Budaya untuk kesedaran mencegah keganasan.

Oo beliau memang seorang pejalan kaki yang hebat. Atas anugerah itu beliau tak sia²kan peluang untuk berjalan menuju Makkah dari 7 Jun 2013 ~ 1 Oktober 2013 sampai Makkah.. MasyaAllah.. Anda boleh baca kisahnya di..

...

...

Mochammad Khamim Setiawan

  • Indonesia (Jawa Tengah) → Malaysia → Thailand → Myanmar → Bangladesh → India → Pakistan → Iran → Iraq → Jordan → Arab Saudi
  • Jarak: 9,000 km
  • Masa: 1 Tahun
  • Bekalan: Pakaian (ringkas), Stokin (lebih), Beg alas tidur
 

Mochammad Khamim Setiawan berusia 28 tahun (2017), seorang lagi pemuda terpilih yang menjadi antara Tetamu Allah atau disebut sebagai Duyufur Rahman sempena Ibadah Fardhu Haji 2017. Anak muda ini bukan calang² orang, memiliki bukan sahaja ilmu agama, perniagaan di negaranya yang ditinggalkan setahun lamanya demi menyahut seruan Allah & Rasul SAW.

Apabila mula melangkah sejak dari 28 Ogos 2016 dan selepas setahun menelusuri separuh bulatan dunia akhirnya sampai di Makkah pada Oktober 2017.

Ikuti kisahnya di..

Hebatnya manusia² luar biasa ini tidak lain kerana Allah yang memilih dan berkehendakkan demikian. Semoge mereka semua mendapat Haji yang Mabrur, dan semoga dapat memberi inspirasi kepada kita untuk turut berlumba² dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, aameeen..!!

No comments:

Powered by Blogger.