Baca Al Fatihah di Belakang Imam Wajib atau Tidak?
Baru² ni ada seorang Ustaz (Dr) tak ingat nama, dalam Tazkirah Ramadan (mggu lepas), mengatakan kita sebagai Makmum, dibelakang Imam solat Jemaah, MESTI BERHENTI baca Al Fatihah, bila Imam mula bacaan Surah.
Ustaz tersebut mengatakan bila Imam baca Al Fatihah, kita (makmum) diam..
kemudian Imam akan 'Saktah', iaitu Imam berhenti sekejap untuk beri laluan kpd Makmum baca Al Fatihah..
"Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat".
[QS 7:204]
Maka saya secara peribadi, 'tertarik' untuk semak akan perkara ni, sebab setahu saya bacaan Al Fatihah adalah Rukun Solat yang mesti di sempurnakan, mesti di baca menurut Mazhab AsSyafie.
Sebagaimana Dalil dari Hadis Nabi SAW..
"Tiada solat bagi siapa yang tidak membaca Al Fatihah".
[Hadis Riwayat Al-Bukhari (756), dan Muslim]
(Muntafaqunalaih)
Maka di sini sedikit perkongsian perbincangan para ulama tentangnya, apakah kita sebagai makmum Wajib Diam bila Imam Baca Surah (dalam Solat berjemaah Subuh, Maghrib & Isyak)..?
Atau..
Adakah kita sebagai makmum Wajib menyempurnakan bacaan Al Fatihah dalam setiap Solat berjemaah kita, walaupon Imam sedang membaca Surah secara lantang (jelas)..?
...
.
...
.
.
Ustaz tersebut mengatakan bila Imam baca Al Fatihah, kita (makmum) diam..
kemudian Imam akan 'Saktah', iaitu Imam berhenti sekejap untuk beri laluan kpd Makmum baca Al Fatihah..
Tapi masalahnya, kdg² Imam berhenti hanya sekejap, tak sempat Makmum nak habiskan bacaan Al Fatihah pada rakaat pertama & kedua (solat yg bacaan Imam lantang - Subuh, Maghrib & Isyak)..
Maka, kata ustaz tersebut, kita sebagai Makmum, kene BERHENTI di mana Imam mula bacaan Surah..
Kata ustaz tersebut lagi, inilah peranan Solat Berjemaah bukan setakat kelebihan 27 rakaat semata², tapi konsep Solat Berjemaah seperti 'konsep gotong royong yg saling melengkapkan'..
(lebih kurang begitulah penerangan ustaz tersebut)..
Bahkan ustaz tersebut turut mengemukakan Dalil dari Ayat Al Quran, Surah Al A'raf, Ayat 204

وَإِذَا قُرِئَ ٱلۡقُرۡءَانُ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُ ۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
"Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat".
[QS 7:204]
Maka saya secara peribadi, 'tertarik' untuk semak akan perkara ni, sebab setahu saya bacaan Al Fatihah adalah Rukun Solat yang mesti di sempurnakan, mesti di baca menurut Mazhab AsSyafie.
Sebagaimana Dalil dari Hadis Nabi SAW..
لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
"Tiada solat bagi siapa yang tidak membaca Al Fatihah".
[Hadis Riwayat Al-Bukhari (756), dan Muslim]
(Muntafaqunalaih)
Maka di sini sedikit perkongsian perbincangan para ulama tentangnya, apakah kita sebagai makmum Wajib Diam bila Imam Baca Surah (dalam Solat berjemaah Subuh, Maghrib & Isyak)..?
Atau..
Adakah kita sebagai makmum Wajib menyempurnakan bacaan Al Fatihah dalam setiap Solat berjemaah kita, walaupon Imam sedang membaca Surah secara lantang (jelas)..?
Adakah Wajib Makmum Baca Al Fatihah Dalam Solat Berjemaah (Maulana Muhammad Asri Yusoff)
...
.
Hukum Makmum Membaca Al Fatihah Dalam Solat Berjemaah (Ustaz Idris Sulaiman)
...
.
Hadis Yang Melarang Baca & Hadis Yang Menyuruh Baca Al Fatihah (Ust Shamsuri Hj. Ahmad)
Ringkasan Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad
- Pendapat 3 Imam Mazhab, Imam As Syafie, Imam Maliki & Imam Hambali:
- Wajib baca Al Fatihah bagi makmum selepas imam membaca Al Fatihah (dalam solat yang dikuatkan bacaan oleh imam).
- Pendapat Imam Hanafi:
- Haram makmum baca Al Fatihah dalam solat yang dikuatkan bacaan (jahar) oleh imam, iaitu solat Subuh, Maghrib & Isyak berjemaah, berdasarkan Hadis mula² (dalam video ustaz) tersebut.
.
Baca Al Fatihah di Belakang Imam Wajib atau Tidak? (Dr Rozaimi Ramle)
Ringkasan Dr Rozaimi Ramle
- Pendapat Imam As Syafie:
- Merupakan juga pendapat Jumhur Ulama'.
- Sependapat juga dengan Imam Al Bukhari & Imam Muslim (dalam Riwayatnya Hadisnya).
- Pendapat Imam Hanafi:
- Tak perlu baca Al Fatihah, bacaan Imam telah menjadi bacaan bagi Makmum
- Pendapat Hambali & Maliki - terbahagi 2;
- Mesti Baca Al Fatihah bagi Solat yg Sirr (bacaan perlahan, Zohor & Asar)
- Tak Perlu Baca Al Fatihah bagi Solat yg Jahar (bacaan lantang, Subuh, Maghrib & Isyak)
Pendapat ini berdasarkan Dalil Ayat 204 Surah Al A'raf di atas
- Pendapat Ibni Taymiyah (agak keras):
- Siapa yang baca Al Fatihah (dalam Solat Berjemaah), seolah² Himar (keldai) yang mengendong Kitab.. kerana Imam sudah baca dengan jelas.
Kesimpulan
Maka kita di Malaysia yang berMazhab As Syafei, sebaiknyalah mengikut pendapat Imam As Syafei kerana pendapat ini juga adalah pendapat Jumhur Ulama' serta terdapat Dalil Shahih dari Hadis Riwayat Imam Al Bukhari & Muslim.
Ada pun, Dalil Al Quran Surah Al A'raf, Ayat 204 itu (menurut Dr Rozaime Ramle), bermaksud perintah tersebut adalah 'dengar (Ayat Quran / bacaan Surah oleh Imam) lepas baca (Al Fatihah)'.
Tambahan, untuk makmum membaca Doa Iftitah, tidak perlu dimulakan dengan ta'awuz (A'uzubillah..) dan Bismillah tidak perlu, sebaik sahaja takbiratul ihram, terus baca "Allahu akbar kabiraw walhamdulillahi katsira..". Kerana menurut ustaz bab Kesempurnaan Solat, bila mana seseorang makmum itu telah membaca Bismillah (selepas takbiratul ihram) maka gugurlah keperluan baginya membaca Doa Iftitah tersebut, sebab bacaan Bismillah sepatutnya disertai terus dengan Al Fatihah.
Wallahua'lam..
Antara yang menarik berkaitan persoalan Al Fatihah dalam Solat:
Imam Sunat Berhenti Seketika Untuk Makmum Baca AL Fatihah
Menurut mazhab As Syafei juga, imam solat berjemaah yang membaca secara kuat (jahar), iaitu solat Subuh, Maghrib & Isyak juga disunatkan untuk imam tersebut berhenti seketika selepas membaca Al Fatihah, iaitu selepas Aamiin, bagi memberi ruang untuk makmum pula membaca Al Fatihah. Kemudian barulah imam sambung membaca surah pilihan.Doa Iftitah Makmum & Al Fatihah Imam
Sebelum itu, ketika memulakan solat berjemaah (Subuh, Mghrib & Isyak), selepas takbiratul ihram, imam dan makmum sama² membaca Doa Iftitah (Allahu akbar kabiraw walhamdulillahi katsira..). Kemudian imam membaca Al Fatihah secara jahar (kuat), maka makmum mestilah berhenti membaca Doa Iftitah ini, berdasarkan dalil Al Quran Surah Al A'raf, Ayat 204 di atas tadi. Sebab doa ini adalah sunat, manakala mendengar imam membaca Al Fatihah dikira wajib.Tambahan, untuk makmum membaca Doa Iftitah, tidak perlu dimulakan dengan ta'awuz (A'uzubillah..) dan Bismillah tidak perlu, sebaik sahaja takbiratul ihram, terus baca "Allahu akbar kabiraw walhamdulillahi katsira..". Kerana menurut ustaz bab Kesempurnaan Solat, bila mana seseorang makmum itu telah membaca Bismillah (selepas takbiratul ihram) maka gugurlah keperluan baginya membaca Doa Iftitah tersebut, sebab bacaan Bismillah sepatutnya disertai terus dengan Al Fatihah.
Wallahua'lam..
Antara yang menarik berkaitan persoalan Al Fatihah dalam Solat:
- Adakah batal Solat Jika Baca Al Fatihah Tanpa Tajwid?
- Hukum membaca Surah Al Fatihah dalam sembahyang
- Imam Wajib Memahami Hak Makmum
- Pelbagai Persoalan Berkaitan Al Fatihah & Solat
Kredit kepada semua sumber
Di Indonesia juga sempat sedikit ada kekeliruan sih mungkin hanya beberapa tapi insyaaAllah memang itu kan wajib ya sebagai penyempurna jadi kami membaca nya
ReplyDelete