Perginya Ustaz Alam Barzakh, Ustaz Irwan Shah

Assalamu'alaikum warahmatullah.. Nama Ustaz Irwan Shah Hassan Basri mungkin agak kurang dikenali, berbanding ustaz2 terkenal sama ada di radio, tv atau facebook.. namun ustaz ini yang lebih dikenali sebagai Ustaz Alam Barzakh atau disesetengah masjid yang menjadi antara tempat kuliah beliau, dikenali sebagai Ustaz Alam Kubur, kerana memang kebiasaanya beliau akan mensyarahkan bab Alam Barzakh. Antara kitab yang beliau syarahkan dalam penyampaian ilmunya adalah Kitab Ziarah Ke Alam Barzakh, karangan Al Imam Jalaluddin As Sayuti. Dari ilmu perkongsian beliaulah banyak manusia mendapat hidayah, termasuk diriku..



Kehadiran beliau setiap kali waktu kuliah maghrib (atau subuh) sentiasa dinanti-nantikan (khususnya saya sendiri) untuk mendengar tazkirahnya yang sangat-sangat menyentuh perasaan, hingga terasa betapa tak bergunanya dunia ni bila dah hanyut dalam penghayatan dengan penyampaiannya tentang Alam Barzakh dan Alam Akhirat. Bahkan setiap kali bulan baru aku akan melihat jadual kuliah maghrib (dan subuh) yang dikeluarkan oleh masjid tempatku utk melihat antara ustaz-ustaz favorite termasuklah nama beliau Ustaz Irwan Shah, bilakah tarikh jadual beliau untuk aku pastikan yang aku mesti akan hadir.

Namun minggu lepas kami dikejutkan dengan berita oleh AJK masjid tempatku (dan mungkin semua masjid kuliah beliau telah dimaklumkan), bahawa beliau Ustaz Irwan Shah telah pergi menghadap Allah, pergi ke Alam Barzakh seperti mana yang sering beliau peringatkan para jemaah, para ahli ilmu betapa kita semua mesti bersiap sedia untuk menghadapi Alam Barzakh & Alam Akhirat.. Al Fatihah..

Hayatilah antara video kuliah beliau Alam Barzakh.




Semoga Allah mencucuhi rahmat ke atas roh beliau dan melapangkan serta menjadikan kuburnya dari taman-taman Syurga.. aamiiin ya Rabbal 'alamiin..

No comments:

Powered by Blogger.