10 YouTuber Mendapat Bayaran Tertinggi 2015



Nissan GTR 2015 ini pernah dihadiahkan oleh syarikat Nissan sendiri kepada salah seorang YouTuber di bawah kerana videonya berjaya menarik minat Nissan untuk kempen iklannya #withDad.
Tahukah anda mereka ini tanpa disangka² telah menjadi jutawan setelah mendapat habuan dari YouTube (melalui iklan Adsense) kerana video² mereka yang mendapat jutaan tontonan (views), bahkan keseluruhan video² dalam channel mereka mencapai billion views. Yang tertinggi adalah $12 juta, bersamaan (x RM4.25) RM51 juta..!! Berikut adalah 10 YouTuber yang telah mendapat bayaran tertinggi bagi tahun 2015 setelah mendapat langganan (subscribe) tertinggi, hanya dengan melakukan apa yang mereka minat - passion rules the game..!!

1. PewDiePie - $12 million

Antara video yang dapat view tertinggi +/-70 juta view, A Funny Montage



Berasal dari Sweden, PewDiePie (piu-di-pai) nama sebenarnya ialah Felix Arvid Ulf Kjellberg belajar dalam bidang Industrial Economics di sebuah universiti di negaranya. Beliau bermula sebagai YouTuber dalam tahun 2010 iaitu masa dia masih belajar di universiti. Akhirnya beliau berhenti belajar untuk fokus pada projek YouTubenya itu. Pernah bekerja di sebuah gerai hotdog untuk support YouTube channelnya setelah berhenti belajar. Kerana minatnya (passion) yang sangat tinggi terhadap projek YouTubenya itu (serta minat terhadap videogame), akhirnya dalam masa 3 tahun sahaja iaitu 2013 dia berjaya mendapat subscribers tertinggi mengatasi Rihanna, Katy Perry, Eminem, Taylor Swift, Justin Bieber dan lain² selebriti & YouTubers. Beliau baru melancarkan dan mempromosikan bukunya iaitu 'This Book Loves You'.
  • YouTuber: Felix Kjellberg (1989) | Sweden
  • Kategori: Main Video game sambil buat lawak | 'playing videogames with your bros'
  • Subscriber: 40 juta
  • YouTube Channel: PewDiePie
. . . . . . . . . .

2. Smosh - $8.5 million

Antara video yang dapat view tertinggi +/-47 juta view, Pokemon In Real Life


  • YouTuber: Ian Andrew Hecox (1987) & Anthony Padilla (1987) | USA
  • Kategori: Live action movie parody
  • Subscriber: 21.3 juta
  • YouTube Channel: Smosh
. . . . . . . . . .

3. Fine Brothers Entertainment - $8.5 million

Antara video yang dapat view tertinggi +/-41 juta view, YouTubers React to Try to Watch This Without Laughing


  • YouTuber: Benny Fine (1981) & Rafi Fine (1983) | USA
  • Kategori: Reacting to things
  • Subscriber: 13.3 juta
  • YouTube Channel: TheFineBros
. . . . . . . . . .

4. Lindsay Stirling - $6 million

Antara video yang dapat view tertinggi +/-132 juta view, Crystallize - Lindsey Stirling (Dubstep Violin Original Song)



Beliau pernah ditolak oleh satu recording album ternama dulu sebelum beliau terkenal di YouTube, tapi sekarang recording album tu pula yang merayu beliau untuk tandatangan kontrak dengan recording company diorang, dan beliau kini menolaknya sebab beliau dah ada peminat yang benar² menghargai beliau di YouTube. Mungkin beliau setanding atau lebih hebat dari Vanessa Mae.. Beliau juga mempromosikan sendiri album & consert tournya melalui website sendiri, dah femeslaa katakan :)
  • YouTuber: Lindsey Stirling (1986) | USA
  • Kategori: Main Biola sambil menari
  • Subscriber: 7.1 juta
  • YouTube Channel: Lindsey Stirling
. . . . . . . . . .

5. Rhett & Link - $4.5 million

Antara video yang dapat view tertinggi +/-27 juta view, Epic Rap Battle: Nerd vs. Geek


Setelah femes sebagai YouTube Star, mereka hidup dengan bayaran iklan dari pihak pengiklan produk² seperti Gillete, Toyota, Wendy's..
  • YouTuber: Rhett James McLaughlin (1977) & Charles Lincoln Neal III (1978) | USA
  • Kategori: Komedi
  • Subscriber: Rhett & Link: 3.8 juta  |  Good Mythical Morning: 8.3 juta
  • YouTube Channel: Rhett & Link
. . . . . . . . . .


6. KSI - $4.5 million

Antara video yang dapat view tertinggi +/-25 juta view, KSI - Lamborghini (Explicit) ft. P Money



Kalau anda berbakat menyanyi seperti Najwa Latif, atau Gangnam, boleh laa persembahkan bakat anda ke YouTube mana tahu boleh jadi jutawan seperti KSI ni :) Lagunya Lamborghini pernah tersenarai dalam Top 30 dalam carta muzik di UK.
  • YouTuber: Olajide Olatunji (1993) | UK
  • Kategori: Hip Hop performer
  • Subscriber: 10.85 juta
  • YouTube Channel: KSI

. . . . . . . . . .

7. Michelle Phan - $3 million

Antara video yang dapat view tertinggi +/-63 juta view, Barbie Transformation Tutorial



Beliau mula menjadi YouTuber dengan mengajar (perempuan) bagaimana bersolek untuk diri sendiri, bagaimana nak bersolek seperti Ladi Gaga, Angelina Jolie, solekan zombie, vampire dan lain² teknik. Atas minat (passion) yand tinggi terhadap kecantikan atau solekan, akhirnya tutorial makeupnya dapat subscriber yang tinggi hingga kini beliau mampu keluarkan sendiri produk makeupnya serta menjadikan business solekan antara pendapatannya.
  • YouTuber: Michelle Phan (1987) | UK
  • Kategori: Makeup Tutorial
  • Subscriber: 8.1 juta
  • YouTube Channel: Michelle Phan

. . . . . . . . . .

8. IISuperwomanII - $2.5 million

Antara video yang dapat view tertinggi +/-15 juta view, How Girls Get Ready...


  • YouTuber: Lilly Singh (1988) | Canada
  • Kategori: Comedy
  • Subscriber: 6.9 juta
  • YouTube Channel: IISuperwomanII
. . . . . . . . . .

9. Roman Atwood - $2.5 million

Antara video yang dapat view tertinggi +/-70 juta view, Anniversary Prank Backfires!!



YouTuber ni favorite saya.. Beliau menjadi terkenal di YouTube melalui video² pranknya yang keseluruhannya telah mendapat lebih 1 billion view. Antara videonya yang terkenalnya adalah Crazy Plastic Ball Prank dan telah menarik minat NISSAN hingga menawarkan beliau kereta supercar 2015 Nissan GTR sebagai 'bayaran' untuk menggunakan videonya itu sebagai kempen iklan Nissan #withDad.. wow free² jer dapat supercar GTR 35 tuu..!! Selain itu beliau juga menjual T-Shirt dan lain² aksesori jenama Smiles More di websitenya.
  • YouTuber: Roman Bernard Atwood (1983) | USA
  • Kategori: Prank
  • Subscriber: 7.5 juta
  • YouTube Channel: RomanAtwood
. . . . . . . . . .

10. Rosanna Pansino - $2.5 million

Antara video yang dapat view tertinggi +/-32 juta view, How To Make A Frozen Princess Cake - Nerdy Nummies



Membahasakan dirinya sebagai Nerdy Nummies di YouTube, beliau asalnya bekerja di Hollywood untuk menjadi sama ada pelakon atau berkaitan dengan bidang hiburan di sana. Akhirnya beliau terjebak dengan YouTube untuk membiasakan diri berhadapan dengan kamera. Beliau juga mendapat galakan dari rakan² yang telah berjaya di YouTube untuk memvideokan minatnya terhadap pembuatan kek yang diwarisi dari neneknya. Bermula dari situlah aktiviti barunya sebagai YouTuber menampilkan dirinya sebagai 'chef' yang belajar sendiri specialise dalam bidang cupcake di mana beliau menunjukkan cara membuat kek dengan gaya 'nerd'.. dan berjaya menarik jutaan subscribers. Bagi penggemar² kek khususnya mereka yang (selalunya pompuan laa kan) sangat suka buat kek, hah apa lagi anda juga boleh jadi jutawan..!!
  • YouTuber: Rosanna Pansino (1985) | USA
  • Kategori: Pembuat kek (baker) dengan gaya 'nerd'
  • Subscriber: 4.8 juta
  • YouTube Channel: Rosanna Pansino
. . . . . . . . . . jom layan u tiub :) . . . . . . . . . .


kredit:
http://www.people.com/article/youtube-highest-paid-list
http://www.forbes.com/sites/maddieberg/2015/10/14/the-worlds-highest-paid-youtube-stars-2015/
https://www.youtube.com/
https://en.wikipedia.org/
top image: http://www.gtrnissan.com/

1 comment:

Powered by Blogger.