Doa Mohon Rezeki Dari Langit
Doa Nabi Isa AS. Mohon Rezeki Allah.
Di antara para nabi² yang pernah Allah turunkan rezeki terus dari langit ialah Nabi Musa A.S. ketika baginda berjaya membawa para pengikutnya Bani Israel bebas dari cengkaman Fir'aun, masuk ke negeri Palestin. Ketika kaum Bani Israel meminta Nabi Musa A.S. untuk memohon kepada Allah agar dikurniakan makanan, maka Nabi Musa A.S. pon berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rezeki berupa makanan dan Allah SWT pon memperkenankan doa baginda menurun makanan terus dari langit.Begitu juga Nabi Isa A.S. pon pernah dikurniakan Allah akan mukjizat memperoleh rezeki terus dari langit melalui doanya disaksikan sendiri oleh pengikutnya. Doa Nabi Isa Ibni Maryam memohon rezeki Allah dirakamkan dalam Al Qur'an oleh Allah dalam Surah Al Maidah ayat 114.
ٱللَّÙ‡ُÙ…َّ رَبَّÙ†َآ Ø£َنزِÙ„ۡ عَÙ„َÙŠۡÙ†َا Ù…َآÙ®ِٕدَØ©ً۬ Ù…ِّÙ†َ ٱلسَّÙ…َآØ¡ِ تَÙƒُونُ Ù„َÙ†َا عِيدً۬ا Ù„ِّØ£َÙˆَّÙ„ِÙ†َا ÙˆَØ¡َاخِرِÙ†َا ÙˆَØ¡َايَØ©ً۬ Ù…ِّنكَۖ ÙˆَٱرۡزُÙ‚ۡÙ†َا ÙˆَØ£َنتَ Ø®َÙŠۡرُ ٱلرَّٲزِÙ‚ِينَ
Surah Al Maidah, ayat 114.. [QS 5:114]
Terjemahan
"Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu) dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki".
Doa Murah Rezeki |
Menurut Ustaz Fawwaz Mat Jan, doa ni dibaca setiap kali lepas solat. Maka ada baiknya kita masuk doa ni dalam doa² kita lepas solat. Sesungguhnya rezeki itu adalah sememangnya dari Allah Ar Razzaq, Yang Maha Pemberi Rezeki.
Zikir Yang Diajar Nabi Muhammad SAW.
Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. bahkan lebih hebat lagi melalui hadis Baginda SAW. yang mengajarkan kita umatnya suatu kalimah zikir yang antara kelebihannya (dari banyak kelebihannya), ia merupakan Khazanah dari Khazanah² Syurga.. atau Perbendaharaan dari Perbendaharaan² Syurga.Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata:
"Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: "Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: "La Haula Wala Quwwata Illa Billah".
Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata:
"Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: "Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La Haula Wala Quwwata Illa Billah".
Khazanah Dari Khazanah² Syurga - La Haula Wala Quwwata Illa Billah - Dr. MAZA
...
Daripada Tafsir Ibnu Katsir - La Haula Wala Quwwata Illa Billah - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
...
Manakah yang lebih hebat, memiliki 'Khazanah Syurga' atau sekadar rezeki turun dari langit..? Pastilah memiliki Khazanah atau Perbendaharaan Syurga jauh lebih hebat lagi.. iaitu kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah..
Lihat juga Zikir Itu Lebih Utama Dari Dunia & Isinya.
Wallahua'lam..
kredit:
http://www.quranexplorer.com/ | http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2011/06/fadhilat-hauqalah-la-hawla-wala-quwwata.html | http://hambaliabdullah.blogspot.my/2012/11/amalkanlah-ucap-zikir-laa-haula-wa-laa.html | image from deviantart (edited).
No comments: