9 Kesilapan Dalam Pelaksanaan Ibadah Qurban

Kesalahan atau kesilapan yang sering berlaku atau akibat kejahilan pihak² tertentu sama ada dari pihak pengurusan atau urusetia qurban, mahu pon kesilapan di pihak peserta qurban (orang yang berqurban).

Akibat dari kesilapan kita sendiri, akhirnya ibadah qurban jadilah seperti upacara sambutan sembelihan semata-mata, perayaan dapat daging free, atau jadi pakej melancong ke Kemboja atas nama ibadah qurban dan seumpamanya.
Sedangkan Ibadah Qurban sangat BESAR dan sangat mendalam hikmahnya, namun kita gagal untuk benar² memahami fadhilat dan rahsia disebaliknya. Sebagaimana kisah Qurban Habil dan Qabil anak Nabi Adam AS, serta kisah Nabi Allah Ismail AS bersama ayahandanya Nabi Ibrahim AS, yang kita semua sedai maklum akan kisah² mereka.

Bukti yang memperlihatkan kita tak faham akan hikmah untuk melakukan Ibdah Qurban adalah keengganan kita sendiri untuk turut serta sebagai orang yang berqurban. Sekurang²nya 1 bahagian atau sebaik²nya seekor kambing (atau lebih) sebagaimana sunnah² Nabi.

Tanyalah pada diri kita apakah kita mampu untuk melaksanakan ibdah qurban yang setahun hanya sekali ini..? Yaa mungkin majority kita mampu, tapi majoriti kita juga enggan, kerana apa..? Kerana kita masih tak faham.. Oleh yang demikian saya tertarik untuk berkongsi suatu tazkirah ilmu yang cukup berkesan dari seorang ustaz perihal Ibadah Qurban tentang kesilapan dari pihak urusetia / penganjur & peserta.

Kesalahan Di Pihak Urusetia & Peserta Qurban

  1. Borang disediakan tidak lengkap
    • Maklumat tentang pentingnya ibadah qurban dari sumber dalil Al Quran & Hadis tidak disediakan
    • Kuliah Maghrib khas atau tazkirah seumpamanya harus diberikan di masjid² atau surau² berdekatan tentang kepentingan ibadah qurban.
    • Banner besar perlu disediakan dan digantung di tempat strategik (dengan maklumat lengkap beserta dalil) tentang program ibadah qurban yang akan diadakan - pada tarikh, masa & tempat.
    • Merancang lebih awal akan program ibadah qurban dan memastikan bila tarikh tutup bagi peserta untuk mengambil bahagian beribadah qurban.
    • Menyenaraikan bab² hukum hakam atau soalan berbangkit tentang ibadah qurban dalam borang atau risalah qurban, supaya peserta faham dan jelas.
       
  2. Kesalahan ketika membeli & menguruskan haiwan qurban
    • Tidak memilih haiwan terbaik seperti yang disyari'atkan Islam.
    • Haiwan terdapat kecacatan yang mungkin menyebabkan terbatalnya ibadah qurban.
    • Haiwan yang telah dipilih / dibeli / disediakan tidak dijaga dengan baik..
    • Tak diberi sediakan makan dan minuman untuknya sementara menunggu hari sembelihan.
    • Tak dibersihkan / dimandikan (seperti di sesetengah negara yang memandi dan membersihkan tubuh haiwan yang akan diqurbankan).
    • Dibiarkan dalam keadaan tak dijaga hingga diganggu oleh budak² nakal atau 'haiwan perosak' yang lain.
       
  3. Kemungkinan berlakunya kemalangan / kecederaan ke atas haiwan qurban ketika proses penghantaran
    • Kemalangan yang mungkin berlaku ketika dalam perjalanan atau juga kecederaan ketika proses penurunan haiwan besar seperti lembu dan kerbau dari atas lori ke tanah.
    • Kemungkinan juga boleh berlakunya kecederaan ketika hendak menumbangkan haiwan qurban seperti lembu, kerbau untuk disembelih.
    • Kemungkinan haiwan qurban boleh patah kaki akibat diikat dan ditarik serta disendal dengan beruti kayu diantara kakinya.
    • Haiwan qurban yang telah cedera seperti patah kaki maka gugur syarat sah Sunat Ibadah Qurban, melainkan Peserta & Urusetia mesti berpakat untuk menukar Niat kepada Qurban Wajib, kerana haiwan qurban tersebut telah cacat ditempat kejadian (sila rujuk ahli ilmu).
       
  4. Kesilapan cara sembelihan yang tak menurut syari'at Islam
    • Kesalahan tidak menajamkan pisau / parang sembelihan.
    • Kesalahan menyembelih di depan mata haiwan qurban yang lain.
    • Kesalahan cara memegang pisau / parang dan cara melakukan gerakan sembelihan yang tak sempurna, kurang dari 3 kali atau lebih dari 3 kali gerakan, serta tidak tepat pada urat leher haiwan.
    • Bersikap kasar dan tidak menenangkan haiwan yang hendak disembelih.
    • Haiwan qurban yang telah disembelih tidak dilepaskan atau dilonggarkan tali ikatannya bagi memberikan kebebasan saat nyawanya habis.
       
  5. Memastikan para petugas tidak menuntut sebarang upah termasuk daging qurban
    • Para petugas harus maklum bahawa adalah salah menuntut upah atau daging qurban dari pihak urusetia / penganjur.
    • Setiap daging qurban adalah hak mutlak peserta qurban untuk disedekahkan kepada golongan fakir, miskin dan golongan yang berhak untuk mendapat daging tersebut.
    • Pemberian sedekah qurban ini (kepada golongan fakir miskin) adalah melalui urusetia yang dipertanggungjawabkan melalui akad (dicatat dalam borang dan peserta perlu faham).
    • Para petugas hanya boleh menerima daging qurban setelah diberi oleh peserta qurban melalui persetujuan bersama pihak urusetia (dicatat juga dalam borang, peserta perlu bersetuju).
       
  6. Golongan yang boleh & tidak boleh menerima daging qurban
    1. Golongan fakir, miskin menerima sebagai sedekah qurban.
    2. Golongan kaya boleh juga menerima daging qurban (setelah semua golongan fakir, miskin dapat) tetapi dalam bentuk hadiah, bukan sedekah, supaya peserta dapat pahala qurban atas pemberian kepada mereka (menurut ustaz).
    3. Peserta juga boleh mengambil sedikit dari daging qurban untuk dirinya, dengan syarat mestilah dia melakukan Qurban Sunat.
    4. Peserta TIDAK boleh mengambil atau makan sedikit pon dari daging qurban sekiranya dia berniat melakukan Qurban Wajib, seperti nazar. Awas andai peserta tersebut termakan daging kenduri rumah jiran yang masak hasil dari daging qurban wajibnya.
       
  7. Pihak Urusetia mestilah memastikan daging qurban diagih-agihkan secara sama rata hingga semua dapat
    • Ketika mengumpulkan daging² qurban dalam bentuk sekilo² sedia untuk diagih²kan, haruslah sama kesemuanya - ada daging, ada hati, ada paru, dan lain². Janganlah biarkan para petugas memandai² memilih daging atau bahagian² tertentu untuk pihak² tertentu.
    • Suatu kisah berlaku beberapa tahun dulu, sifulan seorang petugas ahli urusetia yang tak bertanggungjawab telah mengasingkan bahagian dari daging lembu yang baru dilapah, disorokkannya disebuah ruang masjid tempat acara qurban dijalankan, tujuannya nak kebas bahagian daging tersebut sebelum dipotong² utk diagih²kan. Akhirnya Allah telah melupakan sifulan ini tentang daging yang disorokkannya itu sampailah beberapa hari daging tersebut telah membusuk hingga kecoh satu masjid terjumpa daging qurban yang telah busuk tersorok dan terbongkarlah ketamakan sifulan ini cuba mencuri daging tersebut, sedangkan dia antara petugas yang diberi amanah.
    • Sekiranya terdapat banyak lebihan daging qurban pada satu² ibadah qurban yang dijalankan, seperti 10 ekor daging lembu yang masih belum dapat disedekahkan (setelah semua penduduk sekitar dapat), maka haruslah pihak urusetia berusaha mengarahkan para petugas menghantar lebihan daging² qurban yang banyak itu ke sekitar daerah berdekatan atau daerah lebih jauh lagi, supaya terlaksana amanah ibdah qurban tersebut.
       
  8. Tidak membenarkan orang bukan Islam turut serta mengambil bahagian dalam Ibadah Qurban?
    • Mungkin ada fatwa yang melarang orang bukan Islam dari turut serta sama ada sebagai peserta qurban (menyumbang), atau menerima daging qurban. Namun ada pendapat yang membolehkan. Boleh jadi larangan ini untuk mengelak dari berlakunya fitnah dimedia social.
    • Peserta qurban dari kalangan bukan Islam boleh juga mengambil bahagian qurban, tetapi ia tidak dianggap sebagai ibadah qurban melainkan untuk meraikan mereka dapat bersama² menyertai gotong royong dalam acara qurban, sebagai dakwah untuk mereka lebih menghayati Islam, serta merasai daging qurban.
      • Contoh qurban dari peserta bukan Islam - seekor lembu = 7 bahagian, di mana 4 bahagian qurban peserta, 2 bahagian aqiqah, 1 bahagian peserta bukan Islam. (1 bahagian peserta bukan Islam ini dianggap sebagai bahagian sedekah darinya, atau bahagian yang terkorban ;)
    • Orang bukan Islam juga digalakkan untuk dijemput turut serta dalam acara melapah daging contohnya, supaya mereka dapat mengetahui tentang ibadah qurban dan memahami tujuan hari raya aidil adha. Mereka akan lebih tertarik dengan Islam bila mereka juga dapat merasai pengagihan daging qurban untuk mereka sekeluarga.
       
  9. Peserta yang dituntut & tidak dituntut untuk melakukan ibadah qurban
    • Bagi Peserta lelaki (ketua keluarga) yang telah menyertai ibadah qurban, maka keluarga dibawah tanggungannya tidak lagi dituntut untuk berqurban dan dikira telah dapat manfaat dari qurban yang disertai oleh lelaki tersebut, iaitu si suami / si ayahnya itu.
    • Sekiranya si anak atau si isteri kepada lelaki tadi telah menyertai ibadah qurban, maka tuntutan dan manfaat itu hanya untuk dirinya sahaja, sedangkan si lelaki (si ayah / si suami) tersebut tetap dituntut untuk melakukan ibadah qurban. Jadi perbincangan sekeluarga harus ada untuk melakukan ibadah qurban.
    • Ibadah qurban bukan untuk orang yang telah meninggal dunia, tetapi untuk orang yang masih hidup. Jadi niat untuk melakukan ibadah qurban sepatutnya bukan untuk arwah saudara yang telah meninggal dunia.
    • Melainkan peserta qurban boleh meniatkan untuk sedekah pahala ibadah qurban tersebut kepada arwah ibu, bapa, saudaranya.
Maklumat ini mungkin ada yang tidak tepat atau belum cukup sempurna, insyaAllah akan ditambahbaik atau diperbetulkan kemudian nanti. Sila maklumkan pada ruang komen di bawah seandainya tuan² merasakan ada antara maklumat di atas yang tidak betul.. Wallahua'lam..



Selamat menjalani ibadah qurban.. dan semoga Allah menerima Qurban kita insyaAllah..


credit:
top image https://www.flickr.com/photos/abumasad/2185272772
bottom image http://blogs.wsj.com/indiarealtime/2011/11/07/india-celebrates-eid-al-adha/

No comments:

Powered by Blogger.