Tanda-Tanda Kiamat Sudah Berleluasa - Mukjizat Nabi Muhammad SAW




Ibnu Mas'ud r.a. berkata kepada Rasul s.a.w.
"Apakah Hari Kiamat itu terdapat padanya tanda yang dapat kita ketahui sebelumnya?"
Kata Baginda Rasul s.a.w.
"Ya, Ibnu Mas'ud.."

Umat Islam perlu tahu tanda² ini..

"Kanak-Kanak menjadi bengis.."
"Hujan menjadi berasid.."
"Orang-orang jahat semakin ramai.."


"Wahai Ibnu Mas'ud, sungguh di antara tanda Hari Kiamat itu,
Pendusta disebut jujur, sedang orang yang jujur disebut pendusta.."


"Pengkhianat diberi kepercayaan, orang yang dipercayai disebut pengkhianat..
semua ini adalah tanda²nya.."

"Wahai Ibnu Mas'ud, sungguh di antara tanda Hari Kiamat itu,
pinggan / piring² saling berhubungan secara terus menerus, Silaturrahim semakin terputus.."


Inilah suatu tanda mukjizat Nabi s.a.w. yang sangat jelas..

Video 'Signs of The Last Day' (parts of Hamza Yusuf lecture in Masjid Wilayah Persekutuan, KL)



Kata baginda s.a.w.
"Pinggan / piring² saling berhubungan secara terus menerus.."
dan Rasul s.a.w. menggunakan istilah yang memang digunakan dalam komunikasi satelit iaitu 'muwasalat'..
"dan Silaturrahim semakin terputus.."
Dengan lain perkataan orang ramai akan duduk rumah menonton TV dari piring satelit..
dan tak lagi pedulikan jiran² mereka..



Ini merupakan hadith yang menakjubkan saya..

"Wahai Ibnu Mas'ud, sungguh di antara tanda Hari Kiamat itu,
kamu akan melihat orang² munafiqun memerintah..
Pasar (perniagaan) dikuasai oleh orang² yang paling rosak.."


"Wahai Ibnu Mas'ud, sungguh di antara tanda Hari Kiamat itu,
Masjid dihias sedangkan hati-hati itu rosak..
Orang bersolat di masjid tapi tiada tazkiyah, sedangkan masjidnya cantik.."


"Seseorang mukmin (dari suatu suku) lebih hina dari kambing hodoh yang tiada nilai.."

"Wahai Ibnu Mas'ud, sungguh di antara tanda Hari Kiamat itu,
seorang lelaki cukup dengan lelaki dan perempuan cukup dengan perempuan (homosksual berleluasa).."
"Orang muda meraih kemewahan semewah-mewahnya.."


Seperti Zuckerberg menjadi multi billionaire sebelum berumur 30 tahun..

"Dan kamu akan lihat gerakan mengkorupsi wanita.."
"Kamu akan lihat para perosak dunia dimakmurkan, sedangkan golongan sebenar yang memakmurkan tamadun dunia dirosakkan.."


Oleh itu perosak dunia dimakmurkan..

"Wahai Ibnu Mas'ud, sungguh di antara tanda Hari Kiamat itu,
bahawa tersebar luasnya akan peralatan muzik.."


Dari hadith yang lain, Rasul s.a.w. bersabda..
"Alat² muzik akan berada di kepala² mereka.."



Bagaimana Rasul s.a.w. boleh mengetahui tentangnya..?
Itulah yang dikatakan (oleh Nabi s.a.w.), saya tak mengada²kannya..
Ia (hadith tersebut) mengatakan: "Alat² muzik akan berada di kepala² mereka".
Tiada sesiapa (para sahabat) yang mungkin memahaminya ketika itu..
Tapi sekarang kita dah melihatnya di mana²..

Baginda berkata,
"Kamu akan melihat banyaknya polis / anggota keselamatan..
Banyaknya para pencela dan pengolok-olok.."


Lihat saja rancangan² di TV, mereka mengolok-olokan orang,
menjadi kebiasaan saling menghina dan memperolokkan orang lain..

"Kamu akan melihat begitu ramainya anak² luar nikah.."

Di negara saya sekarang lebih dari 50%.. menakjubkan..!!

Dari hadith yang lain, Rasul s.a.w. bersabda..
"Fitnah itu akan dipaparkan pada hati² manusia bagai tikar yang dianyam, sulam menyulam.."

(Sulam menyulam itu) dengan jalur melintang dan menegak..

Ini adalah set TV. Inilah setnya. Ianya adalah ibarat tikar yang dianyam.

Nabi s.a.w. berkata "Fitnah akan dipaparkan pada hati-hati bagai tikar yang dianyam". 'Kal Hasir'.

Dan begitulah syaitan merosakkan hati-hati manusia..
dengan tayangan fitnah² melalui filem² dan TV..
berulang² hingga manusia menjadi lali dan terbiasa dengan keganasan..
dan sudah tak kisah lagi tentangnya..
Ia dah jadi perkara biasa dan tak memeranjatkan lagi..

Dari hadith yang lain, Rasul s.a.w. bersabda..
"Kamu akan melihat manusia dengan cambuk seperti ekor sapi, mereka memukul orang dengannya.."
"Perempuan-perempuan yang berpakaian dan telanjang pada masa yang sama..
Mereka berlenggang-lenggok ketika berjalan dan menarik orang lain kepada mereka.."


"Rambut-rambut mereka seperti bonggol unta-unta yang senget.."

Ya Allah, Nabi s.a.w. telah berkata yang benar..

Baginda berkata rambut² mereka seperti rambut/bulu unta² Bactrian..
Ini bukan unta² dari Arab, unta² ni dari Parsi, jadi mereka melihat dan mengetahuinya..

Mereka² (yang seperti) ini takkan masuk Syurga.. (wa'iyazubillah)

Katakan "Sadaqa Rasul s.a.w." (Rasulullah s.a.w. telah berkata yang benar)..

Dari hadith yang lain, Rasul s.a.w. bersabda..
"Satu golongan dari umatku akan minum arak tetapi menamakannya dengan nama yang lain.."

Ya, terdapat berbagai² nama bagi arak..

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam..

[Terjemahan Video 'Signs of The Last Day']

..wallahu'alam..


credit:
Hamza Yusuf - 'Devil Trap' lecture in KL, Malaysia | via youtube
www.nuralanuracademy.com | via youtube
http://s262.photobucket.com/user/moazmar/media/a_aaa-Algerian-Satellite-Dishes-Li.jpg.html | via google image
http://ainuddinpk.blogspot.com/2010/01/sepetang-di-desa-rejang.html | via google image
http://www.ksl.com/?nid=1012&sid=29023135 | via google image

No comments:

Powered by Blogger.