Jangan Cetak Nama Allah Pada Flyer !!


Nama Allah diguna pada flyer yang diedar ke rumah² dalam bulatan merah. (untuk info boleh usha blog site tertera di gambar.. no fon pengedar di blur harap maklum)

Assalam.. semalam ketika balik ke rumah, lebih kurang dalam pukul 11+ malam, sampai jer depan pintu rumah, aku perasan ada flyer di lantai depan pintu, dan di depan pintu rumah jiran depan (jiran depan kami tu cina). Biasalah orang meniaga bagi-bagi flyer naik dari ground floor sampai tingkat 20 lebih (aku duduk apartment), semata-mata nak edar flyer dari pintu ke pintu. Biasanya aku akan usha dulu flyer apa, kalau bukan yang biasa diedar dan kalau nampak menarik aku akan ambik tengok walaupun aku tau boleh jadi sahabat serumah aku (yang dah balik lebih awal) ter atau mungkin sengaja dah pijak dengan kasutnya. Jadi aku ambil gak, pegang dengan dua jari pada hujunh bucu, konon tak kene bahagian yg dipijaklah :)
jangan design dan / atau cetak nama Allah pada flyer, leaflet, kad kahwin, kotak pakaging, atau apa sahaja yg bakal dibuang²

Biasanya aku suka nak tau apa pulak yg diorang offer dengan flyer ni. Kalau macam flyer pizza utk call delivery biasa aku simpan. Aku perasan pada flyer tu ada unsur² Islamik, corak / bentuk bintang bucu lapan, iaitu corak Islamik yg sangat familiar (walopon hakikatnya corak tersebut takde kene mengena pon dgn Islam). Bila aku dah ambil tu baru aku tau diorang meniaga perfume atau minyak wangi. Dan minyak wangi diorang tu ada unsur perubatan (syifa'), dikatakan telah didoakan dengan surah-surah pilihan. Ok, agak bagus gaklah bukan saja sebagai minyak wangi secara zahirnya, tapi juga ada unsur² terapi batiniah.


Nama Tuhan Pada Flyer

Tapi masalahnya di sini, masa aku belek² membaca flyer tu, aku dok fikir, kawasan rumah kami ni ramai juga dari penghuni bukan Islam. Jadi takkan pengedar tu tau nak pilih mana rumah orang Islam dan bukan. Bermakna diorang main selit jer kat gril² pintu rumah orang supaya bila tuan rumah balik, pasti akan diambil flyer tu dari grilnya dan lihat. Aku terbayang dalam benak, kalaulah orang cina atau india (bukan Muslim) yang ambil dan baca, spontan reaksi diorang akan fikir "ini sampah" dan terus campak semula ke luar rumah. Sebab itu produk Muslim, 'diorang tak perlu', dan itulah tanggapan umum mereka.

Dan yang lebih menyedihkan aku pada flyer tu terdapat tulisan Allah S.W.T. Aku cukup terasa dengan situasi di mana seandainya berapa ramai (ratus atau ribuan) penghuni apartment yang dah terpijak / sengaja pijak flyer² tersebut yang jatuh depan pintu rumah diorang, sedang nama Tuhanku tercetak di situ. Korang boleh bayangkan tak perkataan nama Allah S.W.T walopon tulisan rumi tu dipijak / berada dibawah tapak kaki..!!? Sedih, marah, kecewa, keliru pon ada.. apakah diorang ni tak faham, atau tak sedar, atau malas nak pikir panjang pasal isu menggunakan nama Allah S.W.T pada flyer yang diedar ke rumah², pasti akan terpijak atau dipijak orang..!!? Ya walaupon tulisan tu dalam Bahasa Melayu dan tulisan rumi, ia tetap difahami sebagai nama Tuhan tertulis di situ.. aku tak rela nama Tuhanku menjadi bahan buangan, apatah lagi kene pijak²..!!


ni foto yg aku snap lepas aku dah masuk rumah, bila aku mula prasan ada flyer yg sama mcm di lantai depan pintu rumah jiran, di lantai dlm rumah kami lepas buka pintu..

Peliharalah Kalimah Suci Pada Produk

Jadi, harapan kita semua khususnya diri aku sendiri, jangan design dan / atau cetak nama Allah S.W.T (sekalipon dalam Bahasa Melayu) pada flyer, leaflet, kad kahwin, kotak packaging, atau apa sahaja yg bakal dibuang² bila tak diperlukan..
Soalan
Kalau ada customer yang mintak hendak ada kalimah Allah atau bagi design memang ada kalimah Allah atau kalimah Bismillah macamana..?
Jawapan
Sebagai designer yang bakal membuat artwork, cubalah berunding, belajar jadi design consultant atau perunding rekabentuk (bukan stakat design ikut telunjuk) dengan cara bagi nasihat atau cadangkan option lain pada artwork tersebut supaya dapat mengelak dari situasi tercemarnya kalimah² tersebut hanya kerana nak untung berniaga. Contohnya ayat "Berkat Doa dan Dengan izin Allah S.W.T" tukar kepada "Berkat doa & dengan izinNya".

Begitu juga pada pihak pencetak (printer), cuba lebih berhati² masa kerja² cetakan dijalankan supaya, andainya ada antara kalimah ini dalam bahan yang dicetak, jangan sampai ianya disepah²kan, dibuang².. sebab aku sendiri pernah nampak orang cetak surah yasin, atau buku kecil asmaul husna sebagai gift untuk tetamu majlis kahwin. Yang bekerja mencetak tu kebanyakan orang asing yg boleh jadi bukan Islam pon.. mungkin mereka tak jaga kemuliaan kalimah² dan ayat² Allah ini.. Kalu kita tegur pon diorang buat taktau jer.. jadi lebih baik pihak yang berkenaan bagi komitmen untuk elakkan kalimah² suci ini tercemar.. wallahu'alam.

1 comment:

  1. Berarti yang selama ini di tulis di undangan undangan tuu salah yee kak? Bahkan kita orang atau ada orang yg sengaja buang tuh dah ke inja injak pula. Bagaimana kalo dah macam tu bang? Perlu ke kita mhon ampun pada Allah apalagi kite orang nih baru tau infornya sekarang

    ReplyDelete

Powered by Blogger.