Asal Usul Api Dunia Dari Api Neraka

update 12 Nov 2016

secara keseluruhan kisah ini dikatakan tidak dijumpai dalam Kitab² Hadis, namun Api Neraka 70x lebih panas dari api dunia ada Hadisnya.

"Kisah yang sahih dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa api dunia hanyalah 1 juzuk daripada 70 juzuk Neraka. Riwayat Ahmad pula menyatakan api dunia 1 juzuk daripada 100 juzuk api Neraka Jahannam. Manakala kisah celupan api neraka dengan air dunia pula sabit dalan beberapa hadis riwayat Abu Hurairah dan Ibn Abbas (HR riwayat Ibn Hibban dan Ahmad). Sanadnya disahihkan oleh Ibn kathir dalam tafsirnya (jld. 2, hlm. 459) dan guru saya (Dr Rozaimi Ramle), Syeikh Syuaib al-Arnout. Cuma sebahagian riwayat menyatakan celupan itu berlaku 2 kali dan ada riwayat yang kata celupan itu 7 kali.

KISAH INI TIDAK SAHIH

Diriwayatkan api di dunia ini berasal dari Api Neraka yang telah 70 kali lebih dingin dari api Neraka itu sendiri.. iaitu Api Neraka 70 kali lebih panasss dari api dunia.. wallahu'alam.. Jadi bagaimana kisahnya? Cuba kita hayati betapa dasyatnya Api Neraka itu melalui pemahaman kita tentang api yang wujud di dunia ini melalui kisah dibawah..

 

Sekadar untuk peringatan diri penulis sendiri, "Ittaqullaaahh..!!"


KISAH INI TIDAK SAHIH

Ketika Nabi Adam a.s. diturunkan ke bumi, beliau tidak lagi memperoleh makanan secara mudah seperti di Syurga. Beliau harus bekerja keras untuk memperoleh buah-buahan atau daging untuk dimakan. Ketika beliau memperoleh binatang buruan dan menyembelihnya, ternyata tidak boleh terus dimakan begitu saja karena masih mentah dan tentunya tidak enak.

Oleh yang demikian beliau berdoa kepada Allah agar diturunkan api untuk memasak. Maka Allah S.W.T. mengutus Malaikat Jibril a.s. meminta sedikit api daripada Malaikat Malik di Neraka untuk keperluan Nabi Adam a.s. tersebut.

Malaikat Malik berkata: “Wahai Jibril, berapa banyak engkau menginginkan api?”

Malaikat Jibril a.s. berkata: “Aku menginginkan api neraka itu seukuran buah kurma”.

Malaikat Malik berkata: “Jika aku memberikan api neraka itu seukuran buah kurma, maka 7 langit dan seluruh bumi akan hancur cair karena panasnya!”

Malaikat Jibril a.s. berkata: “Kalau begitu berikan saja kepadaku separuh buah kurma saja”.

Malaikat Malik berkata lagi: “Jika aku memberikan seperti apa yang engkau inginkan, maka langit tidak akan menurunkan air hujan setitis pun, dan semua air di bumi akan mengering sehingga tidak ada satu pun tumbuhan yang hidup!”

Malaikat Jibril a.s. jadi kebingungan, sebanyak mana api Neraka yang selamat untuk kehidupan di bumi? Karena itu ia berdoa: “Ya Allah, sebanyak mana api Neraka yang harus aku ambil untuk keperluan Adam di bumi?”

Allah S.W.T. berfirman: “Ambilkan api dari Neraka sebesar zarah (sebutir atom)”.

KISAH INI TIDAK SAHIH

Maka Malaikat Jibril a.s. meminta api Neraka kepada Malaikat Malik sebesar zarah dan membawanya ke bumi. Tetapi setibanya di bumi, Jibril a.s. merasakan api yang sebesar zarah itu masih terlalu panas, maka beliau mencelupkan (membasuhnya) sebanyak 70 kali ke dalam 70 sungai yang berbeza. Barulah setelah itu beliau membawanya kepada Nabi Adam a.s. dan meletakkannya di atas gunung yang tinggi. Tetapi sebaik api tersebut diletakkan, gunung tersebut hancur berkecai. Tanah, batuan, besi dan apa sahaja yang ada di sekitar api itu menjadi bara yang sangat panas dan mengeluarkan asap. Bahkan api yang sebesar zarah itu terus masuk menembusi bumi dan hal itu membuatkan malaikat Jibril a.s. khuatir.



Oleh kerana itu Jibril a.s. segera mengambil api tersebut dan membawanya kembali ke Neraka..
..tempat asalnya. Bara terbakar yang ditinggalkan itulah yang sampai sekarang menjadi sumber api dunia, termasuk yang menjadi magma-magma di semua gunung berapi di bumi ini. Tidak boleh dibayangkan bagaimana panasnya api neraka tersebut. Kalau bara api dunia itu umumnya berwarna merah, maka bara api neraka itu berwarna hitam kelam, seperti hitamnya gelap malam.

KISAH INI TIDAK SAHIH


Nabi s.a.w. pernah menanyakan tentang keadaan api Neraka itu, maka Malaikat Jibril a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah S.W.T. menciptakan Neraka, lalu menyalakan api Neraka itu selama 1000 tahun sehingga (baranya) berwarna merah. Kemudian (Allah) menyalakannya (menambah panasnya) selama 1000 tahun lagi sehingga (baranya) berwarna putih, dan (Dia) menyalakannya (menambah panasnya) selama 1000 tahun lagi sehingga (baranya) berwarna hitam. Maka Neraka itu hitam kelam seperti hitamnya malam yang sangat gelap pekat, tidak pernah tenang kobaran apinya dan tidak pernah padam (berkurang) bara apinya”.
..

Sesetengah riwayat mengatakan Malaikat Malik (Ketua Malaikat Penjaga Neraka), manakala setengahnya lagi mengatakan Malaikat Zabaniyah (Malaikat² Penjaga Neraka).

Surah Al Mulk, ayat 6
وَلِلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِرَبِّهِمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ ۖ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ

Dan orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, memperoleh azab Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. [QS 67:6]

Wallahu’alam.. Sampaikanlah kpd org lain, semoga ia akan menjadi sedekah jariyah kepada setiap orang yang membaca dan yang mengambil pengajaran dari perkongsian anda.. insyaAllah..


Sumber: dari kisah Al-Habib Ubaidillah bin Idrus Al-Habsyi Surabaya (Alumnus Ribath Darul Musthafa Yaman)
Kredit: image (gambar sekadar hiasan)


KISAH INI TIDAK SAHIH

sumber http://rozaimiramle.blogspot.my/2014/07/status-riwayat-asal-usul-api-dunia.html

4 comments:

  1. Cerita itu palsu. Tiada asal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas keperihatinan tuan.. kami telah update kisah ini sebagai Tidak Sahih..

      Delete
  2. Dah tulis tidak sahih... tp sebaiknya klu belum pasti kesahihannya, lebih baik tidak dipaparkan kpd khalayak sehingga ditemui sumber dan informasi yg betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye puan, asalnye penulis nak bagi tahu aje pada mulanye yg kisah di atas tak sahih (lepas dapat tahu),
      tapi.. memandangkan di luar sana banyak juga kisah yg sama mcm ni, maka penulis fikir lebih baik dibiarkan dulu supaya pembaca lain nampak STATUS TIDAK SAHIH tu dan boleh warwarkan kpd rakan² mereka yg lain, bahawa kisah² diluar sana pon TAK SAHIH..

      supaya lebih ramai yg akan tahu ketidak sahihan kisah ni..

      kalo penulis terus padam, maka mungkin maklumat TAK SAHIH kisah ni tak sampai..

      wasllahua'alam..

      Delete

Powered by Blogger.