Kempen RM5 Saham Akhirat



Lima Ringgit untuk sumbangan ikhlas kepada Iqra'.. anda bila lagi..!!? Andai kita tak mampu atau tak sempat nak masuk program Ibadah Korban tahun ni yang mana harga sebahagian lembu dah naik ke +/- RM500 (dan lebih mahal lagi) di negara kita.. maka adalah lebih baik kita usahakan untuk bersedekah amal jariah selagi masih dalam (10 hari pertama) bulan ZulHijjah 1435 Hijrah ni.. RM5 sahaja Kempen Taja RM5 Iqra'.. dan ini bukan post iklan, bukan advertorial post..!! Sekadar berkongsi jalan pahala amal jariah, insyaAllah..


http://www.projekiqra.com/

Apakah itu Iqra'..?

Iqra' adalah sebuah persatuan berdaftar dengan nama Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia, ditubuhkan oleh anak² muda yang perihatin untuk membantu golongan kanak-kanak khususnya Anak-Anak Yatim bagi meneruskan pembelajaran mereka. Bukankah golongan anak² yatim ini ada disebut dalam Al Qur'an..?
Idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi, membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pel-bagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka meneruskan cita-cita. - brochure

https://www.facebook.com/ProjekIqra/photos/pb.370598346292556.-2207520000.1412371453./851902781495441/?type=1

https://www.facebook.com/ProjekIqra/photos/pb.370598346292556.-2207520000.1412373369./848598871825832/

Jadi bagaimana kita boleh membantu..?

  1. Sumbangan Kempen RM5 mereka, (genapkanlah RM10 sebagai saham akhirat, insyllh) atau..
  2. Menjadi Rakan Penaja Korporat, (kalau nak saham akhirat untung lebih) atau..
  3. Memberikan sumbangan selain dari 2 perkara di atas.. (contoh, wakaf tanah / rumah / kereta), atau..
  4. Menjadi Sukarelawan Iqra' secara aktif, atau..
  5. Berdoalah untuk dipermudakan segala usaha mereka, sekurang²nya ada jugalah sumbangan..
Jom donate laju² ke Kempen RM5 Iqra'..!!

Semoga amal kita diterima Allah, insyllh..

2 comments:

  1. Alhamdulillah...bantu sama membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ;)
      "barang siapa yg mempermudahkan urusan orang lain, maka Allah akan mempermudahkan urusannya" insyllh..

      Delete

Powered by Blogger.